Wednesday, October 6, 2010

Sudah Beli Handbag Baru

Dah berapa bulan aku tak pakai handbag, setelah handbag yang lama telah koyak & diconteng dek hanak2.

Kebetulan hari tu laki aku OT so aku tak tahu nak gi mana sementara menunggu dia, so aku pun merayap le ke JJ Wangsa Maju. Kunun2 nak cuci mata je. Dah sampai sana baru teringat nak usha handbag. 

Pegi je kat area handbag tu punya la banyak pilihan. Sampaikan naik rambang bijik mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Pegang yang ini, yang sana pun lawa. Pegang yang sana, situ pulak nampak lawa. Haish.. kalau diberi 5 jam pun belum tentu aku boleh buat keputusan. Nak2 pulak time aku pi tu last day untuk J card member offer.

Belek punya belek, last2 beli la yang ini. Ade lagi lawo tapi duit aku lak tak berapa lawo. Kunun nak pilih kaler hitam [ kalau kotor @ kena contengan anak2 tak nampak] tapi kaler kelabu yang aku pilih. Tanya salesgirl tu ade tak kaler hitam, dia kata ade satu kaler je. So pegang letak, tutup bukak, tanya hati sendiri yang mana berkenan, so pilih la jugak yang kelabu tu. 

-motif beli yang ini??? sebab aku minat tang anyaman cam anyaman budak sekolah rendah tu.. Lagi satu cukup besau la untuk aku menyumbatkan khazanah2 aku-

Tapi tak bestnya beg tu lembik la. So tak berapa istiqamah. Yang jenis keras2 ala Bonia tu ratus2 la pulak. Yang mahal2 taruh dulu la sebab nanti nak pau duit laki aku... [Bagi hadiah besday aku bulan depan, aci tak??]

** entah kenapa kelabu itu cantik di mata aku kebelakangan ini...

1 comment:

Queen said...

tengok handbag baru syanie..teringat handbag mek yang putus itu..nanges lagi di situ..ahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...