Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 29, 2010

Rahsia Aneh Kecantikan Artis Hollywood

Pelik sungguh dengan artis Hollywood ni. Macam2 cara depa guna untuk tampil cantik. Benda yang kita tak sanggup guna pun depa nak pakai jugak.

JENNIFER ANISTON
Rahsia Aneh : Syampu Kuda
Dihiasi rambut tebal ikal mayang, penampilan bintang siri Friends ini memang selalu dibayangi imej serba eksklusif.

Namun, janda Bard Pitt ini sebenarnya banyak bergantung kepada syampu Mane 'n Tail yang sepatutnya digunakan ke atas kuda. Ia mungkin sesuai untuk rambut Jennifer kerana bahan dalam syampu itu dihasilkan untuk melembutkan helaian bulu keras kuda.





CATHERINE ZETA-JONES

Rahsia Aneh: Membersih gigi dengan buah-buahan dan membasuh rambut dengan bir.
Baru-baru ini, Catherine,39, berkata dia gemar memakan epal setiap kali lepas makan untuk membersihkan gigi.
"Gigi saya sentiasa kelihatan berkilau selepas itu." katanya.
Jika tiada epal dalam simpanannya, Catherine memilih strawberi sebagai ganti.
"Jus atau pulpa buah itu mengandungi asid malic yang bertindak sebagai penghapus kotoran permukaan gigi," katanya.

Untuk perapian rambut, Catherine memilih madu bersama bir untuk mengekalkan kilauannya.



CINDY CRAWFORD

Rahsia Aneh: Susu sebagai pelembap.
Supermodel ini mengekalkan wajah muda dengan menggunakan susu sebagai pelembap. Susu itu katanya dicampur dengan air dan disembur ke permukaan muka dari semasa ke semasa sepanjang hari.

"Protein dalam susu membantu mengekalkan kecantikan kulit," katanya.




HALLE BERRY



Rahsia Aneh: Menyapu kaki dengan biji kopi.
Halle berry menggosok biji kopi di seluruh kaki hingga peha bagi membuang kedutan. Katanya, kafein dalam kopi mengurangkan penampilan selulit dan mencergaskan sel metabolisme.






EVA LONGORIA


Rahsia Aneh:  Merawat muka dengan protein uri
Bintang siri Desperate Housewives ini banyak bergantung kepada krim mengandungi protein uri untuk mengekalkan kesegaran wajahnya. Krim itu mengandungi enzim vitamin, bahan antioksida dan asid amino yang penting untuk mengekalkan keremajaan kulit.






JULIA ROBERTS


Rahsia Aneh: Minyak zaitun pada kuku
Julia menyalut tangan dan kukunya dengan minyak zaitun bagi melembutkan kulit dan menguatkan kuku. Minyak zaitun mengandungi asid lemak dan vitamin E serta K bagi menguatkan kuku. 







TERI HATCHER



Rahsia Aneh: Mandi wain
Teri dilaporkan menggunakan wain dalam mandian bagi melembutkan kulitnya. Kata Teri, bahan antioksida dalam minuman  itu membantu menjadikan kulitnya kelihatan sentiasa segar.






SANDRA BULLOCK



Rahsia Aneh: Krim buasir merawat bawah mata
Bintang filem Miss Congeniality ini menggunakan bahan berkenaan bagi mengurangkan kelesuan pada kulit di bawah matanya. Kata Sandra, krim itu mengandungi sejenis bahan yang mampu menegangkan sementara kulit muka.






DEBRA MESSING



Rahsia Aneh: Bisa ular sebagai krim mata
Pelakon The Will and Grace ini menggunakan krim mengandungi bisa ular bagi memastikan kulit sekitar mata dan wajahnya lembut serta bebas dari kedutan. Katanya, bisa ular itu memperlahankan reaksi pada otot muka dan membantu melambatkan kesan kedutan.







sumber: Harian Metro

6 comments:

MR said...

punyala aku ni mengantuk tahap gaban, buleh aku tersengguk-sengguk baca entry ko ni syani.

eeeiiiii... dapat tidoq best ya mahat nih

SYANI said...

Kalau ngantuk pi balik tido.... dapat bantal je penawarnya..

Ena said...

owh..
macam2 petua dorg tu.. pelik & takut pulak nak cube mcm bisa ular.. haishhhhhhhhhh..

eynda said...

Sanggup buat apa saje utk cantik kan...paling gerun bisa ular!!??

Queen said...

yang uir nye tu yang eva guna tu dengar cam geli2 sikit....emmacam..

lily lotus said...

uish..macam2..tapi banyak tak halal plak..tak dapek nak ikut..hehe