Semalam tidur awal, belum pukul 10 dah lena
dalam kul 12.30 tetiba terjaga lak
langsung takleh tidur... toleh kanan... toleh kiri
mata tak mo pejam
kepala hotak ligat pikir macam2
tetiba teringat citer satu drama ni..
katanya kalau hati tak tenang, resah, tak leh tido,
pi ambil wuduk pastu buat solat sunat tahajjud
Terus terang aku katakan aku memang jarang buat solat sunat tahajjud ni
[masa sekolah2 dulu rajin le.. ate dah tiap2 bulan ada Qiamullail kan]
Semenjak kawin beranak pinak ni, ade la 2-3 kali je buat
So lepas golek gelentang, resah gelish, aku pun pi bilik air, ambil wuduk
niat nak buat solat sunat tahajjud
alhamdulillah.. aku temui ketenangan, dan lepas solat, terus tidur dengan lenanya sampai pagi
Cara2 nak buat solat sunat tahajjud ni senang je... Yang penting kena tidur dulu walaupun sekejap. Solat tu dilakukan pada sebelah malam iaitu dari lepas isyak hingga sebelum subuh. Tapi paling afdal pada sepertiga malam. Dilakukan sebanyak mana yang suka tapi paling minimum 2 rakaat. Cara solat sama je dengan solat sunat yang lain.
Untuk lebih info pasal solat Tahajud ni boleh refer blog Ustazah Azimah ni.
No comments:
Post a Comment