Friday, March 4, 2011

Cara Mudah Kalau Nak Kulit Berseri

Bila dah tua-tua ni memang penting untuk kekalkan kecantikan selama yang mungkin. Memang kita tak dapat menghalang penuaan tapi baik kita lambatkan proses penuaan tersebut. Kang tak pasal2 umur baru 30-an dah nampak cam 40-an. Bila umur dah masuk 40-an dah nampak cam 60-an pulak. Aw... tak rela i..

Sekarang ni kan ke glamer orang duk cucuk2 vitamin C, vitamin E la, ampoule la, segala makneka essence la dan yang latest yang tengah hebat kat bekas opis aku dulu GLUTATHIONE (kalau tak silap aku la spellingnya). Tapi aku ni bab cucuk sana cucuk sini aku takut sikit. Bukan takut kena cucuk, tapi takut dengan harganya yang memang tak tertahan dek poket. Main cecah ratus2 tu..

So untuk dapatkan kulit yang berseri, aku prefer yang jenis minum je. Lebih senang dan mudah sebab takyah nak sapu ni, sapu tu.. [Aku ni jenis malas sikit beria2dengan skincare bagai]. So inilah caranya.... beli je INNERSHINE.. Satu botol je sehari.
Ni pek promotion aku beli kat Watson's. Dalam 1 beg ni ada 8 botol kalau tak silap harganya dalam RM32. [4 hinggit jugak sebotol tu]. Cara mudah tak semestinya murah kan???

Tapi minum benda ni kena la berterusan. Jangan la pulak baru minum 3-4 botol dah nak nampak kesannya. Pastu kalau tak istiqomah  pun tak guna jugak..Ceh..ceh..mengalahkan beauty advisor je melabun kome2 semua ni. 

** Aku punya dah habis dah dalam masa 4 hari.. sebabnya en. hubby pun menebeng sama... Esok nak kena beli lagi la pulak!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...