Tuesday, March 20, 2012

MARRYBROWN LAGI

Sejak Marrybrown dah bukak kat Batang Kali, dah jarang kami makan kat KFC
Maybe sebab dah selalu sangat makan KFC gamaknya
Lagipun tempat permainan budak2 kat MB tu lagi best dari KFC tu la sebab utama kenapa anak2 aku suka ke situ. 
Malam Sabtu lepas, Adib ajak abah dia gi Marrybrown. Tak nak menghampakan anaknya tu, hasben aku bawa la pegi situ. Kalau Adib ajak aku, sah2 aku rejek.. Kot ya pun nak pegi situ, tunggu la time2 gaji kan. Time tengah "sesak" ni la deme ajak makan sedap. Sabo je la..

Ate dah hasben nak belanja, so jangan la tolak rezeki, ye dak??
Kalau ikut aku, aku suka duduk tingkat bawah sebab ada kerusi yang macam buaian tu. Tapi anak2 aku suka naik tingkat atas sebab dekat dengan tempat main. Tapi unfortunately, masa kitaorang pegi tu, tempat main tu ramai la pulak budak2nya. Anak2 aku pun tak nak masuk main..So kita posing je la dengan gambo beger besaq ni...

 Ambil gambar secara skema!



Yaya ni kalau pegi MB, dia suka makan berger. Adib pulak suka makan ayam pegang [drumstick]. Hasben aku pun suka makan beger. Aku je suka makan lain dari yang lain... Ni le feveret aku kalau ke MB
Chick-A-Licious : Ayam goreng yang disiram dengan black pepper sauce

dan jugak ini
Selalu aku add-on je... Memang sedap walopun tak setanding dengan Pizza Hut punya..

Dalam dok syok2 makan tu tetiba aku terpandang sorang lelaki ni. Macam kenal tapi tak sure. Nak tegur takut termalu lak aku.  Dia sorang blogger yang boleh kata femes di kalangan warga2 yang nak kurus. Memang aku tau dia duk Batang Kali. Sekali dia duduk kat belakang kitaorang. Masa tu aku curi2 dengar la conversation deme. Kalau dah deme memang bercerita bab kurus2 ni..Sah! Dia le orangnya.
Nampak tak orang yang duduk belakang hasben aku tu. Yang baju hitam tu tau, bukan yang baju belang tu.

Dia le blogger yang bernama DZUL atau lebih dikenali melalui blognya  SAYA NAK KURUS. Sapa2 yang berhajat nak menguruskan badan dengan diet yang diamalkan oleh DZUL, boleh le pi terjah blog dia. [Akak promote blog ko dik!!!!]

** Nasib la si Dzul ni idak menegur aku. Dibuatnya dia tengok apa benda aku makan tu kan, sure dia sound "Akak ni... kalau makan camni cemana la nak kurus???" ekekekeke


6 comments:

munna said...

baru je makan ahad lepas.... mushroom soup tu cair lah...mmmg x leh lawan pizza hut punya

fieda said...

sume sedap2..

yana halim said...

belum layan marrybrown lagi. kena tunggu teringin...

SYANI said...

Munna,
Walopun cair, den totap boli..heheheh

SYANI said...

Fieda,
Betul.. semua sedap!

SYANI said...

Kak Cho,
Pegi jangan tak pegi tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...