Tuesday, March 1, 2011

Kenapa Orang Suka Buat Benda Yang Aku Marah???

GERAMNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
GERAMNYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Geramnya........

Adoi.... bengang aku dari pagi sampai malam semalam
Segala benda yang berlaku menjadi punca2 kemarahan aku aje..
Geramnya bila semua mende yang kita jangka dan rancang  tak turn out to be what it should be...

[Ini kisah semalam yer.. bukan kisah hari ini.  Kisah hari terakhir di bulan Februari]


1. Pagi2 sudah kena sebab tak jawab telefon opis. Selalunya yang jawab telefon tu HR punya orang ataupun assistant aku. Bila telefon berdering, aku menjangkakan si asst aku ni akan pick up. Rupanya minah tu dalam toilet, so aku terkejar2 jawab telefon tu [bilik aku kat bahagian belakang sekali]. Bila aku nak pick up, orang tu pun dah letak. Tak lama pastu  tepon berbunyi balik, so aku pick up. Rupanya si HR Manager yang teleon, pastu terus melenting "Kenapa lambat jawab telefon? Ko buat pe?? Si xx tu mana? Apa korang ingat aku kat luar ni main2 ke???." [Hek eleh makcik ni, dah le masuk lambat lagi nak banyak kecoh pulak --> bengang aku tau]. Tapi, aku selaku budak baru, aku diam je le....

2. Aku suh hubby aku simpan duit kat ASB. [Hubby aku cuti]. Memula tu dia cam tak nak, tapi aku suh jugak. Bila dia dah pegi ke bank Batang Kali katanya system offline. Aku suh dia jenguk lagi sekali petang nanti kot2 sistem dah ok [siap offer nak kasi upah malam nanti]. Last2 bila petang dia sms kata duit tu dia tak bank-in lagi sebab sistem offline sampai petang. [Kalau aku tahu aku suh je asst aku gi bank-in kan sebab kebetulan dia pun nak gi bank simpan duit ASB dia] ---> Walopun itu bukan salah hasben aku tapi aku geram jugak.

3. Malam pulak ade dinner. Ala.. dinner yang aku cakap berat hati nak pegi tu. Kononnya majlis start dalam kul 8 mlm so dalam kul 7 tu kitaorang bertolak dari opis. Aku car pool dengan asst aku + HR Manager yang kerek tu. Sepanjang perjalanan si HR Manager tu asyik borak dengan asst aku tu je. Padahal aku duk kat seat sebelah driver tu.[Yang driver tu asst aku tu]. Sembang + mengutuk2 macam tak pikir akan kewujudan aku.. HELLO!!!! Aku bukan halimunan okeh!!! Dah le tu style sembangnya tu macam le dia bagus2. Aku tau la dia tu senior citizen tapi takyah le eksyen sangat macam ko je yang tahu semua hal dalam dunia ni. Yang asst aku ni pun ye-ye kan je le citer dia tu. Aku?? Cam biasa diam je.. Tak suka la sembang dengan orang cenggitu!

4. Kat dinner pulak, dah le sampai restoran seafood tu dalam kul 7.30 mlm. Dah le restoran ca ya nun alif. Yang tak bestnya, aku tak jumpa la pulak mana suraunya. Nak dinner punya pasal, sampai terbabas semayang Maghrib aku. Tak suka tau!!!. Bila masuk kat tempat kitaorang makan, ingatkan tempat tu dah block untuk function kitaorang, rupanya bercampur pulak dengan satu lagi function dari satu lagi kompeni yang semua stafnya cina.  Bila dah camtu segala makneka Carlsberg dan yang sewaktu dengannya pun keluar la. Walaupun bukan untuk staf kompeni aku, tapi agak cam tak selesa la jugak. Meja kitaorang bukannya terpisah dengan apa2 pun. Meja kitaorang memang sebelah menyebelah je.. Geli pulak aku tengok waiter tu duk tuang air botol hijau tu. [Bos... dah takde restoran Islam ke???]


5. The main reason yang menyebabkan aku terpaksa attend dinner ni adalah disebabkan kononnya  masa dinner tu nak memperkenalkan aku sebagai staf baru. (Memang masih ramai yang tak tahu & kenal aku]. Actually dinner ni untuk farewell  sorang staf tu & welcome dinner untuk aku. Tapi sepanjang  dinner tu berlangsung sampai la habis nama aku langsung takde cakap pun. Bukan la aku gile glamer, tapi kalau bab ni takde sama la macam kalau aku takyah menyusahkan diri nak attend dinner ni. Takat nak makan seafood tu idak le aku hadap sangat. Aku pun bukannya hantu seafood ni. Kalau aku tahu baik aku tak join. Boleh balik rumah awal & berehat2 kat rumah.[Sampai rumah malam tadi kul 11 mlm tau... 18 jam tak mandi tau...]

6. Dalam perjalanan balik sorang lagi staf join car pool dengan kitaorang. Tapi dia punya borak tu macam depa je yang ade dalam kereta. Aku & asst aku diam je. Kalau gelak pun gitu2 je. Again... aku rasa cam halimunan. Menjengkelkan sungguh! Sepanjang perjalanan, aku dah risau sebab suami aku dah sampai kat tempat tunggu. [Suh tunggu kat McD lak tu]. Aku yang suh dia datang awal sebabkan ingat dinner habis awal. Tapi kena jugak tunggu sebab ada session bergambar pulak lepas tu. Konon nak blah kul 9 alih2 habis kul 10 mlm.

7. Bila hasben aku call cakap dia dah sampai McD, aku suh dia ambil kat opis sebab asst aku tak lalu jalan ke McD tu. Tapi kata hasben aku budak2 tengah makan McD. Ewah..ewah... mentang2 le ko baru gaji ye bang, makan mewah nampak. Tapi anak2 yang 2 orang tu apa la sangat kan... Tup-tup bila dia sampai aku nampak awatnya penuh orang dalam kereta aku?? Rupanya Cik Besah & anak buah aku pun ikut sekali. Muka aku dah ketat dah tapi purak2 senyum je la. Bila aku masuk, tegur la Cik Besah pastu aku terpandang pulak punjut beg McD yang bukan main besar & 3 set kotak happy meal. Aku dah tau dah tadi depa singgah McD sure le kena beli untuk sorang satu. Dalam kepala hotak aku sure tak lari RM50 punya belanja ni. Aku bukannya apa, baru semalam aku belanja makanan mahal untuk family aku, alih2 hari ni hasben aku belanja mewah lagi untuk makanan yang memang anak aku bukannya nak makan sangat. Depa tu cuma nakkan mainan tu je. Tu la makin banyak hangkut rakyat  jelata, makin besar la duit yang keluar dari poket tu. Bajet 20 hinggit terus jadi RM 50.  Lagi satu kalau nak makan McD pun tunggu la bulan depan ke pulak.  Takpun beli la masa tengah offer tengah hari 12-3 petang tu. Kan lebih jimat???

Entry geram ni aku tulis sebelum geram aku habis. Sape larat nak baca, baca la. Sape tak nak baca, skip je la entry ni.. Ini hanya sekadar lepas geram yang aku tak tau nak luahkan kat sape...

1 comment:

munna said...

nampaknya... hari tu semua tak menjadi ye syani... tulah dari awal dah rasa tak nak pergi dinner tu kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...