Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 31, 2011

KALAU MENGANTUK BACALAH INI

1. Dalam banyak2 air, air apa yang paling berani?
    Jawapannya : AIR TERJUN... sebab dia berani terjun...heheheeheh

2. Dalam banyak2 binatang, binatang apa keluar haid?
    Jawapannya : KURA-KURA [itu pun tak tau ke.. keluar HEAD maaa]

3. Dalam satu pertunjukan, seorang ahli silap mata telah memijak kaca dengan tapak kakinya, tetapi dia tidak mengalami kelukaan, lalu dia memijak paku yang bertaburan, dan tak luka juga. Apabila selesai persembahan dia jalan terhencut2 kerana terpijak TAHI AYAM....


4. Dalam banyak2 binatang, binatang apa yang bertelur dan beranak? Kiranya dua alam la ni.. cuba teka.
   Jawapannya : SIPUT BABI la... siput bertelur, babi beranak... tak gitu???

5. Dalam banyak2 sungai, sungai apa yang paling berat?
    Jawapannya : SUNGAI BESI....

6. Kereta dengan motor, mana lebih tua?
    Jawapannya : Tentulah MOTOR .... sebab motor pakai tongkat...

7. Dalam banyak2 pokok, pokok apa yang baik hati?
   Jawapannya : POKOK PISANG... sebab dia keluarkan jantung dia..

8. Dalam huruf jawi, huruf apa yang ada angin??
    Jawapannya : Huruf FA..... salah!
                       Huruf HA .... salah!
                       Huruf TA & huruf YA la jawapannya sebab bila digabung kan jadi TAYAR.

9. Dalam banyak2 kasut, kasut apa yang paling keras?
    Jawapannya : Kasut BATA le...

10. Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak. Apakah yang akan turun dahulu selepas bas itu berhenti?
Jawapannya : Meter bas tu la...

11. Antara huruf A hingga Z, mana huruf yang boleh kahwin?
      Jawapannya ialah huruf I dengan U la... [lovey dovey kan suka guna ]

12. Kalau korang pandai matematik, 5 orang cina tolak 3 orang India, jadi apa?
      Jawapannya : India tu jatuh la...keh..keh..keh..

13. Ada 3 biji limau kemudian dibahagi kepada 3 bahagian. Lepas itu di bagi pulak pada 3 orang. Berapa seorang dapat? [Kalau korang tak dapat ni mesti lemah IQ ni]
Jawapannya : Sorang dapat sebiji limau le...

14. Ada seekor gajah dan seekor kancil berjalan2 di dalam hutan. Suatu ketika, mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh. Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah apa agaknya ye??
Jawapannya :  Gajah PATAH BALIK kot!

15. Dalam banyak2 lembu, lembu apa yang orang akan cari?
      Jawapannya : Lembu yang hilang la...

16. Andaikata terjumapa mayat manusia dan bangkai haiwan, yang mana akan ditutup dulu?
      Jawapannya : Tutup hidung ler...

17. Apakah benda yang jika dipotong pendek mana pun ia akan tetap panjang?
Jawapannya : Mestilah kacang panjang kan?? Takkan dah dipotong terus jadi kacang pendek pulak!




Dah hilang dah mengantuk korang??? Dah..dah.. pi buat keje!

2 comments:

ibuintan said...

hahahaha... ilang ngantuk den

syariza09 said...

hihihi....mmg ilang ngantuk ptg2 ni