Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, October 19, 2012

PERBAIKI MANDI WAJIB

Mentang2 la malam tadi malam Jemaat kan...
Mesti ramai yang duk mandi wajib tadi..hehehehe

Haritu aku tertengok Tanyalah Ustaz
[tak boleh tidur punya pasal, layan la Tanyalah Ustaz kul 12 tgh malam kat TV9]
Masa tu slot Ustaz Muhamad Bin Abdullah
Aku tu tak ingat la pulak apa tajuknya tapi dalam tu ada la dia sentuh tentang bab mandi wajib
Ustaz tu ada cakap kena cek betul2 sama ada betul @ tidak cara kita mandi wajib
[Jangan ingat dah berpuluh tahun mandi wajib, dah terer sangat la kan]
Sebabnya ada benda yang kita akan pandang cam remeh tapi perkara tu menentukan sah @ tidak mandi wajib kita. Sebabnya kalau tak sah... sia2 la amalan kita selama ni kan???
[Aku cuba cari clip tu kat youtube tapi tak jumpa la pulak]

Semua orang tau syarat sah mandi wajib ialah NIAT & MERATAKAN AIR SELURUH BADAN
Tapi tang part meratakan air tu yang menentukan sah @ tak sah
Walaupun aku ni [termasuk korang2 semua] dah beratus2 kali mandi wajib
Tapi masih banyak tempat perlu diperbaiki rupanya
Ruang2 kecil yang tak nampak & kita tak terfikir pun kalau tak kena air boleh menjejaskan mandi wajib tu

Antara main point yang aku rasa nak share kat sini [yang selalu org pandang ringan]
1] WAJIB BERTINGGUNG ketika mandi wajib. Sebabnya ada pelipat di bahagian faraj & dubur yang hanya akan terbuka ketika kita bertinggung.

2] Kena make sure air diratakan  [means kena gosok2 la] pada 8 lubang iaitu
  • Hidung [kenakan air pada bulu2 hidung]
  • Telinga [cuping telinga la.. kena ratakan disetiap pelipat... bukannya masukkan air dlm lubang telinga tu pulak]
  • Mulut [kena kumur2]
  • Kuku [kena air sampai dicelah2 kuku... tu la org kata jangan simpan kuku panjang.. susah! Nak2 pulak kuku kaki...]
  • Pusat [ni pun kena korek2 sebab ada pelipat dalam pusat tu]
  • Kemaluan  [kena ratakan setiap lapisan daging tu ---> tu sebab kena bertinggung especially org pompuan]
  • Dubur [sama cam bab kemaluan tu ---.kena bertinggung]
  • Daging lebihan @ lekuk pada tubuh [kalau ada] -contoh : kalau pernah eksiden & ada parut @ lekuk pada tubuh, kena ratakan air disitu juga.
Meh belajar dengan Ustaz Don cara betul mandi wajib ni. Yang perihal 8 lubang tu tak jumpa la pulak kat youtube..


Kalau salah tolong tegur aku yer.. aku cuma menyampaikan ilmu yang aku  tahu [sebagai panduan aku juga nanti]. 

15 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

nice sharing~

Kak Lia said...

sy pun ada baca dlm buku perukunan...mmg ada bab bertinggung tu....sharing is caring....

Nafira usof said...

sangat bermanfaat untuk dikongikan~ ade antara 8 lubang tuh saya baru tau bila baca n3 ini.. terima kasih banyak2~

Rasp said...

dolu2 tak ramai yg tau tapi syukur skarang ramai yg dah tau and nak amik tau....
tq for sharing...

SYANI said...

Mrs Eady,
Semoga sama2 dapat manfaat..

SYANI said...

Kak Lia,
Memang pun, dulu jarang nak jumpa perkataan bertinggung.

SYANI said...

Nafiraa,
Hari ni kat Usrah @tv9 pun ustaz tu ada sebut lagi pasal 8 lubang. Kalau terlepas tengok kat tonton.

SYANI said...

Rasp,
Sekarang ramai dah semakin ambil berat pasal ibadah masing2..Alhamdulillah.

AdaM Hawa said...

ilmu yang berguna.. TQ share dengan kami..

Qhaifa Nur said...

sangat berguna...
sekarang daha tahu...

Tihara said...

as salam,

pernah baca dan dengar tentang ni, nak mohon share, elok disebarkan

Kesuma Angsana said...

tq berkongsi ni ye

gadisBunga™ said...

ustaz Don sangat detail. terbaik!

❤Kamsiah❤ said...

terimaksaih...sama2 kita perbaiki mana yg kurang...

Ayu azmir said...

terima kasih atas peringatan bersama