Monday, October 25, 2010

Periuk Mahal & Popcorn

Jagung popcorn dah beli lama dah
tunggu mood datang untuk mem'popcorn'kan jagung tu

Tetiba Sabtu lepas angin popcorn baru sampai
Dengan suka hati keluarkan periuk mahal yang dah terperam dalam kabinet
beli mahal2  tapi pakainya ada la 2-3 kali setahun
bukan sebab sayang tapi sebab gedabak sangat
so jarang la pakai sebabkan aku ni masak dalam kuantiti kecil je
lagipun banyak lagi periuk belanga yang orang kasi tak pakai2

**ni la periuk pertama yang aku beli.. terpedaya dengan salesgirl yang datang tempat keje. Aku bayar instalment tau periuk ni. Harga dalam ratus2 la jugak. Terpedaya beli pun sebab teruja tengok minah tu demo masak popcorn & kek guna periuk tu.

Jagung dah ade, periuk pun dah ade, so aktiviti mempopcorn pun start la. 
Dalam sepeket kecil tu dapat banyak la juga yang dapat. Yang tak meletup pun banyak juga. Lepas siap nak buat dia punya salut gula tu kan. [Aku tak tau nak panggil apa proses ni]. Kat part ni la yang spoil kan popcorn aku. 

Alkisahnya aku survey la resepi popcorn cemana nak buat popcorn yang berlemak2 cam yang selalu jual kat panggung wayang tu kan. Katanya kena masukkan butter masa gula dah cair. Memandangkan aku takde butter, aku guna je planta. Time2 aku tengah menunggu gula cair dalam periuk time2 tu la pulak anak2 aku buat perangai. Bergaduh la, menangis la, berebut la. Pada masa tu, masa aku jenguk periuk gula aku dah hampir hangus, so aku cecepat masukkan popcorn tu dalam periuk. Gaul punya gaul finally siap sudah popcorn tu. Rupa paras menarik la [walaupun ade hangus2 sikit].

Ni gambar popcorn yang aku dah masukkan dalam bekas. Malu nak tunjuk yang real.

Rasanya???
Tak sedap!!!!!!!
Ada hangit, ade pahit, ada manis, ada kelat
bak kata Makcik Astro tu.. macam-macam ada...

2 comments:

Queen said...

ahahaha...kadng tu tgk org buat teruja je kan...takpe kak..cuba lagi.. =)


pssstt,..itu pun saya ada hati lagik nak beli oven la bagai..sekali kalau kek buat tak menjadi..harus la kene perli dgn yabang..muahahaaha

Sumijelly said...

kene belajar lagi buat proses mcm tu..
sampai berjaya...
sayang la dah ada periuk tu tp tak pakai kan??hehehe


Sumijelly.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...