Monday, October 18, 2010

Rambut Brontok

Semenjak dah tua bangka ni, macam2 la penyakit singgah
dulu muka licin, sekarang dah naik gerutu
dulu badan slim sekarang dah beropol
dulu tumit halus sekarang dah kematu
dulu rambut lebat sekarang dah makin luruh

Lately ni memang aku perasan rambut aku banyak gugur
dalam bilik, kat ruang tamu, kat dapur,kat bilik mandi
bersepah dengan rambut aku.
walaupun dah bersapu, masih ade lagi rambut gugur lepas tu
walaupun gugurnya tak macam orang lukemia tapi serius la juga kan
tapi takde la sampai rasa nak singgah Yun Nam ke, Hair Pro ke
yang kelakarnya, kengkadang hasben yang tolong kutip rambut2 aku yang bersepah kat lantai tu
La ni aku pakai syampu ni la. Kenkonon boleh la mengurangkan rambut brontok aku ni. Tapi nampaknya takde perubahan pun.. Makin luruh rambut aku ade la... Nak2 pulak bila lepas bersyampu, punya la banyak rambut sampai tertutup lubang keluar air tu.

Ni sebahagian je.. Yang sebelum tu aku dah buang kot lubang tu [takkan tengah mandi nak tangkap gambar pulak kan..] Apa lagi solution ye nak mencegah rambut luruh ni?? Dalam kapla hotak aku ni cadangnya nak gi potong rambut jer. Kasi pendek sure kurang rambut yang berguguran.



2 comments:

sw33tdarling said...

saya dulu pun selalu rambut gugur masa syampu especially... tp sejak rebonding ni, mmg kurang dah rambut gugur.. agaknya sebab rambut dah lurus & tak berpintal dah

eynda said...

Rasanyer ramai wanita ada problem rambut gugur ni...eynda pun ada gak...sekarang guna syampu protein himalaya...nanti check berkesan ke tak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...