Tuesday, October 19, 2010

Bantal Busuk

Hari Ahad lepas, disebabkan karpet tu aku  basuh so Adib & Yaya takleh le nak landing depan TV. Kalau nak baring pun kena baring atas lantai atau atas sofa. Ksiankan si Adib nak tidur, aku pun heret la tilam. Bentang depan TV [macam nak tidur malam pulak].

Time dia dah lena tu aku tengah gosok baju kat atas. Tak teringat langsung nak pakaikan dia pampers. Walaupun dah terdetik kat hati aku jap lagi si Adib tu sure lenjun tapi asyik sangat gosok baju sambil nengok drama Jepun kat TV8 sampai terlupa. Cuaca lak mendung2 cam nak hujan syok la si Adib tidur. Sedar2 bila dia bangun, dia kata dia kencing. Pi tengok kat tilam dah lenjun kat bantal. Apa lagi angkut la bantal busuk dia kat washing machine. Malam tu jugak aku basuh sarung bantal. Yang bantalnya aku tak basuh la takut tak kering. Jemur gitu2 & sembur febreeze je. Hujung minggu baru leh jemur bantal kepam dia tu.

Ni la rupa bantal busuk dia tanpa sarung. Dahsyat kan???


Ni lepas dipakaikan sarung. Sarung ni dah naik reput dah tapi dia tak nak tukar yang lain. 

1 comment:

Queen said...

nama lagik bantal busuk kan..ahhahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...