Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 3, 2012

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH YAYA

First time Yaya bersukan di sekolah rendah. Dulu sukan kat tadika la ni sukan sekolah kebangsaan pulak. Sukan sekolah Yaya ni ialah pada 01/07/2012 [Ahad lepas le tu]. Kata Yaya kul 7.30pg dah nak kena ada kat sekolah. So kul 7.00 pagi Yaya dah siap mandi & pakai baju sukan. Hasben aku lak sempat la pi beli nasi lemak untuk sarapan. Bininya pulak sibuk dengan anak2 tu yang tak sempat sediakan sarapan.

Lagi 5 minit pukul 7.30 kitaorang dah hantar Yaya ke sekolah. Yaya cakap dia ada masuk acara. Tu yang beria2 aku & hasben  nak pegi sekolah. Memula budak2 kena masuk perhimpunan dulu. 
Pastu baru diaorang bergerak ke padang. Padang sekolah kat bahagian belakang bangunan warna kuning tu. Khemah untuk ibu bapa juga disediakan. Sementara menunggu acara bermula, tangkap gambar dulu la..
 Padang untuk acara sukan... Siap ada podium dah kat situ..

 Camwhore tak jadi... Masuk sipi2 pun jadi le...


Buku tentatif yang diedarkan pada tetamu yang hadir..


Dalam pukul 8pg baru la upacara perasmian dimulakan. Mula dengan perarakan masuk kontinjen2 rumah sukan.. Kelakar jugak tengok budak2 ni. Teringat zaman aku bersukan kat sekolah dulu. 

 Dimulakan dengan kumpulan pancaragam sekolah..

 Tengah buat persembahan depan VIP..


 Rumah BIRU dengan maskot RAMA-RAMA


 Rumah Hijau.. siap buat persembahan lagu citer Kuch2 Hota Hai lagi tau..


 Rumah Jingga... aku baru tahu wujud rumah sukan kaler ni...

Rumah kuning... maskotnya SPONGEBOB...


 Rumah Ungu [rumah sukan Yaya].. maskotnya SINGA yang cam tarian singa Gong Xi Fa Cai tu..


Lepas upacara masuk barisan, ada ucapan la pulak. Mengantuk pulak.. dah le perut lapo sebab tak sempat nak makan nasi lemak. Lepas ucapan ada pulak persembahan SENAMTARI a.k.a senamrobik.
Macam2 lagu ada tau --> JOGET, K-POP, ENGLISH, POP YEH YEH... macam2 la.. pening kepala aku tengok...


Lepas semua acara ni baru la sukan mula. Bila tengok tentatif, semua acara hari tu adalah acara lumba lari. Mana acara Yaya??? Aku tanya Yaya bila dia punya acara, dia kata dia dah sukan dah hari Jumaat tu..[Patut le dia ada bawak balik medal]. Hampeh tul.... pastu ada sorang akak tu tanya cikgu & cikgu tu kata hari tu semuanya acara lumba lari je. Yang lain2 acara dah buat hari Jumaat. Budak2 lain kena datang semata2 nak hadiri perasmian & tengok perbarisan je.... ADOI... buat penat je aku datang! Tapi tak pe la at least ada gak aktiviti berpekdah di hujung mingggu daripada mengadap kerjarumah yang tak pernah selesai..

9 comments:

lieyalatif said...

comel lak tgk maskot2 yg ade tu heheeheheh.....gigih budak2 ni bersukan....tingat time sekolah2 dulu...

Anonymous said...

skang time sekolah 2 wat sukan kot b4 puasa .. my bongsu daughter nyer turn tis sat n harus lah kena pg!

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer!!

Yana Halim said...

trend skrg ni mmg mcm ni kot. Amsyar pun bgtau dia dah sukan minggu lepas. Yang perbarisannya x tau bila.

eMMe said...

betul tu Sis, dari ngadap keje umah yg tak kan selesai sama gak keje kat opis tu, hehehe...

Bila lagi nak tgk budak2 lain lak bersukan, tihehehe....

|| NaFiRaa || said...

hehehe.. bukan selalu anak2 ade hari sukan cam tuh.. kena lah bagi semangat kat dorang kan~

memang betol.. kalo nak tunggu keje rumah habes.. sampai bila2 pon tak habes!!

Qhaifa Nur said...

kalau dulu malas sikit nak tengok anak bersukan , sekarang rajin pulak...seronok dapat beri semangat pada anak..

ct rahani said...

tingat zaman sklh2 dulu suka betul klu hari sukan.. meriah.. :)

bunga_rose said...

teringat zaman muda2 dulu.. acara paling best la ni hiiihi