Tuesday, March 15, 2011

Panduan Mudah Kenalpasti Botol Susu Yang Ada BPA

Kecoh sejak semalam yang botol susu yang mengandungi BPA (Bisphenol A) diharamkan. [Tapi apsal effectivenya start tahun depan yer??]

Anyway, korang cek tak botol susu anak2 kat rumah korang tu? Mana la tau kot2 ada botol susu yang bukan BPA free. Buat pengetahuan korang, polikarbonat (PC) adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'Bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar - sumber


Selain tulisan "BPA FREE" yang terpampang kat peket botol susu masa korang beli tu, cara lain yang boleh digunakan untuk identify botol yang diperbuat daripada PC ialah dengan cek bontot botol susu tu. Kat bawah tu selalunya ada logo segitiga yang didalamnya ada angka. Kalau angka tu no 7, better jangan beli.  Sebaik2nya pilih la botol yang diperbuat daripada PP (Polypropylene) ---> yang ada angka 5 dalam segitiga tu.


-avoid nombor 7 ni okeh-

Untuk penerangan lanjut boleh je baca info kat SINI

**Dah lama perhatikan logo dulu sebelum beli bekas plastik...

5 comments:

syariza09 said...

balik ni baru nk cek botol susu anak..tp rasanya kena beli botol baru nie

lily lotus said...

masa anak kecik2 dulu taktaulah bagi botol jenis ni ke tak. aishhh..pada yg ada anak kecik careful yer

marina anakcikbob said...

oo.. gud.. gud..
aritu ada post pasal plastik gak.
ada salah sikit la gamaknye..

AngahSayang2314 said...

pening tak tahu mana 1 yg betul

UmmiRosma said...

yea la...sangat dangerous juga..kena beli yg baru le ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...