Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 8, 2010

Bila anak tiada..........

Sunyi je rumah 1-2 hari ni Adib ikut Mak Mah (babysitter) balik kampung. Memula tu cam keberatan jugak nak bagi Adib ikut dia tapi memandangkan si Adib ni pun dah besar & takde sape nak jaga dia kalau babysitter balik kampung, so dengan separuh hati ku relakan juga...[Memang betui la orang kata anak tu penyeri rumah tangga!]

Si Yaya pulak kalau hari sekolah dia gi tidur rumah Opah. Petang2 bila aku dah balik keje dia pun balik la rumah. Pastu malam  lepas Isya', kitaorang gi umah Cik Besah & tinggalkan Yaya kat sana. Bukan apa.. ini request Cik Besah sendiri sebab katanya kalau Yaya tidur sana takde la Yaya bangun awal sangat [aku kul 6.15pg dah gi hantar anak umah babysitter okeh!!].. Maklum la keje jauh.. Lagi satu kitaorang pun kesiankan Cik Besah nak kena bangun awal sebelum subuh sebab nak bukakan gate masa hantar Yaya. [Kalau Yaya tidur umah dia dia boleh la bangun lewat sikit & takde la dia kelam kabut pagi2].



Malam tadi malam ke-2 tanpa Adib. Hanya Yaya jadi peneman tidur. [kacau daun sungguh budak ni, nak tidur kat rumah lak malam tadi. Baru ingat nak romantika di amor berdua2an dengan hubby..hehehe] Anyway, bila takde Adib ni memang terasa sunyi sangat sebab si Adib ni la jadi teman gelak, teman gaduh, teman bising dengan si Yaya. Adib takde si Yaya pun tak berapa bising. Mengaruk sikit2 ade la...

Malam tadi melayan kehendak si Yaya nak makan KFC, so kitaorang 3 beranak singgah KFC Batang Kali (mana lagi ye dak???). Siap makan kat sana lagi. Selalunya kalau makan KFC kitaorang tapau je. Dalam2 nak diet tu termelencong jap.. makan cheezy Chikaroni... Mak ai.. tah berapa kilo lemak masuk badan aku malam tadi!!


*** Tak sabar nak tunggu budak bucuk hangit ni balik petang karang. Siap la ko.. Mama nak geram-geram malam ni.. Rindu tau kat Adib!!

*** Geram2 maknanya mama akan gomol & gigit2 manja pipi dia! Auww!!

5 comments:

makcikrehan said...

yer ker nih?
bukan nk geram-geram dgn bapaknyer kerrr? muahahahha

e.l.i.s.s.m.i.e said...

memang rindu2an anak tadak ni.kalo ada pening kepala plak bila buat perangai.hehehe

LyNn HaMzAh said...

salam kenal...

anak bila tak der memang arr kita rindu...lynn pun pernah gak tinggalkan anak seminggu kat rumah parents, kitorang laki bini kat rumah mcm blur2 jer bila anak x der...rindu giler kat anak waktu tu...

AISYAH HANI said...

Rehan,
Geram2 dengan bapaknya anytime...

AISYAH HANI said...

anak ni kadangkala dia la racun, dia le penawar..