Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 9, 2012

PEMBERSIH BIJAK, MUDAH & JIMAT

Semalam sementara menunggu hasben aku habis OT, sempat la menyinggah Giant Batu Caves. Dah sampai sana saja la masuk Guardian. Bila takde tujuan, mula la nak membelek yang bukan2. Akhirnya aku telah terjebak membeli sesuatu. [Aku kembali menjadi makcik yang senang terpengaruh dengan iklan TV]

Memandangkan sabun muka aku dah habis [sebab hasben aku pun tumpang sekali], so aku pun belek2 la kat rak pencuci muka tu. Sekali terpandang la pulak Garnier Pure 3 in 1 yang tengah letup2 sekarang kat TV tu kan. Rasa cam nak try last2 beli la jugak dengan harga RM19.90. Lagipun semenjak dua menjak ni mencanak pula jerawat kecik2 kat muka aku.

Ini adalah produk Garnier kedua yang aku beli. Sekarang aku cuma pakai Garnier Light moisturizer je. Ni pun aku beli sebab day cream Anew aku dah habis.[Bukan terpengaruh dengan Lisa Surihani tau..] Nak beli baru masa tu takde offer la pulak so rembat je la Garnier tu. Aku bukannya nak cerahkan sangat kulit aku ni pun sebab aku dah memang kategori cerah. Cuma aku nak moisturizer  yang ada SPF. Best jugak Garnier Light tu sebab bila pakai kat muka dia tak berminyak. Cam terus meresap dalam kulit je.

Berbalik pada citer Garnier Pure 3 in 1 tu, malam tadi telah selamat dicuba malam tadi. Best la wei sebab dia ada scrub. Nama pun 3 in 1 kan so dia adalah cleanser, scrub & masker. Tak payah dah nak beli asing2. Jimat  berapa ringgit dah kat situ kan. Lepas basuh muka, muka aku rasa bersih sangat dan yang paling penting takde rasa tegang pun kat muka aku. Lagi satu biji2 scrubnya tu halus je & tak kasar pun. So muka takde la sakit & pedih masa kena sental dengan scrub tu.. Untuk masker pulak aku belum try lagi. Hujung minggu ni boleh la cuba sebab aku selalunya pakai masker seminggu sekali je [itupun kalau ingat]. Masker pun penting jugak ekcelinya nak2 pulak kalau kulit berminyak cam aku.

Tapi cuma satu je yang pada aku tak berapa best. Tang baunya tu.. Memang tak wangi. Cam bau pumice stone yang sental tumit kaki tu jer...[Tetiba aku rasa macam aku ambik batu tu pastu sental kat muka
Maybe sebab pumice stone tu adalah salah satu active ingredient kot selain Salicylic Acid, White Clay, Zinc & Smithsonite. Tapi tak kisah le tu.. nafas la ikut mulut jap..Takpun tahan je la nafas tu..hehehehe

Hari ni baru hari kedua aku pakai pencuci muka ni. Katanya kulit akan clear sehingga 7 hari. Nanti kita tengok cemana la yer.. Nanti aku apdet hasilnya seminggu dari sekarang.. TUNGGU!!!!!!!!


** Sesuai sangat untuk orang pemalas cam aku..

2 comments:

POSH76 said...

ingat pembersih apa...rupanyer facial wash...kalau okey kasi review yer

AdaM Hawa said...

eh! nak cube la.. muka pun ada bintik2 gak ni..