Rentetan entry kempunan nak tengok rumah Cik Besah, kali ni entry KHAS untuk yang kempunan nak tengok rumah biras aku. Oh ye Cik Kepon, setahun aku berjanji dengan ko nak tepek gambo rumah dia ni. Finally, your wish come true!!!! [Boleh buat modal makan ketupat nanti yek....hehehe]
Semalam kebetulan biras aku & suami dia pegi kelab kereta [kalau nak tau laki dia ni presiden kelab kereta SAGA ctwelveclub] so tinggal anak dia je la kat rumah dia. Maka aku ambik kesempatan le snap gambar rumah dia yang telah dimakeover beberapa minggu lepas, Tapi sorry la ye kualiti gambo kurang memuaskan.. Gambo curik la katakan!!! [Lagi satu berpurak2 menangkap gambo langsir & anak2 sebab nak cover line beb!!!]
Nah.. hambik ko!
-gambar tujuan asal yang penuh pura2... nak ambik gambar langsir konon nak buat camni untuk rumah aku!-
Yang selanjutnya... gambar keseluruhan rumah...[abaikan budak2 & mak budak gedik dalam tuh!].. Gambar bilik kat tingkat atas aku tak ambik la... Tak naik atas pun-
-Ruang tamu & tempat tengok tv-
-Ruang makan -
eh.eh...ade lagi ke orang pakai bunga gantung kat dinding tu?? Aku yang tak up to date ke atau dia yang ketinggalan keretapi??
-Dapur-
KC dia ni murah tau RM2,500 je. Buat dengan Wira Kitchen [Table top tu dah memang asal ada masa dia beli rumah ni]
Amacam?? Puas hati tak??? Tak puas hati kalu, lantak koranglah. Aku pun dah takde guts nak ambik gambo rumah dia ni next time... Ni pun peluang curik2 je.. Hehehe
3 comments:
aku suka kusi rotan dia [dining area kan]. pastu aku suka KC dia... besar..murah ekk..2500. siap ada glass window kan. scallop hijau dia yg dekat cermin gelap tu tak baper kena aku rasa. kalau kaler cream, beige atau kuning cair..or white cantik kot. sebab dinding dia byk earth color kan. pastu aku rasa mcm byk sgt kot perabotnya... kalau kurangkan sikit kepadatan perabot tu mesti lagi lapang kan
cewah... dah mcm eric leong lak aku. overall aku rasa not bad gakla citarasa biras ko ni... taste aku lagi buruk rasanya. hahaha
Rehan,
Actually kaler dinding dia kaler pink. Memang langsir hijau tu tak sesuai langsung dengan konsep rumah dia. Perabot2 rumah dia memang big size especially sofa dia tuh. Kerusi rotan tu pulak tinggalan tuan rumah yang lama, dia bagi kat biras aku.
cantik dekorasi umah tu, jeles akak!
:D
Post a Comment