Thursday, March 3, 2011

Pertama Kali Pergi Taman Layang-Layang

Sungguh perak dan jakun sebab walopun dah 6 tahun duk kat Selangor, banyak lagi tempat2 kat Selangor & KL yang aku tak pernah jejak. Biasa dengar je orang duk bercerita pi sana pi sini, tapi aku tak jugak sampai2 tempat tu. Kalau orang duk citer ternganga je la sebab takleh nak imejin cemana la rupa tempat tu. Itu la nasib orang2 yang duduk kat hulu ni... [Jangan tak caya Ulu Yam pun aku tak pernah pi walopun lalu hari2]

Lepas pi makan Kenny Rogers hari tu, aku ajak la hasben aku singgah Taman Layang2 kat Kepong tu. Sekarang aku dah tau kat mana tau sebab bila keje kat Damansara ni, hari2 aku duk lalu taman tu. Mood hasben aku pun cantek hari tu so on je la.. Alasannya nak bawak anak2 berjalan tapi sebenarnya mak depa yang teringin nak pegi.

Mentang2 le wiken... so memang pack la taman ni. Kitaorang pun kena parking tepi highway tu je... Jauh lak tu nak menapak... Nasib hasben aku steady.. Selalunya kalau keadaan cenggini, dah lama dah dia buat u-turn balik Batang Kali

 Dari tepi jalan dah nampak berlambak2 layang2 berterbangan di langit

Kat main entrance ni berlambak2 orang duk jual layang2. Macam2 pesen, macam2 kaler.Nasib la anak2 aku tak mintak nak beli layang2 ni.. kalau tak kopak la...

Penuh sungguh padang ni macam ade pesta. Tapi seronok jugak tengok layang2 yang banyak tu.

Kitaorang ingat nak bawak Adib & Yaya main kat playground tu tapi mak datuk punya la ramai budak2. Nak main pun tak selesa. So aku ajak depa jalan2 dulu.

Rehat dulu kat sini sambil menikmati pemandangan tasik ni. Kalau nak tawaf satu taman ni jalan kaki, sampai lusa pun tak habis round. So lepak2 & enjoy the scenery je lah.  Angin pun best jer bertiup.. manyak syok ooo.

My treasures fid dunya wal akhirah.. Insya-Allah

Merenung apa lah agaknya tu. Ade awek2 cun ke kat bawah tu bang???
Adib ni pulak tak habis2 nak jadi Spiderman... pantang tul jumpa pagar, sure nak memanjat.

Last but not least... gambo tuan punya belog la pulak...
Jangan tak caya aku dah pegi tempat ni...
Best jugak la kalau nak beridah & bersantai2 bawak anak2... Cumanya jangan pegi masa hujung minggu, sah2 padat & sendat dengan maknusia.

**Nanti nak pegi lagi la... Piknik kat sini pun best jugak kan!

2 comments:

Ieda Al-Habsyi said...

ohohoh! ieda selalu lalu tepi je kat taman ni, tak pernah turun :)
JANDA DATO' K SUDAH ADA PENGGANTI?

ibuintan said...

tak main layang2 skali ke?

mesti best tu tempat pun cantik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...