Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 1, 2010

Jeli Aloe Vera

Hari tu aku dah beli baja, kali ni aku beli jeli aloe vera la.. [mentang2 baru gaji weh!]. Ade sorang member opis aku ni dealer NR Vera ni. So memang dari dulu dok rekomen jeli ni elok tapi regenya agak2 mahal jugak kan so terdelay la jugak pembelian produk tu. 



Al-kisah yang menyebabkan aku tergerak nak beli Jeli Aloe Vera ni ialah selepas berlakunya satu perbualan antara aku & suami aku... 
[ni cerita lepas dapat gaji  le]

Aku : Abang dah keluarkan gaji ke nak bayar road tax insuran kete ni?

Hasben: Dah, duit nak bagi Cik Besah pun dah keluarkan dah.
(dia pun panggil mak dia Cik Besah ko!)

Aku: Abis tu tinggal berapa duit abang?

Hasben: Ade la tinggal RMXXX. Nanti nak beli rokok la kat abah. Ntah rokok apa la yang dia hisap sekarang ye??

Aku: Hek eleh abang ni. Cuba la belikan benda yang lebih baik dari rokok tu. Kata nak abah sihat tapi lagi nak bagi dia sakit dengan hisap  rokok tu buat apa. Cuba la abang belikan dia ubat buat sapu kulit dia yang dah terkopek2 tu lagi elok.
(aku dah start membebel la tuh!.. FYI my FIL tu kulitnya sensitif sikit semenjak dua menjak ni. Pantang luka memang berlubang la tempat luka tu. Nak katakan kencing manis, bila cek doktor katanya takde pulak kencing manis.. Ntah le betui ke tak doktor tu)

Hasben: Ala abah tu kalau orang belikan ubat pun dia bukannya nak pakai.

Aku: Ye ke??Ok takpe! Esok orang belikan dia Jeli Aloe Vera tu. Orang kata elok la untuk kulit. Kita belikan untuk dia nak?? Lagi pun jeli tu multipurpose.

Hasben: Ok gak tu.. Esok jangan lupa belikan..

So itu la titik tolak aku tergerak hati nak belikan untuk FIL aku. Ini bukan lakonan penuh purak-purak tau.. Aku ikhlas nak tolong FIL aku tu. Kesian aku tengok kulit2 dia. Kalau Cik Besah tu takdenya aku nak kisah.. Mandi pun payah, inikan pulak nak pakai ubat!

Dah alang2 belikan untuk FIL, aku belikan jugak satu untuk aku. Senang kalau apa2 hal kat rumah boleh la tepek jeli ni. Antara kegunaan Jeli ni:

* Merawat masalah kulit luka/melecur

*Merawat masalah kudis, campak, panau, kayap & gatal kulit serta segala masalah gigitan unggas & serangga

*Merawat jerawat & jeragat

*Merawat masalah kegatalan vagina

* Merawat cagu di kuku jari, gatal celah jari, pecah & tumit kaki kasar, bisul

*Merawat masalah dihadapi bayi seperti ruam lampin, ulser bibir, ruam susu, sawan kepala, luka ketika tanggal pusat, luka akibat bersunat.

* Merawat masalah buasir


Oleh kerana NR Vera Jelly menyerap 4 kali lebih pantas daripada air, pastikan permukaan yang bermasalah dibersihkan dulu agar kotoran dan bakteria tidak ikut serap ke dalam kulit supaya perawatan tidak terjejas.

Nak tahu lebih lanjut klik je kat SINI

Sesape minat nak dapatkan jelly ni boleh kontek aku. Aku no hal punya nak tolong korang belikan through member aku nih! Korang bayar kos pos je dah le...


9 comments:

Anonymous said...

salam syanie, wah..byknya guna aloe vera tuh, akak suka! hehe...nti tepek testimoni nya kat sini ye...

:)

SYANI said...

Orait la K.Intan.. don't worry testimoni sure ade nanti.. Tunggu!!!!!!

Unknown said...

aisyah,
ade branch kat ipoh tak?

SYANI said...

kat ipoh ade kakyong. Dulu saya pernah beli kat sana masa tu kedai dia dekat depan UOB bank tu. Tapi hari tu saya pernah dpat flyers kata kedai dah pindah ke megopleks. Cuba la kakyong usha kat sana.

Anonymous said...

51 ringgit? mahalnya.....
kadang2 saya pun x faham kenapa bisnes org melayu ni selalu produknya mahal2.contohnya macam produk halia yang berlambak2 kat pasaran,sampaikan seketul sabun halia yusmira tu pun x silap harganya 30 lebih.padahal bukannya sumber ramuannya mahal pun,bahan semulajadi yg senang nak dpt dan murah

saya beli gel aloe vera kat farmasi murah je,diimport dari usa lagi.jenama fruit of the earth,saya beli satu botol kecil percuma sebotol harga 6 ringgit lebih je.gambar camni http://medichem.com.sg/images/FOE%20Aloe%20Vera.JPG

pernah la lutut saya ni terkoyak sebab saya terjatuh atas jalan tar,luka kat lutut tu besar la sampai orang ingat saya jatuh motor,sakitnya sampai 5 hari berdenyut2 kat luka tu.masatu saya dah cemas la,sagala krim beli,dari savlon,losyen kuning,pelekat bandage yang mahal2

bila luka berbalut saya rasa cam lambat plak sembuh sebab luka tak kering sebab tertutup.last2 saya ikhtiar letak aloe vera gel tu,hasilnya.....luka saya semakin mengecil dan sembuh,tak sampai sebulan pon.pakai aloe vera gel yang harga 6 ringgit tu je,dapat 2 botol lagi,setahun pun tak habis pakai

saya cerita ni sekadar nak berkongsi je,jadilah pembeli yang bijak.....

Unknown said...

Salam... cmne nk beli produk gel ni.. sy perlukan urgent.. bole x contact sy ? 011-23617118

Anonymous said...

Saya hendak beli..contact saya 0197111025

lanita said...

Saya pun nak beli.. ada nmbr phone ofis NR @ stokis2 yg jual..

lanita said...

Saya pun nak beli.. ada nmbr phone ofis NR @ stokis2 yg jual..