Dari seminggu ke seminggu berusaha memujuk si Adib potong rambut. Memula tu dia macm nak potong. Siap nak rambut "HALUS........" [Sila sebut cam iklan Nescafe Harith Iskandar tu yer..]
Dari elok2 nak potong rambut, tah angin lintang mana tah lalu, tetiba dia tak nak pulak. Jenuh la aku, hasben au even babysitter aku pujuk dia potong rambut.
Kebetulan minggu ni hasben aku gaji, so pandai la abah dia bermadah berhelah dengan si Adib. Umpan la dia dengan mainan & gula2 untuk pujuk gi kedai gunting. Bila dah berjanji bagai baru la lembut hati si Adib. Itu pun aku cakap pada hasben aku, cecepat pegi kedai sebelum dia ubah fikiran lagi.
Ni gambar sebelum kena potong rambut..
Kalau ikutkan rambut mamat ni tak le panjang sangat tapi aku tengok cam rimas la pulak. Nak2 bila kepala berpeluh.. lagi nampak serabai. Tu belum lagi dengan bau tengik hangit kepala dia tu!
Sikarang sudah ade hensem sikit la. Sampai kat kedai keling gunting rambut tu dia siap cakap kat keling tu dia tak nak "HALUS" a.k.a botak. So hasben aku suh trim je rambut dia.. Kalau botak susah lak nak buat rambut pacak kekdahnya... Adib.. Adib.. Macam-macam hal!
No comments:
Post a Comment