Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 1, 2012

MALANG PERTAMA DI BULAN MAC

Assalamualaikum....

Dah masuk bulan Mac dah kan.. kejap je masa berjalan. Diharapkan selalunya setiap bulan akan membawa perubahan yang positif pada diri kita semua kan. Tapi sebaliknya pada aku sebabnya... pada hari ni aku telah mengalami kecelakaan... [macam teks harian metro lak.. ahaks!]

Betui ni.. serius aku cakap, aku baru mengalami eksiden yang pertama dalam tahun ni. Betul la kata orang malang tidak berbau. Kalau kita berhati2 pun, orang lain pulak yang buat hal kan.. REDHO je le!

Kejadian berlaku semasa on the way aku nak ke tempat kerja. Dah biasa maklum kat area MRR2 kat Kepong menghala ke LDP sentiasa jem kan. Walaupun kereta berasak2 & tak laju mana, tapi eksiden boleh terjadi jugak. Ekceli ni bukan kecuaian aku tapi driver di belakang aku. Tetiba je aku tersentak ke hadapan sebab kereta belakang sudah cium bontot Saga aku. Tak semena2 Saga aku pun terlonjak kedepan & cium pulak bontot satria... Tak pasal2 tiga2 biji kereta tersadai kat tepi jalan... Dah le jem, makin bertambah jem la dibuatnya..

Ni la bahana eksiden pagi tadi...

Nampak cam sikit kan.. tapi bila bukak bonet rupanya bahagian bawah dah terkemek ke dalam.. 

Ni kat bonet depan.. terjungkit habis sebab cium bontot satria.  Sib baik la lampu semua tak pecah..

Ni la kereta yang melanggar aku... Punca eksiden tersebut... Bahagian depan je la yang kemek. Driver kereta ni  pompuan Cina.

Kereta Satria yang aku terlanggar tu tak teruk sangat, cuma terkopek cat sikit jer. Lagipun masa aku hentam dia tu tak berapa kuat pun. Tak kemek cam aku.. Tau je la kereta Mesia ni kan cam tin Milo. Yang paling teruk kena ofkos la kereta aku sebab kena depan & belakang.

Nak dijadikan cerita pulak, phone aku habis kredit la pulak. [Masa ni rasa pentingnya pakai line dari prepaid kan??] Maka dengan tak malunya aku cakap kat brader Satria yang aku langgar tu yang aku nak pinjam henfon dia sebab  nak call laki aku. Itu pun  cuma cakap kejap suh hasben call aku balik sebab aku eksiden. Pastu terfikir la pulak yang aku belum inform office aku lagi. Takkan aku nak pinjam henfon brader tu lagi kan?? So tawakal & berharap opismate aku call aku... [Pasni opismate ku, kalau aku sudah lewat dalam 15minit, sudi2 le tanya khabar aku yer...]

Pas diskass lebih kurang tanpa gaduh2 sebab semuanya cam relax je, brader yang naik Satria tu cadangkan pi buat report polis sebab cina tu nak claim insuran. Melilau cari balai polis trafik. Ate, semuanya bukan duk Kepong. Aku pun bukan reti sangat jalan2 kat situ. Nasib la brader tu ada GPS... kita folo je la...

Finally kitaorang buat repot kat balai polis Kepong. [ Aku siap sesat lagi tau.. malas nak citer]. Hasben aku pun dah ada sekali dah masa tu. 

Cara nak buat repot pun tak reti.. Masing2 first timer kan.. Ikut je la officer tu suh buat apa. Memula kena isi borang dulu...
Ini la rupa borang yang nak kena isi tu...

 Borang yang siap diisi.. Pakai pen dakwat merah lak tu [dah itu je pen yang ada kat kaunter tu...heheheh]

Bila dah siap isi, duduk kat kaunter tu & officer tu akan buat la laporan kemalangan tu.
Ni la brader kereta Satria tu. Memang cool brader ni..Thanks bro sebab banyak tolong.. especially bab pinjam henfon.. Memula brader ni la buat repot dulu. Pastu baru turn aku. Orang yang langgar aku tu pulak kaunter sebelah sana [pompuan yang pakai baju putih tu la]

Ni la repot aku pasal eksiden tu... Karangan tu polis tu yang buat... Ikut je la ayat dia, janji ada repot.

Sementara nak setelkan hal ehwal di balai polis, kena jugak setelkan kecederaan kereta aku tu kan. Nak delay repair memang tak boleh la kan sebab kereta nak pakai gi keje hari2. Lepas diskas dengan hasben, so hantar kereta tu kat bengkel kat Taman Ehsan. Tak kisah le kat mana pun janji kereta aku boleh baiki. Tapi kami claim insuran 3rd party [insuran kereta Myvi yang langgar aku tu la]. Selamat duit  aku..heheheh

Setelkan hal kereta kat bengkal tu, so aku kena balik dengan hasben aku naik motor la jawabnya. Dah le perut kosong dari pagi.. dok krok krek dari masa kat balai lagi. Balik dari bengkel terus gi makan yang merangkap lunch [masa tu dah pukul 1 lebih dah]. Lepas makan, terus merempit balik Batang Kali [aku & hubby terpaksa EL la ini hari..]. Ni first time aku balik Batang Kali naik motor tau. Mak aiiiii kebas vontot aku dibuatnya... Tobatnya nak naik lagi..

Pagi ni jugak aku dapat sms dari abah katanya pak sedara aku a.k.a Pak Ngah Bakar yang tinggal di Trolak Selatan, telah menghembuskan nafas terakhir. Jenazahnya akan dikebumikan lepas solat Zohor. Innalillahi wainna ilahi rajiu'n. Takziah untuk keluarga Pak Ngah. Kalau tak keberatan sedekahkan le Al-fatihah untuk arwah Pak Ngah aku tu yer..

** Aku la antara penyumbang jem kat MRR2 pagi tadi...

8 comments:

mr icham said...

nak buat macam mana along oi...dah nama pun malang tak berbau...nasib baik la ko takde kena ape2...tue pun dah rahmat... :-)

attyfir said...

nasib takde apa2 kat syani

al fatihah utk arwah..amin

munna said...

al-fatihah buat arwah.... dugaan tu syani... munna pun baru kena bulan lepas tapi sikit jelah.... org tu taknak report jadi dia tanggung semua kos baik pulih....

AdaM Hawa said...

Al-Fatihah..

benda nak jadi.. tak leh nak kata apa.. mintak di jauhkan dari sy.. YA ALLAH.. lindungilah hambaMU ini.. lindungilah KAMI YA ALLAH..

[leily.laily] said...

haah, sama la kite..
myvi sy asben bw sondol vontot org...
eee, geram taw.. dh la kite kaki bersimen, lg patah kaki nk pi kije!
seb bek sket aje.. grrrrrrrrr!

Ibu Lala said...

Sabor je la. Ada la hikmahnya tu...

Neeza.Areef said...

menda gini x best belaku..bumper to bumper gitu kan..yg kt tgh2 la seksa..dpn blkg kena

kakngah said...

dulu aku eksiden buat polis repot, polis tu la ygbuat karangan gak. cam lawak jek. lps tu terhegeh2 ketik keyboard. aku rasa cam nk offer diri jek buat karangan sndr...

al fatihah