Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 16, 2012

PERISTIWA SUBUH

Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur hari ni
Ni nak story satu cerita yang berlaku sebelum Subuh tadi
Masa tu aku tengah syok tidur... tetiba GEDEGANG!!!
Ada satu bunyi kuat macam ada benda jatuh dalam bilik aku
[Aku dah le tidur sorang, hasben & Adib tidur kat bawah]

Dalam samar2 tu aku bangun jugak le tengok ape benda yang jatuh tu
Tengok jam henfon baru pukul 5pg
Tak puas hati aku buka la lampu
Rupa2nya... jeng..jeng..jeng..
 Nampak tak apa tu???
Kornis kat siling bilik aku dah runtuh... tu  yang terlopong tu
Dinding tu betul2 mengadap katil aku tau
[jam tu tak menunjukkan waktu sebenar sebab jam tu dah lama takde bateri]

Sepatutnya kornis tu bersambungan la dengan kornis ni
Memang sebelum ni dah lekang sikit tapi petang semalam aku perasan cam dah banyak lekangnya tu
Tapi aku tak rasa dia akan jatuh dalam masa terdekat ni..Kononnya tak kritikal sangat la..
Rupanya memang dia dah nak jatuh pagi tadi..

 Nampak tu?? Tersadai atas tv 
Nampak cam ringan kan?? Tapi aku sendiri nak angkat & alih letak tempat lain, tak larat nak angkat
Takleh imejin kalau kornis yang atas kepala aku tu yang terjatuh camtu
Konfem aku masuk spital agaknya..

Serpihan kornis yang patah sebab takde penahan
Patah sebab terkena penyidai kain ni agaknya...

Lepas kejadian ni langsung mata aku tak boleh pejam sedangkan aku ada 30 minit lagi masa sebelum pi mandi. Terkebil la awak sorang2 dalam bilik sambil memandang siling yang melopong tu...

5 comments:

AdaM Hawa said...

mujur tak de kene kat sape-sape.. Syukur.. Alhamdulillah..

Sharih Yaakob said...

malang tak berbau...sentiasa beringat...

Nafira usof said...

syukur tak kena.. bahaya neh!!
kena cek kat tempat lain yg berisiko jugak~

zety said...

allahuakbar.syukur x cederakan sape2..ish,kene carik balik kontraktor yg psg kornis tuh!

Eliss Mie said...

Ya Allah. seb baik x kena hempap kan.Nauzubillahiminzalik.