Wednesday, April 21, 2010

Perubahan Positif Menjelang Pilihanraya

Dek tengah galak berkempen , satu perubahan positf telah berlaku di area rumah aku. Balik keje semalam nampak sesuatu yang "baru" wujud kat depan rumah aku....

Padang permainan kini berwajah baru!! Satu perubahan positif oleh pihak kerajaan.. Bagus! Bagus! Sepanjang perjalanan balik dari Sungai Tua hingga ke Batang Kali juga jalan raya pun dah diturap baru kat beberapa kawasan.. Sekali lagi syabas untuk kerajaan...

Gambar dari kejauhan sajork... Nampak tak semua slide tu dah diganti baru. Buaian yang dah terputus tu semuanya dah diganti... senang la budak2 nak main. Pastu nampak tak benda hitam yang bersusun tu?? Tu la nak buat lapik lantai kat playground tu. Pasni takde la lecah2 lagi.

Ni khemah 8 bijik ni pun baru pasang semalam. [Sampai ke tengah malam baru siap.] Katanya MB nak datang buat perasmian apa tah esok. Pastu ada upacara tanam2 pokok kat padang ni.. Weh... makin best la pandangan mata aku nanti..hehehe..

p/s: bagus jugak ade pilihanraya ni... macam2 perubahan dibuat nak dapatkan undi rakyat. Tapi kalau dah menang esok semuanya tinggal janji kosong jer la...

2 comments:

siti said...

salam ziarah...& salam perkenalan

Me said...

ko doa le segalanya kekal demi rakyat marhaein.. tak gituw MR??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...