Wednesday, July 25, 2012

FLASK AYOR A.K.A TERMOS PALING TAHAN

Citer pasal flask air ni adalah rentetan pertanyaan sorang member aku kat facebook
Dia tanya flask air apa yang air panasnya tahan lebih lama
So hasil kepenggunaan aku [cakap dari pengalaman la kan]
Flask dolu2 yang badannya cam besi tu la yang paling tahan lama air panasnya
Boleh imejin tak yang macam mana???
Jap aku google..hehehe


Antara beberapa pesen termos dolu2 yang aku cari di google...


Memula dulu aku tak berkenan juga termos ni sebab tak lawo & tak stylo
Masa takde anak takde masanya aku nak guna termos bagai
Semenjak dah ada anak baru reti pakai mende ni... senang nak bancuh susu

Aku punya termos tu yang kaler merah cam gambar no 1 tu la
Yang memperkenalkan penggunaan termos ni ialah bapak mertua aku
Dia yang tolong belikan sebab termos aku yang memula tu dah pecah
[termos jenis plastik tu]
Memula dulu mencebik jugak le sebab old pesen & tak lawa kan
Tapi dah orang bagi terima je la...
Tapi tak kenal maka tak cinta.. air panasnya memang tahan 3 hari tau
Lama aku pakai termos tu... bertahun gak le
Cuma tang gabusnya tu cepat kembang & rosak.
Kalau gabus tu dah rosak, senang je... pegi je kedai beli gabus tu je 
[ada jual kat bahagian yang jual termos tu, tapi kena tau la saiznya ngam ke idak dengan termos korang tu, sebabnya gabus tu ada banyak saiz]

Seingat aku flask tu pecah, pastu aku beli termos yang serupa kat Billion depan rumah mak aku
Yang 2nd tu pun pecah sebab anak aku langgar, so beli lagi yang lain pesen yang sama
Yang tu pun baru lagi pecah. Aku suh hasben aku beli flask lain tapi dibelinya yang jenis plastik tu
Besar dah cukup besar dah, tapi air tu panasnya tak tahan lama.. Sehari setengah je tahan panasnya tu. 
So, hari2 kena la ganti air baru jawapannya... tak best langsung.
Pasni nak kena beli yang old pesen tu punya jugak le....Baru puas hati.

8 comments:

atty's said...

kty sampai skrg ada lagi termos kaler merah tu :)

kakchik@ella said...

KC dah lama tak da termos. hehe.

:: Mrs.Eady :: said...

saya pun ade termos merah nih!

Eliss Mie said...

mak aku beli besar gedabak yg fesyen old style ni kat aku, susah nak masuk bakul. last2 tukar dengan dia jenis yg kecik :)

~aYu~ said...

sy dah byk kali guna termos. asyik tukar je sbb mesti masuk semut..

eMMe said...

penah guna flask ni.. mak2 kite mmg suke beli flask ni.. tahan lama..tapi kalo jatuh ke, mmg rosak la takleh pakai dah...huhuhu...

♥ ROS ♥ said...

Memng sokong sgt..yg dulusuma tahan 2-3hari, skrg ni less than 24hour.. Kdg2 sekerat hari dh xpanas :p

zul hazmi said...

sy ada jual flask lama tu kalau nak...hehe..roger sy 019-245 8188

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...