Tuesday, July 3, 2012

AIR TERJUN SERENDAH

Pas balik dari  Rawang, aku sempat lagi singgah ke Air Terjun Serendah
Aku baru tahu pasal tempat mandi manda ni dari blog kak Kujie
Dah kebetulan perjalanan ke Batang Kali akan melalui Serendah, so bila nampak signboard je, terus aku belok masuk simpang ke situ.

Luckily adik aku pernah pegi situ sebab dia pernah buat program amal kat kampung orang Asli yang berhampiran dengan kawasan waterfall tu. Sebelum sampai ke kawasan air terjun, memang akan melalui satu perkampungan orang asli tau. Kena bawak kereta slow2 sikit sebab kawasan kampung. Jalan pun sempit & banyak bonggol.

Finally, tiba juga kami di sana. Anak2 aku memang la happy sebab aku bawak jalan2. Nasib masa tu cuaca tak panas terik. Layan je la gambar2 kami di sana.


Kat sini ada playground untuk anak2 main. Part tu la yang paling anak2 aku suka.
Adib dah bergayut cam Tarzan dah... Kakak pulak perasan jadi Bawang Merah menyanyi sambil main buai..


Meh kita tengok air terjunnya pulak
Tu dia air terjun Serendah.. Air terjun tu tak le tinggi sangat.


Tapi yang bestnya sebab kat area bawah air terjun tu dah jadi macam kolam. Tak banyak batu & senang nak terjun tiruk dalam sungai. Nak buat summersault pun boleh. Agaknya batu2 tu banyak diaorang dah alihkan ke tepi. Tapi masa aku pegi tu dah ada orang pasanag tali amaran kawasan bahaya. Agaknya kat bahagian betul2 bawah air terjun tu kot...

Ada jambatan yang merentasi sungai ni. 



Kat sini banyak disediakan wakaf so senang la nak cari port untuk berkelah. Kat bahagian tepi ni pun ada gak yang mandi manda. Sungainya pun idak le dalam sangat. Sesuai la kalau nak bawak anak2 mandi sungai. Orang pun tak ramai sangat. Kurang crowded.. 

Kat sini jugak disediakan tandas & tempat salin pakaian. Ada jugak yang menjual benda makan. So kalau tak bawak makanan pun still boleh beli kat sini.  Next time boleh la ajak Cik Besah & the gang datang berkelah kat sini..

13 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

mcm best je nih!

Sidratul Muntaha said...

air terjun serendah
mcm best..
paling jauh aku pernh jejak pun kat ulu yam dekat2 dgn ruamh ni and sg congkak tu jelah.

atty's said...

cantik jugak tmptnya ..nextime leh terai .

eMMe said...

ade gak tgk, cousin saya gi tempat ni... famous gak ek tempat ni... tgk mcm best.. best ke Sis?

♥ ROS ♥ said...

Ros ari tu request nk g mandi air terjun kat asben, tp tertunai agi..hihihi.. Sonok tgk org g air terjun :)

AdaM Hawa said...

macam menarik je tmpt ni.. bolehlah pergi..

Eliss Mie said...

menarik jugak ni, boleh jugak nak berkelah kat sini!

SYANI said...

Mrs Eady,
Memang nampak best pun..

SYANI said...

Sidratul Muntaha,
Tak pernah lagi mandi kat Ulu Yam walaupun dekat je dengan rumah..

SYANI said...

Atty's,
Memang cantik & yang penting bersih..

SYANI said...

Emme,
Pegi hari tu memang nampak best. Tapi kalau mandi tak tahu le best ke idak sebab tak pernah try mandi situ lagi..

SYANI said...

♥ROS♥,
Pujuk lagi hasben tu... kot2 dia nak bawak kat tempat yang lagi best..

SYANI said...

Adam Hawa & Ellismie,
Jom kita berkelah di air terjun Serendah...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...