Sunday, October 17, 2010

Melayan Gian Makan KFC

Malam semalam dah janji dengan hanak2 nak bawak depa pi makan KFC
sebenarnya bukannya depa nak makan sangat
yang excited lebih campur gian nak makan KFC cuma mak pak depa je
hanak2 nak makan KFC sebab nak main permainan kat dalam tu
[disebabkan petang2 takleh nak main kat padang depan rumah]

Aku bukannya tak bagi anak aku main kat padang tu
tapi tau je lah sekarang ni
panasnya bukan main terik lagi
pukul 6.30 petang pun cam kul 5 petang
kalau lengang pun dah dekat kul 7
tapi kul 7 lebih tu dah masuk Maghrib kan.. takkan nak suh anak2 menggedik kat padang pulak kan??
Lagi satu kalau kat padang tu pepetang usah citer la berapa ramai budak2 kat situ
sampaikan anak2 aku takde can pun nak main
siankan depe tu yang aku & hubby  cadang bawak depa main kat KFC

Kitaorang gi dalam kul 9 malam
sampai je KFC, barisan yang tengah beratur tu punya la panjang
memula cam nak kensel tapi sian lak kat anak2 yang dah beria2.
Alhamdulillah tak lama tunggu, lepas oder terus naik tingkat atas
[sebab playgroundnya kat atas]

Anak2 bukannya nak makan pun
sampai atas terus tuju tempat main tu
at least mak pak depan boleh melantak dengan tenang kan...
 -punya la tenang nak makan.. habis licin kitaorang makan-

orang pulak tak ramai kat atas tu
so berleluasa la depa main sampai tak hengat donia
melompat, menjerit, berlari, mengoncang bagai nak rak
bila letih baru singgah kat kitaorang nak minum air

-slide house ni Yaya nak konker...senyum sampai nampak gigi rongak!-

Adib lak lebih minatkan mende ni. Dia punya goncang beria2 sungguh. Sampaikan macam nak tercabut patung tu. Yaya pulak asyik tak duduk diam. Tak leh nak snap gambar dia!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...