Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 23, 2010

Mengapa oh Mengapa???

Entry ni aku ambil dari email lama dalam inbox aku sebagai renungan kita bersama 

(Mentang2 hari Jumaat, mesti nak buat tazkirah!)

Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!

Sudah tentu baik sebab sahabat ambo mudah lupa. Macam ambo juga, Melayu mudah lupa (malay easily forget). Kata Abe Mahathir dulu...


~MENGAPA OH MENGAPA~



Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaan.....


  ....tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?



Mengapa sesorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya....




...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu dia ditekan???





Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...



...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!'




Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan....


 ...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?



Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...


 ...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tidak berguna?


Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!


 
 Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi....


 ...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?
 


 Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan....


 ...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!



Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar....



 Tetapi selalu mempersoalkan apa yang terkandung dalam Al-Quranul Karim??




Jadi renung-renungkan, fikir-fikirkan... [Walaupun tak semua senario tersebut berlaku di Malaysia]


4 comments:

Queen said...

good entry...memang betul dan setuju...

matahati-aishahazhar said...

best n3 ni.. memang byk dah gejala tak sihat berlaku kat malaysia berquality tak bermakna baik dari sudut iman nyer.. betul tak

Me said...

syanie... sgt betul... suka n3 nie... agama islam tak salah apa pun...

SYANI said...

Tu la kebanyakan orang kapior.. hanya tahu nak burukkan Islam je tanpa mengenali keindahan Islam sebenarnya.