Friday, October 22, 2010

Percaya La Cakap Aku - Donut Ini Memang Gebu

Semalam lunch kitaorang pi singgah kedai kuih simpang 3. Sape duk keje atau tinggal kat area Wangsa Maju @ Wangsa Melawati sure tau gerai kuih ni. Macam2 jenis kuih ade jual kat situ.



Setelah digembar gemburkan oleh opismet akan kegebuan donut kat situ, kitaorang dengan penuh excitednya pi la beli donut tu.  Ni bukan donut  yang biasa2 tu tau, juga bukan donut ala2 Big Apple ataupun kategori donashi.. Tapi donut ni bentuk bunga... [Ekceli sama je dengan donut bulat ade gula tu.. rupa dia je depa ejas jadi bentuk bunga.]. Tak caya??

Kan aku dah kata... memang rupe bunga donut ni.. Hehehe
Pedulikkan rupa parasnya...yang penting rasanya ye ke sedap & gebu???

Tidak syak lagi ye puan2... memang gebu gile donut ni. Kalau tak, takkan le member aku beli sampai berbelas biji. Kitaorang satu kereta je beli donut tu habis tinggal separuh bekas. Harganya 5 biji RM2. Aku beli 10 biji, ade member aku beli 5 biji, pastu member lagi sorang 13 biji sampaikan budak kedai tu tanya kat aku " ni akak nak makan sorang ke nak bagi anak?"

Cinabeng punya budak. Hagak2 la ko dik oi... ko perli aku ke apa??? 

Petang bawak balik rumah, bagi la hanak2 dan bapak hanak makan.

-cop!!! sebelum makan kena posing dulu.. Gambar asal kepala Adib ni ada, tapi disebabkan rupa parasnya tercacat dek tangan parkinson aku, so terpaksa la aku penggal pala dia dalam gambo ni-
Nak beli 5 ketul takut tak cukup. Bila beli 10 ketul tak habis makan la pulak.. Mana idaknya... malam tadi Cik Zul bagi kitaorang KFC. Maka tak laku la donut aku tu weh.. ade la lagi 4 ketul. Terpaksa la aku masuk tupperware & bawak gi opis pagi ni... [Breakfast makan kuih semalam!!!]

** Kak Fina, betul la cakap akak, donut ni masih lembut lagi pagi ni. Kalau donut yang biasa2 tu sure dah keras kong & aku campak dalam tong!

** Lupa lak nak kabo, gerai kuih tu ade blog tau. Jangan main2.. Kalau nak tengok kuih apa yang depa jual kat situ, boleh singgah SINI

3 comments:

sw33tdarling.com said...

aisehh.. tak pernah lak beli donut.. kami reti beli goreng pisang jer kat situ... hehehehe

SYANI said...

Amy, patut cuba donut dia. memang sedap!

pena said...

hmm.. tringin nk mkan donut lak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...