Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 20, 2010

Mudahnya Menjadi Seorang Muslim

Sebenarnya amatlah mudah untuk kita menjadi seorang Muslim. Kan Islam itu mudah , namun kita sendiri yang menyukarkannya. Cuba kita renung2kan sejenak:


  • Anda perlukan cuma 5 minit untuk solat Subuh, sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam untuk bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar.
  • Anda cuma perlukan 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan, sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut.
  • Anda hanya perlu 5 minit untuk pakai tudung atau jilbab,  sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut.
  •  Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor, sedangkan makan tengahari selama 1 jam.
  • Anda hanya perlukan 15minit untuk solat Asar berjemaah, tatapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam.
  •  Anda hanya perlukan 15 minit untuk membaca Al-Quran, tetapi tidak selama anda menonton TV dan CD.
  • Solat Maghrib hanya 7 minit tapi drama cina di TV 1 jam.
  •  Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit.
  • Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis Rasulullah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit.
  •  Anda hanya perlukan 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau menonton wayang lewat malam.
  • Anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur, tetapi perlukan 3 minit untuk habis menyanyi sebuah lagu.
Renungkanlah... berapa banyak waktu  dihabiskan untuk urusan duniawi berbanding urusan ukhrawi...

Astaghfirullahal 'azim!!!

1 comment:

LyNn HaMzAh said...

tq di atas info ini...akan berusaha untuk menjadi hamba yang beriman padaNYa...