Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 31, 2011

KALAU MENGANTUK BACALAH INI

1. Dalam banyak2 air, air apa yang paling berani?
    Jawapannya : AIR TERJUN... sebab dia berani terjun...heheheeheh

2. Dalam banyak2 binatang, binatang apa keluar haid?
    Jawapannya : KURA-KURA [itu pun tak tau ke.. keluar HEAD maaa]

3. Dalam satu pertunjukan, seorang ahli silap mata telah memijak kaca dengan tapak kakinya, tetapi dia tidak mengalami kelukaan, lalu dia memijak paku yang bertaburan, dan tak luka juga. Apabila selesai persembahan dia jalan terhencut2 kerana terpijak TAHI AYAM....


4. Dalam banyak2 binatang, binatang apa yang bertelur dan beranak? Kiranya dua alam la ni.. cuba teka.
   Jawapannya : SIPUT BABI la... siput bertelur, babi beranak... tak gitu???

5. Dalam banyak2 sungai, sungai apa yang paling berat?
    Jawapannya : SUNGAI BESI....

6. Kereta dengan motor, mana lebih tua?
    Jawapannya : Tentulah MOTOR .... sebab motor pakai tongkat...

7. Dalam banyak2 pokok, pokok apa yang baik hati?
   Jawapannya : POKOK PISANG... sebab dia keluarkan jantung dia..

8. Dalam huruf jawi, huruf apa yang ada angin??
    Jawapannya : Huruf FA..... salah!
                       Huruf HA .... salah!
                       Huruf TA & huruf YA la jawapannya sebab bila digabung kan jadi TAYAR.

9. Dalam banyak2 kasut, kasut apa yang paling keras?
    Jawapannya : Kasut BATA le...

10. Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak. Apakah yang akan turun dahulu selepas bas itu berhenti?
Jawapannya : Meter bas tu la...

11. Antara huruf A hingga Z, mana huruf yang boleh kahwin?
      Jawapannya ialah huruf I dengan U la... [lovey dovey kan suka guna ]

12. Kalau korang pandai matematik, 5 orang cina tolak 3 orang India, jadi apa?
      Jawapannya : India tu jatuh la...keh..keh..keh..

13. Ada 3 biji limau kemudian dibahagi kepada 3 bahagian. Lepas itu di bagi pulak pada 3 orang. Berapa seorang dapat? [Kalau korang tak dapat ni mesti lemah IQ ni]
Jawapannya : Sorang dapat sebiji limau le...

14. Ada seekor gajah dan seekor kancil berjalan2 di dalam hutan. Suatu ketika, mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh. Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah apa agaknya ye??
Jawapannya :  Gajah PATAH BALIK kot!

15. Dalam banyak2 lembu, lembu apa yang orang akan cari?
      Jawapannya : Lembu yang hilang la...

16. Andaikata terjumapa mayat manusia dan bangkai haiwan, yang mana akan ditutup dulu?
      Jawapannya : Tutup hidung ler...

17. Apakah benda yang jika dipotong pendek mana pun ia akan tetap panjang?
Jawapannya : Mestilah kacang panjang kan?? Takkan dah dipotong terus jadi kacang pendek pulak!




Dah hilang dah mengantuk korang??? Dah..dah.. pi buat keje!

LAMINATED FLOORING

Hari tu aku tunjuk gambar rumah aku kat sorang member aku ni
Gambar tu gambar lama - masa awal2 aku pindah dulu
pastu masa aku tunjuk gambar bedroom kat tingkat atas
dia tanya

"Ko buat lantai yang laminated tu yer"

"Ha... laminated la sangat... tau lah lantai rumah aku lawo"

 Ini lantai kat bedroom aku

 Ini pulak kat bilik Aleeya
[nampak tak terbonjol2 tu... laminated pekebenda macam tu kan]

"Wei, aku mana ada duit nak buat laminated bagai la... Aku bukan orang kaya. Tapi nak feeling2 cam orang kaya, camni la jadinya"








 
Tikar getah okeh..... sib baik ada corak cenggini..
Ramai jugak member aku yang dah terpedaya..Hehehe

**Nak buat yang real tak mampu, guna je la kaedah ilusi optik ni..

Wednesday, March 30, 2011

PERHATIAN PARA SUAMI - RUGINYA KALAU TAK BAGI DUIT PADA ISTERI

Ini bukan main2...
ini hakikat...
bukan aku kata, tapi ustaz yang kata

dengar ni baik2



betui tak apa ustaz tu kata??

Pas ni para isteri, rajin2 la mintak duit suami
hehehe, pastu boleh la cakap cenggini:

"i bukan nak habiskan duit abang tau, tapi nak bagi abang pahala "



** Tak rugi la kalau berhabis untuk bini..hehehehe

Tahukah anda?? (Part 2)

1. Warna biru adalah warna kesukaan 80% rakyat Amerika.


2. Tanda (#) di keyboard kompuyer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

3. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

4. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

5. Jika dikangkangkan kai dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

6. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

7. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

8. Produk pertama mengeluarkan bar code adalah Wrigley's gum.


9. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

10. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

NEW CONTACT LENSES

Gaji sudah masuk... YEY!!
boleh shopping ler...[tapi settle hutang piutang & saving dulu la yer]
 wallet sudah kembung maaaa...

Dah dapat gaji ni benda pertama nak beli
CONTACT LENS..[aku kan rabun]
so lepas balik keje semalam singgah le kedai cermin mata kat Batang Kali
Kat kedai ni je yang pada aku agak murah CL mahupun spek mata
selalu kalau nak cek mata ke, beli cermin mata ke, beli solutions ke, CL ke
semuanya aku pegi kat kedai ni... sampai tokei kedai ni dah kenal aku dah
[every year berulang kedai ni]

Aku pakai CL jenis plain jer [yang kaler kan mahal]
Jenis Baush & Lomb le yang selalu aku guna pun
murah pun murah
untuk 12 pasang cuma RM200 jer [untung2 dpt 13 pasang kalau time promotion]
tapi aku beli 6 pasang je semalam for RM100 
tahan le untuk 6 bulan


Stok setahun CL aku dah habis
next month kena pakai yang baru pulak
aku guna disposable lens je [yang tahan sebulan tu]
hari tu cek2 dalam meja solek memang dah takde stok untuk bulan depan
so kena top up stok untuk setahun akan datang la pulak
kalau tidak bulan depan kena jadi Cikgu Bedah le pakai spek

 beli CL semalam dpt free travel solutions & CL case

Cek mata semalam power mata aku maintain 350 untuk dua2 belah
sampaikan tokey tu cakap aku pandai jaga mata sebab power tak naik
tu la salah satu kebaikan CL ni [pada aku la]
Kalau pakai spek setiap masa dah sah2 power aku naik punya...

** Next month nak buat sepek baru plak. Yang sekarang ni dah senget benget dikerjakan dek anak2 [anak jugak aku persalahkan...keji tul mak depa kan??]

Tuesday, March 29, 2011

JERAWAT!!!!!!!!!!

Korang kalau muka naik jerawat, tension tak??
Nak pulak kalau kulit muka korang jenis yang halus mulus gebus
tetiba muncul 'spotlight' kat muka sure rasa moody je kan
[aku sebab kulit aku memang tak bebas dari jerawat 100% so tak heran sangat kalau ade Miss J bertenggek kat muka ni

Tapi kan.. aku paling tension kalau Miss J bertenggek betul2 atas hidung
sakit siot... nak2 pulak time nak sujud.. mak ai... berdenyut sakitnya
dah le belum ada mata so sila imejin le sendiri perasaan kala disentuh
macam bisul nak tak nak keluar je tau!


** Dah lama dah hidung aku tak jadi sasaran jerawat... Mentang2 esok lusa dah nak period, Miss J suka sangat la nak buat showcase kat muka aku.. Buh ubat jerawat pun tak lut la.. apa lagi yek aku nak tepek kat jerawat tu???

Hai uols.... This is my card!!!

Jeng..jeng..jeng...
maybe ade yang akan kata aku ni menjengkelkan, annoying, mengada2, show off..bla..bla..
TAPI...whatever... A.A.K ??? [ada aku kesah???]
heheheheh

Well, sesungguhnya aku bukan orang yang sebegitu ye kengkawan
aku cuma gumbira tahap jakun sebab... sebab.. sebab..
sebab inilah
*
*
*

*

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*

My official namecard dah siap uols.... mana la gua tak jakun
[ini le fes time aku keje aku ade namecard  sendiri tau... ]
Kellas kan??? background hitam lagi.. lawan pulak dengan kaler orange
[tapi aku rasa kalau kaler gold lagi cun kot]

Ada part aku kena blur2kan.. i malu lah... nanti ramai pulak nak berkenalan dengan ai.. Tak boleh tau, nanti ai punya hasben marah ar... [ayat2 perasan diva sangat le tuh]


** Tapi logo oren tu sekali imbas cam kaler  logo Bank Rakyat kan???


Gardening Itu Seronok

Hujung minggu lepas, dengan cuaca yang baik
aku decide nak buat gardening sikit
memula panggil dulu tukang mesin rumput untuk potong rumput2 yang dah makin panjang
[dah le asyik hujan je hari2 sebelum tu, makin segar la rumput rampai tu]

Lepas rumput kena trim dengan "halus", aku pun trim la pokok2 
yang ade kat keliling rumah
dah dekat setahun aku tak pernah otter pokok2 aku
actually gardening ni macam terapi la jugak
nampak rumah aku terang benderang sebab pokok2 semua aku dah cantas
yang kat tepi pagar semua aku trim hingga paras pagar je

nampak lapang kan kawasan rumah aku?? Rumput tu pulak memang disuruh potong sependek mungkin, tu yang sampai nampak tanah tu.. Lambat sikit dia tumbuh nanti...[dasar tuan rumah pemalas..hehehehe]

Lepas siap memangkas pokok2 kena la siram kan supaya dapat terus hidup subur
dan kerja2 menyiram diserahkan pada tuan tanah kedaung
sambil anak2 menyebok nak main air
budak2 ni kalau dapat main air, memang liat nak masuk rumah
nak kena mama depa jerkah baru terkedek2 masuk bilik air...
sabor je la mama depa ni..


Monday, March 28, 2011

Look Alike

Entry mereng pepetang Isnin
Masa meng"google" pagi tadi
terjumpa gambar si Norman KRU
sekali imbas cam Chucky lak
Cuba korang tengok sendiri


Amacam?? Sama tak??

She's Got The Look 2

Sape ikut citer ala2 America Next Top Model  versi orang tua ni?
Citer ni setiap hari Sabtu kul 12.00 tghmlm kat NTV7
Kat Astro aku tak tau le channel berapa sebab rumah aku takde  Astro

Selalunya aku tak miss tengok citer ni
sebab lepas nengok cerekarama kat TV3 terus tukat NTV7
konsep citer ni macam ANTM tapi modelnya di kalangan wanita pertengahan umur
30 tahun ke atas
cumanya season ni (2nd season) top 10 finalis ada sorang nenek berumur 72 tahun ni
[dah tua bangka pun ada hati nak jadi model]
tapi tua2 camtu pun body dia ok lagi.. tak macam orang kita
bila umur 70 tahun je dah tak larat, sakit lutut la, rabun la....

 Yang rambut putih tu ler peserta paling tua..

Minggu depan adalah grand finale untuk season ni
sekarang tinggal 3 final contestant

 Cindy
[ade ala2 Halle Berry sikit]

 Theresa
[aku suka dia nih.. umur dia dah 47 tahun tau]

LeeAnne


** Tak sabar nak tunggu finale Sabtu ni.. walaupun aku dah tau sape yang menang..

Projek Minggu Ini

Boleh kata bila tiba hujung minggu aku akan ade projek dengan anak dara aku
Kalau minggu lepas aku buat projek menkerintingkan rambut si Yaya
Minggu ni pulak ialah menebas rambut si Aleeya
[sebab aku dah rimas tengok dia tak ikat rambut]
Ini la rambut baru Yaya
aku cantas sendiri je...
[rambut dia jenis lurus.. so senang keje mama dia..]

Rambut baru, wajah baru..

Friday, March 25, 2011

Penggunaan MASYA-ALLAH dalam percakapan seharian

Sempena mendapat keberkatan hari Jumaat ni
saya nak bagi tazkirah sikit.. [feeling2 ustajah le konon]
sebagai memenuhi konsep SHARING IS CARING khen???

Lupa lak.. terlebih dahulu ASSALAMUALAIKUM =)

Perkataan seperti  Assalamualaikum, Insya-Allah, Masya-Allah dan Alhamdulillah memang cukup sinonim dengan orang Muslim. Dek kerana perkataan2 ini acapkali terkeluar dari mulut kita, tak hairan le kaum lain yang berlainan agama juga turut menggunakan perkataan2 tersebut dalam percakapan seharian mereka terutamanya di tempat kerja yang lazimnya ramai dengan pekerja yang beragama Islam.

Namun begitu, Assalamuaikum, Insya-Allah dan Alhamdulillah sering digunakan pada masa yang betul. Bagaimana pula dengan perkataan Masya-Allah?? Penggunaan lafaz ini sering digunakan pada masa atau keadaan yang tidak sesuai. Bahkan dalam filem pun lafaz ni digunakan dalam situasi yang silap. Cuba tengok kartun kat bawah ni:

[sepatutnya gantikan Masya-Allah dengan Istighfar [Astaghfirullahalazim]

Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz Masya-Allah ketika berhadapan dengan situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contohnya ketika terlihat gambar2 sensored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah Masya-Allah menunjukkan betapa kita kagum dengan keagungan ALLAH. Sepatutnya kita menggunakan lafaz ini bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi/kanak2 yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya, sebagai tanda kita mengagumi kebesaran Allah.
Jadi penggunaan Masya-Allah ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yang sepatutnya kita lafazkan jika berhadapan dengan situasi yang tidak elok ialah ASTAGHFIRULLAHALAZIM (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun INNALILLAH (Kepada Allah kita kembali) ---> tak semestinya ketika dalam situasi kematian sahaja tau.

Semoga sama2 kita perbaiki kesilapan kita & sebar2kan lah kepada kawan2, ahli keluarga & orang2 disekeliling anda. Semoga kita sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah. Wallahua'lam.

** Takkan nak tunggu Maher Zain cipta & nyanyi lagu Masya-Allah pulak kot????

KENAPA KITA TAK BOLEH MINUM AIR LAUT

Kenapa air laut tidak boleh diminum??
Sape tahu sila jawap sekarang...

Sebab air laut masin
sebab air laut kotor [mana ada kotor, kan boleh buat bersuci tu...]
sebab air laut boleh buat sakit tekak
sebab air laut ........ [sila fikir sendiri da.....]


Tapi selalunya orang akan bagi jawapan yang utama ---> MASIN
tapi korang tau ke sebab apa air laut tu masin??

Sapa nak tau, klik sampai bawah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
bawah kagi
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Sudah tau ka sekarang????

Tetiba teringat saat2 tertelan air laut masa mandi manda di pantai... uwek!


Thursday, March 24, 2011

10 PERKARA YANG BUAT WANITA BENCI LELAKI

Wanita ni adalah makhluk yang sangat lemah tau. Tapi selemah2 wanita, bila dia keras hati, memang susah nak dilembutkan balik. Jadi kaum2 lelaki jangan buat sampai wanita jadi keras tegar... nanti kamu yang rugi..

-gambo pinjam pokcik Google-

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah korang dikurniakan suara yang "macho" tapi hanco, tapi kalau nak meninggikan suara sekadar nak tunjuk ego, nak tunjuk power, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah sangat meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA / CURANG
Ini masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih/tunang/isteri, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa pedulikan perasaan pasangannya. Sorry ye kaum lelaki, women cannot tolerate dengan mistake yang serupa ini..


3. MENGONGKONG
Sikit2 nak kontrol, itu tak boleh, ini tak boleh. Semua gerak geri pasangan dikawal, sampaikan nak berpakaian dan makan pun dia nak tentukan. Kalau nak ke mana2 pun kena buat laporan berkala, kalau tak tercetuslah pertengkaran kerana hal remeh temeh tu. Tapi, kalau pasangan mereka pulak yang soal siasat aktiviti mereka, tahu pulak nak melenting. Tak aci kan??

4. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu atau memberikan alasan yang tak munasabah. Susah sangat ke nak berterus terang?? Tahu tak bahawa kaum wanita lebih menghormati lelaki yang memiliki sifat berterus terang. Sifat menipu dan suka berdolak dalih ni lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.. CIS!! DASAR PENIPU!!

5. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka pentingkan kemahuan mereka sendiri berbanding kemahuan pasangannya. Kalau nak seronok, seronok sorang2 sedangkan pasangan langsung tak rasa seronok.Tak aci!!!!

6. KAKI MEROKOK
Sifat yang sangat melemaskan wanita okeh.. Pegi mana2 asyik bau rokok je.. Kalau bau rokok tu harum cam bau perfume takpe la jugak. Asal lelaki bukak mulut je bau rokok.. Tu belum tengok gigi  ngan bibir mereka lagi.. Kadang2 sampai naik geli.

7. PENGOTOR
Especially kalau suka meludah dan buang kahak merata2.  Muka hensem tapi kalau perangai ini macam, memang FAIL la korang. Itu baru penjagaan diri, belum lagi tengok rumah depa. Silap2 haribulan spender pun cuci setahun sekali je... Naya la kalau dapat laki camni.

8. PANAS BARAN
Masalah utama zaman sekarang. Sikit2 melenting, sikit2 penampo. Hilang respek kat lelaki yang tak reti nak kontrol amarah. Patutnya bila dah nak marah tu, istighfar le, ambil wuduk ke. Ini pi tengking la, tumbuk, terajang, usah citer. Tunjuk terer sangat le tu... Tahu tak orang yang paling kuat ialah orang yang boleh kawal kemarahannya..


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadang2 suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tapi kalau urusan diri sendiri cepat pulak nak selesaikan, macam le esok dah takde. Tapi kalau berkaitan pasangan buat dek je.. Itu le sebabnya pasangan cepat beralih arah... wanita sukakan perhatian okeh.. Wanita suka bermanja dan dimanjakan.. Itu kan fitrah.. [Sedih gak kan kalau pasangan tak perasan pun yang wanita tengah merajuk]

10. SUKA AMBIL KESEMPATAN
Lelaki camni memang banyak zaman sekarang ni. Baik ambil kesempatan atas fizikal mahupun mental. Tang ambil kesempatan fizikal memang ramai, baru first time dating nak nak pegang2, raba2, cium2.  Lagi satu kalau wanita berpendapatan lebih besar, mula la banyak songeh, minta belikan itu, belikan ini. Nak top up henpon pun mintak duit bini. Nak2 pulak kalau bini jenis independant, memang si suami suka sangat lepas tangan. Mana tanggungjawab sebagai suami ni??

Ini antara top 10 perangai lelaki yang amat2 tidak disukai oleh kebanyakan wanita [especially aku]. Kot2 korang [lelaki] yang ade perangai cenggini, please la jauhkan diri dari aku... Don't like!!!

Tapi ade 2-3 perkara ada pada en suami, so kena la redho seredhonya... Tapi still berdoa dia akan berubah.. AMIN!!!


** Ada banyak lagi sifat lelaki yang pompuan2 tak gemar. Korang boleh cekidaut kat SINI

TAHAJJUD UNTUK KETENANGAN

Semalam tidur awal, belum pukul 10 dah lena
dalam kul 12.30 tetiba terjaga lak
langsung takleh tidur... toleh kanan... toleh kiri
mata tak mo pejam
kepala hotak ligat pikir macam2
tetiba teringat citer satu drama ni..
katanya kalau  hati tak tenang, resah, tak leh tido,
pi ambil wuduk pastu buat solat sunat tahajjud


Terus terang aku katakan aku memang jarang buat solat sunat tahajjud ni
[masa sekolah2 dulu rajin le.. ate dah tiap2 bulan ada Qiamullail kan]
Semenjak kawin beranak pinak ni, ade la 2-3 kali je buat

So lepas golek gelentang, resah gelish, aku pun pi bilik air, ambil wuduk
niat nak buat solat sunat tahajjud
alhamdulillah.. aku temui ketenangan, dan lepas solat, terus tidur dengan lenanya sampai pagi

Cara2 nak buat solat sunat tahajjud ni senang je... Yang penting kena tidur dulu walaupun sekejap. Solat tu dilakukan pada sebelah malam iaitu dari lepas isyak hingga sebelum subuh. Tapi paling afdal pada sepertiga malam. Dilakukan sebanyak mana yang suka tapi paling minimum 2 rakaat. Cara solat sama je dengan solat sunat yang lain.

Untuk lebih info pasal solat Tahajud ni boleh refer blog Ustazah Azimah ni.

I Feel Neglected!!!

Apa perasaan korang bila diabaikan? Tak dipedulikan?
Rasa macam haremmmmmmmmmmmm kan??

Kengkadang tu sampai terdetik rasa "apa ke jadahnya aku ada kat sini??"
Rasa cam halimunan jer  (bukan sweetdarling tau)


Tetiba aku rasa macam hantu dalam Ghost Whisperer
the only thing is takde Melinda Gordon yang nampak aku

Korang pernah tak rasa cenggitu @ diperlakukan begitu??

** P/S : Kak Faridah, u  know what i mean kan???

Wednesday, March 23, 2011

Tahukah Anda?

1. Cuba tengok zip seluar anda, kot2 ada tertera huruf YKK. YKK maksudnya Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip yang terbesar didunia yang menghasilkan zip yang korang pakai tu.


2. Bunyi "kuek" yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? BENAR!!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan aounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstik yang kita pakai sekarang mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tamabahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling kasino. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi2 dengan taruhan mereka.

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee, pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari oranglain.

8. Mosquito repellant atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuktidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

9. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi diletakkan sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas untuk menghalang kuman berterbangan ketika anda menggunakan flush tandas.

10. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dapat jawapan 12345678987654321.


Akan ada lagi.. Part 2 pulak.

NANTI DAPAT UNIFORM BARU

Baru 2 bulan aku kat sini, dah nak tukar uniform baru
[Bagus jugak tu, sebab unifom sekarang dah ketat ---> ke aku yang dah gemuk??]

Actually sebab nak tukar uniform tu
sebabnya kitaorang punya kontrak dengan EDUWEBTV dah habis
pastu kompeni pulak nak tukar logo baru
tak lama lagi akan tukar logo korporat baru [means segala2nya baru]

Buat masa ni tak wajib pakai uniform pun
so sukahati mak ayah ko la nak pakai baju apa pun
[suka gak sebab dapat pakai baju selain kaler2 keparat tu]

Sebelum tukar unifom baru
melaram dulu dengan  unifom lama
** Gambo ni main snap sendiri guna henpon [letak atas meja je]
--> tu sebab nampak dabel chin aku!!!

Aku tak masuk rumah ko, ko jangan la masuk rumah aku


Tension, Bengang, Lemas, Panas
Ha.. tension & bengang tahap gaban dah aku ni



Kejadian ni takde kena mengena dengan semalam pun
sebab kejadian ni berlaku minggu lepas
masa cuti sekolah..
Tapi pagi tadi masa aku tengah delete2 sms lama, terbaca pulak sms terkini
tetiba sakit lak hati aku

Al-kisahnya begini...
Sempena cuti sekolah, biras aku pun ambil la cuti seminggu
nak pi berjalan2 Cameron Highland la, nak berehat la kononnya
disamping  nak melebarkan bontot yang dah sememang lebor tu
Tak kisah la kan, ko nak cuti ke apa
yang tak syoknya, bila dia bercuti tu macam2 la pulak agendanya

Tetiba satu petang dia sms aku tanya samada aku nak menyinggah Avon ke tidak
[aku kan tokei Avon kat lorong rumah aku tuh..heheheh]
aku jawab :  hari ni tak le kot. Kenapa ada nak beli barang ke?
Biras aku : Ha, ade nak beli barang sikit. Tadi pegi rumah ko tengok katalog.
Aku : dalam hati la (ko pegi rumah aku?? Takat katalog tu takkan takleh tunggu aku balik japgi)

Aku memang tinggalkan sejambak kunci rumah aku kat rumah mak mentua
kot2 la nak ambil susu pampers anak2-->  in case of emergency
tak pun kot2 laki aku MC ke, EL ke, senang le dia nak masuk rumah
sebabnya hasben aku tu bukannya suka mengusung kunci rumah sana sini
Untuk makluman korang, biras aku ni duk serumah dengan MIL aku

Jadi bila berlaku hal cenggitu, aku cam bengang la.
Pehal ko nak sibuk2 masuk rumah aku
di waktu ketiadaan aku pulak tu
Aku tak pernah pun tergedik2 nak terjah rumah ko, sibuk nak intai rumah ko ke apa masa ko pi keje
Yang ko pulak suka hati mak ayah ko, pi ambil kunci, masuk rumah aku, tak mintak izin lak tu
takkan sampai aku nak letak signboard no entry lak kot kan

aku tau la dia bukannya nak mencuri ke apa
tapi aku TAK SUKA orang2 melihat kondisi rumah aku yang ekcelinya amatlah tunggang langgang
[ye la kan, hari bekerja, nak kemas tara mana sangat]
---> dia kata tengok katalog jer, tah apa2 lagi dia tengok dalam rumah aku tu tak tahu le

Dulu masa aku mula2 kawen, dia pernah gak buat perangai cenggitu
Aku ada simpan album kawin dalam beg pakaian aku
Aku memang belum offer orang ramai tengok lagi album tu sebab aku pun belum khatam lagi menengoknya
tah cemana masa dia masuk bilik aku tu agaknya dia ternampak album tu
pastu terus ambil album tu dari dalam beg & terus bawa ke tempat orang ramai
aku cam bengang la jugak, dah le tak mintak permission aku
ko selongkar beg aku lagi... HANGIN satu badan tau

*** Korang ade ke ipar duai buruk perangai camtu??

Tuesday, March 22, 2011

Rahsia Surah Al Kausar

Assalamualaikum=)



Surah Al-Kausar merupakan surah yang paling pendek dalam Al-Quran. Hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Mekah. Al-Kausar bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya lebih putih daripada susu dan baunya lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur Nabi Muhammad SAW kerana surah ini diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya, Abu Talib.

Walaupun surah ini pendek, terdapat pelbagai khasiat terkandung dalam surah ini dan boleh kita amalkan:

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita.
[elok sangat la time2 sekarang ni asyik hujan je]

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya-Allah hilang dahaga.

3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10X, mudah2an Allah bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5. Jika membacanya 1000X, insya-Allah rezeki kita akan bertambah

6. Jika rajin membacanya, hati kita akan mejadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7. Jika orang teraniaya dan terpenjara,kemudian membacanya 71X, Allah akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

8. Jika membacanya sebnayak 7X sebelum tidur, Insya-Allah, Allah akan membangunkannya pada waktu dan jam berapa yang diingininya.

Perkara yang baik eloklah kita amalkan selalu. Wassalam

Si Rambut Helmet Ni Hensem Rupanya

Dah lama perasan tapi tak tertulis entry
Sekadar nak menambah new entry dalam blog hengor ni

Dulu cukup tak berkenan dengan rambut helmet artis2 lelaki ni
tapi lepas otter, hensem rupanya depa ni..

 Justin Bieber

Noh Hujan

Betui tak aku cakap depa ni sebenarnya good looking
tapi tersorok disebalik rambut bak topi keledar tu..

ZAM ZAM ALA KAZAM

Sape nengok citer Laksamana Do Re Mi malam tadi?
Daripada trilogi DO RE MI ni citer ni tak berapa aku minat
tapi semalam layan jugak le lawak citer ni

Bangun pagi tadi tetiba cam terngiang2 lak lagu
masa naik tikar terbang tu
[ni sure gara2 lagu ni tengah syok dengar di telinga tapi mata aku dah nak terkatup]
tu yang terbawak2 sampai pagi hari...

Search kat youtube, sib baik ade.. LAYAN



miyo tokai no sora akete
kyokujitsu takaku kagayakeba
tenchi no seiki hatsuratsu to
kibo wa odoru oyamashima

kami 3 sahabat
nasib timbul tenggelam
susah hanya sekejap
senang pun tak lama....
[pastu sambung sendiri..hik!]

** Macam naik MSA [kata si RE]

Monday, March 21, 2011

POMPUAN CANTIK PUN ADE KELEMAHAN

Harapkan muka je cantik TAPI.........

Ayoyo....Apa sudah jadi da???????

pics credit to cari.com.my