Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 9, 2010

Interview | Tech Outlook Sdn Bhd

Tajuk yang secara terang-terangan sungguh...
Dah 3 hari aku tak buat entry blog ni
walaupun takde yang komplen kenapa takde entry baru
aku sendiri rasa aku sudah meng"anak tiri" kan blog ni.

Hari Rabu lepas adik babysitter aku kata ada vacancy kat kilang tempat dia kerja
pastu dia suruh aku attend inteview hari Khamis
tapi aku cakap aku tak apply cuti & aku ade benda urgent nak handle
so aku mintak pospon sampai Jumaat

Bila dah konfrm inteview hari Jumaat
aku & hubby pi la ronda tempat aku nak inteviu tu
takut la nanti aku sesat larat pulak kan
dah le tak familiar area2 sana

Lupa nak habaq, kilang tu namanya TECH OUTLOOK SDN BHD
kilangnya dekat dengan SIRIM kat area Rasa
[sape tak tau area Rasa tu kat mana boleh refer kat Makcik Rehan]
petang tu jugak adik babysitter aku bawak balik borang suh aku isi.

Pepagi Jumat selepas hantar anak2 ke rumah Cik Besah & babysitter
aku pun baru la nak isi borang permohonan

[Aku apply half day pagi Jumaat tu]
Inteviu  start kul 9 pagi
dalam kul 8.40 pg aku pun gerak la ke sana
[tempat tu dengan rumah aku tak de jauh mana.. ada la dalam 15 minit]

Sampai sana lagi 5 minit kul 9
bagitau guard tu yang aku ade inteviu
dah le guard  Myanmar tu tak paham apa aku cakap
sib baik la ko hensem so dimaafkan walaupun ko sebut tah apa2 nama aku.
Dah dapat green light, dia bagi aku pas masuk pastu suh aku gi office.

Sampai kat office, orang yang suppose inteviu aku tu gi bekfes lak
so kena la tunggu kejap
sambil aku menunggu tu Account Exec yang nak berenti tu inteviu la aku
nama budak tu AMY.. baik & helpful
banyak la hal ehwal akaun yang aku korek dari dia
 -kat bilik ni la inteviu tu-

lepas habis sembang dengan dia aku kena inteviu dengan GM lak
namanya MR HOR.. pun baik jugak
sekali sembang cam Patrick Teoh lak!
sembang punya sembang dah sampai kul 10.30 
so dia cakap dia kena discuss dengan MD dulu dama ada nak ambik aku ke tak
[Cara sembang dengan dia tu macam ade harapan dapat la..]

Before aku blah, aku kena try UBS sistem yang diaorang guna
dalam CV beria aku cakap aku familiar dengan sistem tu
[walhal kat opis sekarang ni teramat jarang menyentuh sistem tu walaupun dah instal tahun lepas]
so aku main agak2 mana yang aku ingat je le
kantoi la jugak dengan budak Amy tu tapi lantak la...
[tapi dia kata aku pass... hehehe.. dia tak tahu betapa gabranya aku!]

Lepas balik dari Rasa, terus pecut gi Wangsa Maju 
disebabkan masa banyak lagi [nak masuk kul 2 ptg tapi dah sampai sana kul 11.30]
aku pun jumpa la member lama kat Carrefour
biasa la kalau berjumpa macam2 cerita la kan
sambil tu kitaorang layan la Sizzling Mee kat sana [lagi pulak aku tak brekfes pagi tadi]


Dah cukup time aku pun masuk opis
[Kalau  tak disebabkan ade cek urgent yang tak sampai2, tak kuaser aku nak datang keje]
Petang masa aku ambil Adib kat rumah babysitter
adik dia ada kat sana [baru balik keje gamaknya]
dia bagi tau aku yang budak Amy tu ngan GM tu memang nak sangat ambik aku
[desperate la kot sebab budak Amy tu last day hari tu so suppose aku akan ganti tempat dia]
tapi katanya lepas GM discuss dengan MD, MD tak nak sebab..........
dia nak Chinese jugak  <---- typical answer kan???
katanya si MD dengan wife dia[director jugak]  memang tak fasih dalam BM & BI
so dia prefer cakap dalam Chinese kot
[whatever la.....lagipun aku pun tak berapa berharap kerja kat sana..]

Antara faktor2 yang menyebabkan aku tak terasa nak keje kat sana:
  • Annual leave sikit <--- 8 hari jer??? Kompeni sekarang pun boleh bagi 14 hari kalau baru masuk 
  • Perjalanan ke arah ulu2 banat ni memang memboringkan bagi orang yang dah biase dok keje kat pekan metropolitan macam aku... macam takde life la kat sana
  • Kilang tu pulak  first impressionnya pun dah cam tak best ... tak menarik la dia punya susun atur dalam opis tu. Punya la semak...
 kat sini la reception, kat situ jugak la opis.. kat belakang tu la bilik account dept [terpaksa curi2 tangkap gambo ni]
  • Aku tak minat keje kat kilang ni sebab aku rasa terkongkong [sebab dah biasa bebas kat tempat sekarang]
  • Banyak didominasi oleh cina.. [sebab sekarang banyakdah biasa dengan  melayu kat opis] <---ade unsur racist ke aku??

Mungkin ade hikmahnya aku tak dapat keje tu. Walaupun punah harapan sebab azam 2010 aku masih tak tercapai tapi berfikir positif je la.. Maybe itu bukan yang terbaik untuk aku kan??? Allah lebih mengetahui kan?? Pasrah je le..

No comments: