Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 22, 2010

Tak Habis Lagi Pasal Hulu Selangor

Selagi tak habis pilihanraya ni , selagi tu la aku duk bercerita pasal isu kembang kuncup Hulu Selangor ni especially kat Batang Kali le.. (Tang part Rasa biarlah MakcikRehan yang menceritakan!!!)

p/s MR, aku dengar gara2 pilihanraya kat Rasa ade yang putus kepala.. tul ke??

Berbalik pada citer Batang Kali, semalam balik awal ke rumah sebab opis aku takde letrik. Sampai je kat rumah, padang permainan depan umah aku tu amat la meriah - orang repair tempat main la, orang yang sebukkan khemah la, orang yang mengorek tanah le, orang SYABAS la, TNB la, campur lagi dengan budak2 & mak2 budak yang menyebuk la... peh macam pesta la pulak.


Aku ingatkan nak ade kempen pilihanraya kat padang tu rupanya ade pelancaran Program Penanaman 26 juta Pokok Peringkat Negeri Selangor  (something like that la...) - anjuran Jabatan Perhutanan. Patut la banyak tanam pokok2 kat padang tu.... Sejuk sikit mata memandang padang tu. Takde la tandus & gersang macam sebelum nih.
 -Padang asal satu ketika dulu.. sila abaikan pokok geti yang baru nak tumbuh tu.. perhatikan padang di belakangnya sahaja-

Jangan main2 hari ni MB mai jenguk rumah aku (yang sehasta je dari khemah tu...perasan!!!) Glamer Batang Kali minggu nih! Sayangnya aku tiada untuk menjakunkan diri kat majlis tu... Kenapa la tak buat hari Sabtu???



2 comments:

Queen said...

masing2 sibuk berkempen..habis berkempen batang hidung pun tak nampak..poorah!

LYaFRINA said...

waaa.. nanti sibuk la dekat situ..