Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 22, 2010

Opis Blackout

Semalam tak tahu pun satu seksyen 5 Wangsa Maju takde letrik. Aku dah le tak baca paper so langsung la tak tau. Katanya dalam METRO dah kuar notis pasal takde letrik ni. Aku kan ke selalu sampai opis awal. Sedar2 tengah ralit menaip entry blog ni tetiba je gelap. Blackout!!!! Katanya dari kul 8 pagi sampai 8 malam.

Dah call boss, dia tak kasi balik.[Dengki tul bos2 kitaorang ni] Suh kitaorang stay kat opis, cari fail, settlekan mende2 pending semua. Habis berlengas le semua bebudak. Bilik aku ni dah le bertingkap pastu kena lak angkat blind sebab nak kasi cahaya masuk. Bila dah terang benderang panas la pulak bilik aku ni macam bilik sauna. Nak pitam lemas pengsan semua ada. Yang menambah bengang, opis2 lain semua bos depa kasi balik...

-ni kat tingkat aku.. sian budak tu buat keje dalam gelap-


Last2 tak jadi buat keje (alasan panas & tak selesa konon..) gi turun tingkat 2 lepak ngan bebudak bawah. Dekat setengah hari duk brok brek brok brek bersembang.... Sangat heaven nye hidup!!!! Sambil sembang, baca magazine, belek katalog...Fuh..

 -ni lak kat tingkat 2, tempat aku melepak & berborak...- (Bilik yang terang tu bukan sebab lampu ye.. itu adalah dari cahaya tingkap)

Lunch time gi lepak kat tempat ade ekon... JUSCO la kitaorang terjah. Lamanya tak gi JUSCO seronok nengok barang2 (tapi malangnya gaji tak dapek lagi!!!).  Pehtu nampak la banner & poster J Card Member Day hari ni!!!!

Wa...... kenapa la tak blackout today.. tak dapat la nak shopping sakan nih!!! 

2 comments:

LYaFRINA said...

bergelap & bpanas la...
kat opis lya kelmarin dulu..sesak nafas.. sabo j la.. sini sbb panel box dkat dry dock melatop..

sI tEDI said...

kalau tempat yg berekon.. panas lah kalau blackout!