Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa
24300 Kemaman
Terengganu
31 April 2009
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa
24300 Kemaman
Terengganu
Puan,
PERKARA: PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
_______________________________________
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sebab utama permohonan ini dilakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah diperuntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah diisi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat dipenuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnya rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan semua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan diperkenalkan iaitu 1 hari bekerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak kertiga. Menguntungkan bukan?
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini dibalas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita ke dalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan dilaksanakan oleh saya sepenuhnya.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-sama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LEMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"
Yang ikhlas memohon,
Suami bin Lelaki
NOTA:
Encik Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan "Nak suruh saya tandatangan di mana bang?? Guna pisau boleh bang...?"
Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat pengirim dan penerima. Kalau anda berani cubalah.... ahaks!
sumber: email kepamku!
1 comment:
salam dik, yang mengalami saja boleh menyatakan kebenaran idup.
have a nice day :)
Post a Comment