Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, April 5, 2010

BIla Anak Dara dah Boleh Diharap

Time weekend biasa la mesti agenda utama para bini2 bekerjaya ni ialah mendobi baju2 & mengemas rumah. Aku pun time wiken la nak buat segala benda. Time hari berkerja tak larat nak kisahkan rumah. Buat yang patut2 je...

Especially tang basuh kain. Selalunya aku kumpul baju 5 hari tu then aku basuh malam Jumaat atau pagi Sabtu. So biasanya 3 trip la aku basuh baju dengan washing machine. Yang basuh tangan cuma fabric yang delicate je.. Itu pun basuh2 malas gitu.. takde la menyental beria2. Yang nak kena sental tang kolar baju unifom cik abe je la...[berkerak dengan daki... nampak sangat laki aku kerja keras sampai terkeluar daki2 di badan..hahaha]

Bila dah basuh, then sidai & petang2 sikit angkat le. Time petang2 ni malas nak angkat kain sebab tersangat la panasnya... Dan dikala tengah2 hari rembang tu la selalunya aku terlelap [bila dah kenyang mata pun harus kuyu la kan???]  Sabtu lepas [after nap], aku tengok pintu dapur terbuka. Pi jenguk [takut2 kucing masuk] rupanya anak dara aku kat luar... Diam2 aku snap la gambo dia...

TADA!!!!!!!!!!!!



** anak daraku dah boleh diharap.. tolong mama dia angkat kain...alahai!!!
[sila abaikan le "sotong kering" mama & abah dia yang baru nak diangkat tu... yang lain semua dia dah letak kat dalam rumah... sejuk perut mama mengandungkan kamu nih!!!]

2 comments:

Queen said...

ini untungnya ada anak yang rajin...hihi...kadang tu bukan nak harap dia buat kerja berat2..sikit2 pun dah rasa senang

SYANI said...

Queen,
Kalau anak tolong rasa berbunga2 hati tapi bila anak menyepah berapi2 hati!