Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, July 5, 2012

DERMATOLOGIST @ GYNAECOLOGIST

Berbahasa sains la pulak aku petang2
[Aku tau korang mengantuk kan lepas lunch tadi??]

Ni aku nak citer pasal pencuci wanita. Tau ke apa tu pencuci wanita ? Omputeh kata feminin @ intimate wash atau orang kampung kata pencuci p*p*t.. *_____*

Semalam aku jenjalan kat TESCO. Takde arah tujuan pun cuma nak menghabiskan masa sementara laki aku habis OT. So aku jenjalan kat bahagian sabun, syampu & yang sewaktu dengannya la. Pastu aku belek2 la pencuci wanita yang ada kat rak2 tu. Bukan la nak beli pun tapi saja nak tengok apa brand yang ada. Kadang2 kat botol tu kan ada ditulis CLINICAL TESTED @  GYNAECOLOGIST APPROVED.  Tapi ada satu produk ni tulis DIUJI DERMATOLOGIST.  Ni ha gambar produk tu.
Setahu aku Dermatologis tu bermaksud pakar kulit or something berkaitan dengan kulit kan & gynaecologist tu pulak rujuk pada pakar sakit puan @ something berkaitan dengan bahagian sulit wanita kan?? 

So bila aku balik rumah semalam, aku pun tengok la feminin wash yang ada dalam bilik air aku. Aku pakai cap AVON yang Simply Delicate tu je. Aku guna produk ni dari dulu lagi. Sebotol 100ml tu pun 4-5 bulan baru habis..heheheh. Bila aku tengok kat botol tu ada tertulis Approve By Gynaecologist.
 Aku tak sempat nak tangkap gambar dalam toilet aku. Tapi aku ambil gambar kat website je la.. Yang aku pakai tu yang kaler hijau tu. Nampak tak tulisan Approved By Gynaecologist tu??? Jap aku kasi zoom kasi hangpa nampak.
Blur la sikit tapi boleh nampak kan???


So mana lagi tepat ye?? Dermatologist @ Gynaecologist???

7 comments:

kakcik said...

Kadang2 yang letak 'perakuan' tu main hentam je. Janji ada!

Nuraz said...

sokong dgn kata2 kakcik...hehehhh...tapi betul lah yg syanie inform tu dermatologist adalah pakar atau bidang yg berkaitan dgn kulit..sesuatu produk @ barangan yang dikenakan pada kulit tu perlu diuji terlebih dahulu..jgn kata pencuci mcm ni, emas celup pun sesorg tu tak blh pakai jika kulit nya terlalu sensitif..
p/s : mentang2 ler akak ni keja kat HKL, betul2 atas klinik dermatologi plak tu...hihi..

:: Mrs.Eady :: said...

tak pernah pakai ape pun..

lieyalatif said...

lieya gune yg safi pembersih buih tu .....nanti balik nak cek gak ler...selama ni main taram jek beli huhuhu

Gieyana said...

x pernah guna product nie..slalu guna avon jer..:-)

Bionic women said...

maybe dia guna dermatologis tu merujuk pada masalah iritasi kulit..

Me said...

dua2 pun boleh kot.. dermatologist rujuk masalah takkan merengsa, gatal iritasi dll gyne plak merujuk kepada kesesuaian pencuci tue dgn bhgn intim wanita... pendapat eden lee