Wednesday, March 9, 2011

TIPS RINGANKAN BERAT BADAN

GEMUK! Satu perkataan yang tidak disukai oleh kebanyakan perempuan. Kiranya gemuk ni musuh paling klasik la. Kalau orang kata sorang tu gemuk, mula la tak keruan. Dalam hati tu mula la menyumpah seranah orang yang kata kita gemuk. Biasa la mulut senyum, tapi dalam hati tuhan je yang tahu.[Korang suka ke orang kata korang gemuk???]


Selalunya kalau kita nak kurus, mesti penawarnya orang dok kata kurangkan makan, banyakkan senaman. Senang cakap kan tapi nak buat punya la payah. Jangankan korang, aku pun sama. Macam2 jenis diet, cara, teknik yang aku buat  tapi tak turun2 jugak. Paling2 kurang pun ade la 4kg, pastu maintain sampai sudah. Bila dah takde perubahan tu malas le dah nak teruskan diet kurus tu [nampak sangat cepat patah semangat]

Dalam duk menelaah blog2 tentang nak kurus ni, ade beberapa tip yang sesuai nak dipraktikkan. Walaupun aku rasa banyak artikel pun ade citer tentang ni tapi aku nak letak gak dalam blog ni.. Senang aku nak refer nanti. Tapi kalau senang cemana pun tapi kalau takde komitmen, memang akan ke laut juga. KOMITMEN uols.. KOMITMEN...

1. Bersenam --> tak payah nak bersukan @ berjoging bagai. Turun naik tangga rumah @ pejabat 15 minit sehari dah cukup

2. Sarapan ---> Sebab waktu pagi metabolisme kita tengah tinggi. Kalau tak sarapan sure kita akan makan banyak masa lunch sedangkan masa tu metabolisme kita dah rendah dah. Tu yang kita cepat gemuk tu.

3. Jangan makan kalau tak lapar. Jangan makan hanya kerana nak jaga kesopanan saat bersosial (contohnya masa hadiri kenduri kawin @ open house @ jamuan pejabat). Kot ye pun nak jaga hati tuan rumah, makan dalam kuantiti yang sedikit. Jangan layan sangat rasa lapar tu. Control selera makan tu sikit...

4.  Banyakkan makan sayur & buah-buahan segar. Tak yah citer la ni, memang dah selalu orang dok canang sayur & buah ade banyak khasiat & vitamin.


5. Biasakan makan bawang putih mentah supaya mulut korang busuk.. Hahahaha. Bukan la suruh korang makan macam makan buah epal tu tapi campur le dengan makanan sebab bawang putih mengandungi alisin yang baik untuk mencegah lemak. Selain tu banyakkan makanan yang berprotein tinggi seperti ikan.

6. Makan malam jangan terlalu berat dan jangan makan terlalu lewat sebab makin larut malam, body kita dah dalam mode nak berehat.. Badan pun dah letih dan pembakaran kalori adalah sangat lembab. 

7. Jangan makan sambil tengok TV. Baik la buat aktiviti lain sambil tengok TV tu contohnya lipat kain ke, kemas rumah ke,  sekurang2nya badan kita exercise, bukan mulut yang exercise!

8. Kunyah makanan perlahan-lahan sampai lumat. Selain melenguhkan mulut korang, sistem pencernaan juga akan lebih lancar. Selain tu sempat la isyarat kenyang sampai ke otak supaya kita tidak terlalu kekenyangan.

9. Hindari pemanis.. (gula la tu). Minum jus buah yang segar. Mesin buah oren atau epal, campurkan sedikit susu cair & tambah sedikit ketulan ais. Sedap!!

10. Kurangkan tekanan ---> semakin banyak rasa stress, semakin kita membantu menggemukkan diri. Sebab selalunya bila stress kita akan makan untuk kurangkan tekanan tu kononnya..


1 comment:

atty's said...

thanks syani sharing petua2 tuh .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...