Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 20, 2010

Naluri Seorang Ibu

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak dalam drama ade banyak citer yang menunjukkan berapa kuatnya naluri seorang ibu?? Sorang mak, dia sedar anak dia sibuk tolong dia buat kerja. Pastu mak tanya, "ko ni nak bodek ape aa kat mak yang sibuk2 cuci pinggan nih?". Tak pun di situasi yang lain, sorang mak tak sedap sangat2 rasa hati, rupa2nya anak dia ditimpa kemalangan? Ataupun, sorang mak ni bagitau anak dia yang kekonon nak berahsia dengan mak sendiri kata kat anak dia, "Ala, ko kalau tak bagitau aku pun, aku taunye apa dalam hati ko tuh.."



Aha! Ni la magic. Kalau mak2 yang membaca ni pernah rasa maka itulah yang dinamakan firasat atau bahasa omputehnya intuition. Sebenarnya dalam kita mendidik anak2 ada baiknya jugak kalau kita gunakan gerak hati ni. Sebenarnya gerak hati ni ALLAH berikan pada kita sebagai ibu ni dan ada kalanya abah untuk memahami anak2.

Gunanya adalah untuk kita memahami anak2 tanpa  mereka bagitau kita apa yang mereka mahukan. OK, kalau satu masa tu, kita rasa anak kita ni buat benda yang tak betul, so kita nasihat la dari hati ke hati. Jangan abaikan doa sekali sebab apa saja yang kita lakukan biarlah harapan kita digantungkan pada Yang Maha Kuasa.

Selalunya hati kecil kita sentiasa benar dan bersifat suci. Inilah fitrah manusia sepertimana juga fitrah seorang anak yang baru lahir, hatinya suci bersih seperti kain putih. Tapi ramai yang tidak percaya. Ada yang kata "aku ni jahat, ko buat lah macam mana pun aku tetap jahat." Sebenarnya itu melawan fitrah. Jauh di satu sudut hati kita mahu kita menjadi baik.

Sabda Rasulullah SAW: "Anak dilahirkan suci bersih. Ibu bapanyalah yang menjadikan ia Nasrani, Yahudi atau Majusi." (Riwayat Bukhari).

Mengapa ibu lebih rapat dengan anak2??
  1. Kerana ibu mengandungkan si anak di dalam rahimnya selama sembilan bulan sepuluh hari. Mereka berkongsi saluran pernafasan dan saluran makanan yang sama.
  2. Ibu lazimnya mengasuh, membela dan mendidik anak dari kecil hingga dewasa.
  3. Tangan ibu menyuapkan makanan ke mulut si anak.
  4. Anak perempuan mahupun anak lelaki sering bersama bertemu dan mengadu hal kepada ibu.
  5. Ibu lebih bersifat lemah lembut dan lunak hati. Ini yang memudahkan anak berhubung dengannya.
Atas sebab itulah kalau anak menangis ke, sakit ke, kan selalu dia panggil mak dari panggil abah kecuali la mak dia ganas ataupun mak dah takde kan. Sebab itulah apa yang terlintas dalam minda seorang ibu harus ditanggap dengan cepat dalam menangani masalah anak-anak. Apabila ibu melihat dan merasa ada perkara yang tidak kena dengan anaknya, ibu harus bertindak cepat dan jangan membiarkan ia berlalu begitu sahaja.


Apa yang hati kecil kita rasa, itulah sebenarnya perasaan yang mutlak. Hati kecil yang sifatnya suci tidak mungkin menipu perasaan kita. Jika hati kita hampir dengan Allah SWT, maka Allah akan mendatangkan ilham ke dalam hati kita untuk memberi petunjuk atau gerak hati di dalam menangani sesuatu perkara atau masalah.

Macam tu la alkisahnya gelombang minda. Sebenarnya bukan mak dengan anak je yang ada gelombang minda. Kita2 ni pun tapi kalau rapat la. Sebab tu, sorang isteri yang betul-betul cintalan suami dia, akan sentiasa ternampak-nampak muka suami dia even suami dia takde la encem sangat..ahaks!!!

Saya ada satu cerita kawan saya. Parents dia memang nampak ok la, takde la menunjukkan sangat ciri2 romantik tapi kira ok la. Satu hari yang mak tu terasa nak beli gunting rumput. Tah apa namanya saya pun tak pandai sangat tapi gunting besar tu la. Yang abah dia pulak teringat jugak nak beli benda yang sama. Maka masing2 bawak balik gunting besar masa balik keje. Comelkan??  Benda yang nampak mustahil tapi ye lah, nampak sangat ada kesatuan dalam pemikiran. Pernah rasa tak???

Pengalaman saya sendiri, masa nak namakan anak yang baru lahri ni. Saya memang berhajatkan nama Uwaiys tapi saje nak tanya abah dia nak letak nama apa ye baby kali ni. Bila bukak sms, suami saya pun cadangkan nama yang sama. So, tak yah nak berbahas sebab sebelum ni kami masing2 ada cadangan sendiri.

Tu je lah sekadar panduan untuk diri dan yang membaca. Percayalah pada hati. Jangan sampai tersilap dan tak dapat membezakan kata hati dengan bisikan syaitan.

Salam!!!!


Sumber: email

6 comments:

Ena said...

hehehe..

betul tu.. naluri seorang ibu sangat kuat.. waima anak2 tu dah berkahwin dan punyer keluarga sendiri pun..
dan bile kite pula memegang gelaran gelaran tu.. kite pula ade instint mcm mak kite juge.. kerana perassan kasihnya seorang ibu amat kuat pd anak2 nya..

Nidza said...

naluri ibu selalunya betul..mcm mana nak sorok pun dia akan tahu jugak

NOR HASMAH said...

Istimewanya insan yang bergelar IBU.. ;)

Me said...

setuju!!!

myQza said...

kira mcm sehati sejiwa ek?

SYANI said...

Bila dah jadi ibu ni baru tau kuasa instict tu..