Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 27, 2010

Sape Nak Doa Pembuka Rezeki.. Sila Baca!!

Dalam tercari-cari panduan untuk meminta kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetiba ade seorang sahabat mengirimkan email ini kepada saya. Mungkin wajar untuk kita beramal bersama-sama

Dato' Dr Fadzilah Kamsah pernah berkata...
"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tidak kira masih hidup atau telah tiada) nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu..."

Berdasarkan hadis Nabi:
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari."

Huraian hadis:
Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)


- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.
-Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh... tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar & bersungguh-sungguh).
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.

 -DOA KEPADA IBU BAPA-

Maksudnya:  Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


** sudahkan anda doakan ibu bapa anda & sedekahkan al-fatihah kepada mereka hari ini???**

1 comment:

matahati-aishahazhar said...

bagus info ni.. memang patut di kongsi bersama.. kadang2 kita ni leka.. betul tak?