Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 31, 2012

SELESAI 2 PERKARA

Update dari cek up pagi tadi, alhamdulillah so far so good
Takde apa2 masalah selain berat aku yang naik mendadak
[baru naik 2kg dah bising la misi tu]

Tapi cek up hari ni tak sepantas yang sebelum ni
Sebelum ni by 8.30 @ 8.45 dah settle tapi hari ni lewat lak setengah jam
Dalam kul 9 lebih baru selesai [itupun aku giliran no 6]


Pas settle hal kat klinik, terus pi pejabat pos Rasa
Sebabnya..... nak renew lesen ler...
[Batang Kali bukan takde  pejabat pos tapi sebab nak pi ambik barang kat member jap]
Rasa ngan Batang Kali bukannya jauh sangat pun. Tak sampai 10 minit pun
Masuk2 pejabat pos, memang takde orang yag beratur langsung so terus la pi kaunter
Dalam seminit dua, settle pasal lesen.

Renew terus untuk 3 tahun... Tahun 2015 baru expired..hehehe

Pastu singgah kat PID Rasa yang sebelah je ngan pejabat pos tu
Nak jumpa Makcik Rehan sebab nak ambil barang yang aku kirim masa dia pi Betnam [Vietnam] hari tu
Dah lama beno dah tak terambil2 & dia pun tak terhantar2..
Masuk PID pun takde orang lain selain MR so sempat la aku menghilangkan peluh2 kat ketiak aku ni
Borak2 la jap 5-10 minit .. itu pun tak puas sembang sebab ada sorang aunty keling tu tanya macam2 kat MR. Potong stim tul la aunty tu..
Lagipun aku pun nak cepat2 gerak ke opis sebab aku  tak apply cuti pun
Ha.... sampai opis pun lewat dari biasa la..huhuhu..
Bos dah masuk, aku baru terhegeh2 nak masuk..


** Alamak MR, lupa la kita nak posing together2 tadi... Baidewei, jubah ko tadi memang cun.. 

WW 2012 #44

Saya ada check up hari ni...
Doakan semuanya OK yer...
[Alhamdulillah.. saya sudah 5 bulan]

Tuesday, October 30, 2012

KU SANGKA 30 RUPANYA 3!!

Semalam aku lupa bawak purse pegi opis
Dengan selamba je aku drive dari Batang Kali sampai Sri Damansara tanpa rasa risau
Bila sampai lunch hour, nak beli lunch baru perasan purse takde
Nasib la ada la saki baki duit dalam henbeg

Bila balik rumah semalam, terus cari purse dalam stor
Mana idaknya, masa pi beli barang dapur haritu aku tak bawak handbag
Cuma isi purse & henfon dalam uncang je
Malam tu pulak, hasben aku kemas2 meja pastu letak la uncang tu dalam stor
Tu yang buat aku terlupa purse aku dok dalam tu

Masa nak masukkan purse dalam handbag malam tadi
saja la aku cek bila lesen aku expired
Aku ingat expirednya bulan 10 tapi tak ingat tarikhnya tu
Mati2 la ingat 30hb rupanya tarikh last valid lesen aku tu 3hb
Dah dekat sebulan expirednya tu
Dan selama itu juga aku adalah pemandu haram di jalan raya

Memang patut pun la JPJ buat tarikh renew lesen sama dengan birthday
Sebabnya jarang kita nak lupa birthday sendiri..ye dak???

** Hari ni malas nak gi renew, esok la aku pi pejabat pos. Lagipun tok laki ada jadi driver minggu ni..

CUCUR KEJU

Hari tu masa pi beli barang dapur, aku ternampak la cucur segera Adabi ni
Aku memang sediakan stok tepung cucur ni tiap2 bulan
Senang kan kot2 masa tengah desperate ke, tetamu datang mengejut ke, atau masa kecemasan sementara menunggu masa beli barang dapur ke, boleh la goreng buat kudap2.
Selalunya beli cucur bawang , cucur manis @ cucur udang je
Yang perisa lain tak pernah try la pulak

Masa pi beli barang dapur kat Econsave hari tu
ternampak la pek cucur keju ni
So, sebagai peminat keju, harus cuba la kan...
Dengan rasminya telah menggoreng cucur keju sebagai menu sarapan pagi Ahad lepas...

Jemput makan.... sedap gak..

Monday, October 29, 2012

SUDOKU...BARU NAK BELAJAR

Selalu tengok orang main Sudoku ni
Tapi aku cam tak berapa interested sangat la
tapi bile tengok orang yang main tu cam khusyuk je
terdetik jugak "best sangat ke mende sudoku tu??'

Nak tanya member2.. sorang pun tak reti
Kalau ada pun jauh nak pi menuntut
Takkan nak belajar di alam maya lak kan
So, cara penyelesaian adalah YOUTUBE la...

Jenuh juga berjam2 memahami cara nak main
So lepas menuntut, aku try buat sendiri
Ambik yang easy dulu la kan... siap print bagai
Sekali buat OK, kali kedua aku dah stuck pulak
Tadi OK, lancar je, tapi masuk kali ni cam biol lak pale otak

Takpe kita cuba lagi...
Menggigih aku buat ni untuk menghilangkan kemengantukan di petang hari

** Banyak kali buat memang boleh addict tau! Sekarang dah tau penangan SUDOKU

CERITA RAYA & KORBAN

Alhamdulillah, sempena Raya Aidiladha baru ni
Abang ipar aku dah selamat buat korban seekor lembu
Walaupun nama aku & anak2 tersenarai, tapi aku tak andaikan yang aku buat korban
Sebabnya bahagian aku & anak2 tu abang ipar aku yang sedekah
[kiranya cam tumpang nama je...]
Insya-Allah, bila ada rezeki lebih tahun2 akan datang, aku & suami akan buat korban pulak

Tahun ni punya sambutan raya pun tersangat la sempoi
Takde la meriah mana pun cuma cam biasa la masak2 nasi impit & rendang
Sedara mara pun ada gak la yang datang
[Kiranya cam tak habis2 la duduk dapur kan..hehehehe]
Aku tolong sikit2 je... ate mak buyung tak berapa larat nak diri lama2

Sama cam tahun lepas, beli lembu & sembelih di Selayang
Pastu lepas potong2 sumbat dalam Kembara, angkut bawa balik Batang Kali
Kat rumah Cik Besah baru la ade adegan lapah melapah
Tu keje orang lelaki la kan.. main dengan pisau, parang, kapak dsb
Yang pompuan2 ni kejenya ma...sak je la...
Ok la, layan dulu gambar2 masa melapah lembu
Lembu kali ni kecik je... Tak banyak isi pun
Keje melapah kejap je la..

 Satu sudah siap, tinggal lagi 3..
Mandur cam biasa ---> Cik Besah & Cik Zul

 Jelingan si lembu..

 Ni Alisya, anak jiran belakang rumah Cik Besah
Sepatutnya si Adib yang tangkap gambar dengan kepala lembu tu
Tapi si Adib tak nak tengok kamera lak masa ni..

Lepas lapah melapah tu, bahagian tulang kami buat sup
Malam tu masing2 pakat makan sup tulang la
Biras aku siap buat Nasi Minyak & Daging masak kicap
huhuhu.... kenyang.. sampai keras perut aku dibuatnya..

** Kalau ikut bulan Islam, setiap hari raya Haji, ialah birthday Aleeya
Kalau ikut2kan, dah 8 tahun la anak dara aku tu..

Thursday, October 25, 2012

KFC DOUBLE DOWN... SEDAP TUH!!!

Semalam on the way balik rumah, tetiba je perut rasa lapar
Pastu mula la mereka2 nak makan apa kan
Tetiba je tekak ni terasa nak makan KFC Double Down
Terus je la drive menuju KFC

Nasib la orang tak ramai masa tu, so cepat je la order
Alhamdulillah, tercapai sudah hasrat di hati
Siap dapat masa panas2 lagi...
Sampai rumah, ambil anak2 kat rumah Cik Besah
Pastu terus makan.. dah menahan dah wei..

Aromanye je dah cukup mencengkam..... Tak sabo nak makan

Mula2 tu aku ingatkan kecik je, skali bila buka kotak, wallawei.. agak besar gak la
Dan aku dah standby dah botol sos kat sebelah kot2 nanti muak nak makan
[sebab ada blogger kata tak sedap]

Kapitan 2 keping daging ayam yang tebal
Keju ditengah2.... yummy! [Aku memang suka cheese
Mayonis & cheese si cheezy wedges pun ada dalam tu

Paling tak tahan tengok cheese tu mencair & meleleh2 gitu
Makan camtu je... tak bubuh secalit sos langsung
Pergh... memang kenyang tau...
Puas hati makan
Sapa tak try lagi.. try la tau.. rugi der...
Double thumbs up gitu!!! Boleh lagi nak ulang makan (n_n)"

RIMAS MATA

Sebelum gi kerja sempat la tengok laman  rumah aku yang dah semakin menghutan
Bukan tak nak potong rumput, tapi sebab cuaca asyik hujan je so kena la ditunda2
Selalu pegi keje lepas Subuh, so tak nampak la keadaan yang semakin merimaskan
Tapi sejak dah pegi keje lewat ni, panorama camni memang menyakitkan mata

Semalam hasben dah call orang mesin rumput tu
Katanya dia nak datang mesin rumput pagi ni
Harapnya balik karang dapat tengok suasana yang lebih mendamaikan
Esok nak raya la katakan....

Wednesday, October 24, 2012

SEMAKIN BUNCIT

Progress minggu ke-20..hehehehe
Membuncit dengan jayanya... Syabas baby!
Pandangan dari atas..
Pandangan dari sisi..


WW 2012 #43

Sarapan saya pagi tadi...
Jemput makan..

Tuesday, October 23, 2012

SEDAPNYA SI UBI REBUS..

Lamanya tak makan ubi kayu rebus
Dah tak ingat dah bila last makan sebab dah la....ma sangat

Ahad lepas biras aku datang rumah bagi semangkuk ubi rebus
Siap ada kelapa parut + gula lagi
Alhamdulillah... sedap...


Aku tak tangkap gambar pun
Ni pun cari kat google... pinjam la gambar tuan punya blog yer..

Monday, October 22, 2012

KELAB MENGANDUNG

Heh.. ini bukan Mickey Mouse Club  tau
Tapi kelab2 ibu mengandung...hehehehehe


Sebenarnya baru dapat tau ada sorang member opis baru je peknen
Tahniah  ye Kak Liyana
Pasni kita boleh laga perut
[walopun perut saya lebih besar dari akak..hehehehehe.. ye la kan.. saya kan advance 3 bulan dari akak]

Tapi setakat ni tak kecoh2 lagi
Aku peknen pun 3-4 orang je yang tahu
Malas nak bising2 lagi... lagipun perut aku masih boleh kaver
[hari2 pakai baju kurung ma....]
Tunggu la dah tukar uniform nanti baru la obvious kot

Preganancy ni memang boleh berjangkit kan kat opis2...
Macam pakat2 lak sambung menyambung. 
[Pasni kita tunggu turn Ziha lak..hehehehehe]

Korang punya pregnancy, bila berapa bulan baru opismate korang tahu?

TAK DAPAT LAGI

Mengidam yang ini la pulak dah..
Tak dapat lagi sampai sekarang...huhuhuhu
[ibu mengandung ni asyik kira makan je kan...]

Picture & resipi boleh tengok kat www.biniaskar.blogspot.com

Friday, October 19, 2012

PERBAIKI MANDI WAJIB

Mentang2 la malam tadi malam Jemaat kan...
Mesti ramai yang duk mandi wajib tadi..hehehehe

Haritu aku tertengok Tanyalah Ustaz
[tak boleh tidur punya pasal, layan la Tanyalah Ustaz kul 12 tgh malam kat TV9]
Masa tu slot Ustaz Muhamad Bin Abdullah
Aku tu tak ingat la pulak apa tajuknya tapi dalam tu ada la dia sentuh tentang bab mandi wajib
Ustaz tu ada cakap kena cek betul2 sama ada betul @ tidak cara kita mandi wajib
[Jangan ingat dah berpuluh tahun mandi wajib, dah terer sangat la kan]
Sebabnya ada benda yang kita akan pandang cam remeh tapi perkara tu menentukan sah @ tidak mandi wajib kita. Sebabnya kalau tak sah... sia2 la amalan kita selama ni kan???
[Aku cuba cari clip tu kat youtube tapi tak jumpa la pulak]

Semua orang tau syarat sah mandi wajib ialah NIAT & MERATAKAN AIR SELURUH BADAN
Tapi tang part meratakan air tu yang menentukan sah @ tak sah
Walaupun aku ni [termasuk korang2 semua] dah beratus2 kali mandi wajib
Tapi masih banyak tempat perlu diperbaiki rupanya
Ruang2 kecil yang tak nampak & kita tak terfikir pun kalau tak kena air boleh menjejaskan mandi wajib tu

Antara main point yang aku rasa nak share kat sini [yang selalu org pandang ringan]
1] WAJIB BERTINGGUNG ketika mandi wajib. Sebabnya ada pelipat di bahagian faraj & dubur yang hanya akan terbuka ketika kita bertinggung.

2] Kena make sure air diratakan  [means kena gosok2 la] pada 8 lubang iaitu
  • Hidung [kenakan air pada bulu2 hidung]
  • Telinga [cuping telinga la.. kena ratakan disetiap pelipat... bukannya masukkan air dlm lubang telinga tu pulak]
  • Mulut [kena kumur2]
  • Kuku [kena air sampai dicelah2 kuku... tu la org kata jangan simpan kuku panjang.. susah! Nak2 pulak kuku kaki...]
  • Pusat [ni pun kena korek2 sebab ada pelipat dalam pusat tu]
  • Kemaluan  [kena ratakan setiap lapisan daging tu ---> tu sebab kena bertinggung especially org pompuan]
  • Dubur [sama cam bab kemaluan tu ---.kena bertinggung]
  • Daging lebihan @ lekuk pada tubuh [kalau ada] -contoh : kalau pernah eksiden & ada parut @ lekuk pada tubuh, kena ratakan air disitu juga.
Meh belajar dengan Ustaz Don cara betul mandi wajib ni. Yang perihal 8 lubang tu tak jumpa la pulak kat youtube..


Kalau salah tolong tegur aku yer.. aku cuma menyampaikan ilmu yang aku  tahu [sebagai panduan aku juga nanti]. 

Thursday, October 18, 2012

KORNIS SUDAH REPAIR LOR....

Haritu kan aku story yang kornis bilik aku runtuh kan
[Sapa tak tau boleh baca kat entry PERISTIWA SUBUH]
Ha.. semalam juga telah memanggil kontraktor minta tolong repair
Nasib la ada tukang buat rumah dok dekat dengan kitaorang
Senang la nak mintak tolong kalau apa2 hal
Tukang monitor depa buat keje sapa lagi kalau bukan pak mentua aku
Terima kasih abah!

Balik keje semalam, terus pi tuju bilik
Nak tengok hasil repair kornis tu
Alhamdulillah.... dah digam kuat ke siling..hehehe
Sikit pun tak nampak cacat... macam tak pernah runtuh pulak


Another angle lak..

Wednesday, October 17, 2012

BABY BLUES - WEEK 18

Alhamdulilah... sudah 18 minggu mengandung
Badan makin berat, muka makin booolat...
Apa perkembangan baby??? Silalah baca di bawah

Semalam aku pi scan kat Klinik Batang Kali
dah memang doktor tu set appointment tarikh semalam
nak tak nak terpaksa la pegi.. kalau tak pegi nanti kena marah..hehehehe
Tapi yang tak bestnya jumpa doktor tu, sebab doktor tu tak friendly langsung
Waktu scan tu, mulut aku cam terkunci nak tanya apa2
Doktor tu pulak asyik cakap dengan nurse dia la pasal gambar yang dia scan tu
Aku lak baring rigid je... tengok skrin... nampak la janin yang dah complete terbentuk seorang bayi

Kalau doktor yang friendly sure akan cakap & tunjuk heartbeat baby la, berapa berat baby la, baby dah besar mana la ..etc.
Kalau terlebih baik, dia cuba tengok kot2 dah boleh nampak jantina baby kan
Ni langsung diam je... aku nak tanya pun takde mood
Last2 dia cuma cakap, "dah scan semua nampak ok"

Dalam hati aku kalau dia cakap ok, ok la tu...
Tak sampai 5 minit pun aku dok bilik doktor tu.. tah apa2 kan? 
Aku pun berada kat klinik cuma dalam 30 minit. Sampai pukul 8pg, siap semua dalam 8.30pg. Patutnya lagi cepat boleh habis, tapi sebab doktor lambat datang, kena la tunggu dalam 20 minit camtu.
Yang tak best lagi, doktor tu tak print pun gamba yang dia scan pun
[takleh la aku nak eksyen tayang kat korang]

Tapi as long as dia cakap semuanya ok, alhamdulillah le
Aku pun takde la apa2 masalah dengan kandungan setakat ni
Next scan ialah 10 minggu lagi...tapi kalau tak sabo sangat nanti aku pi klinik swasta je la
Setakat hari ni kami laki bini idak le eksaited sangat nak tau baby boy/girl sebabnya kami tak kisah pun kali ni baby apa..hehehehe.. asalkan baby sihat sudah...

Last but not least, untuk mengubati rindu korang kat aku [ewah],  ni la muka kembang 18 aku..hahahaha[latest tau...]
[kembang muka pun nak ikut kembang bay dalam perut..heheheheh]


UJIAN PERSONALITI

Tersangat la boring hari ni
[hari2 pun boring kalau ikutkan..hehehehe]
So saja2 la buat ujian personaliti kat  website UiTM
Kot2 la selama ni aku tersalah kerjaya...cewah!!!

Ini la keputusannya...
Erm.. betul la kot sikit2...

WW 2012 #42

Sama² perbaiki diri.

** Pernah dengar radio apa tah , ada satu caller tu dia komen pasal isu yang tengah dibincangkan kat radio tu masa tu  & hujung2 bicara dia cakap SAYA TAK MAHU SUAMI SAYA MASUK NERAKA... 

Tuesday, October 16, 2012

PERISTIWA SUBUH

Alhamdulillah aku masih dipanjangkan umur hari ni
Ni nak story satu cerita yang berlaku sebelum Subuh tadi
Masa tu aku tengah syok tidur... tetiba GEDEGANG!!!
Ada satu bunyi kuat macam ada benda jatuh dalam bilik aku
[Aku dah le tidur sorang, hasben & Adib tidur kat bawah]

Dalam samar2 tu aku bangun jugak le tengok ape benda yang jatuh tu
Tengok jam henfon baru pukul 5pg
Tak puas hati aku buka la lampu
Rupa2nya... jeng..jeng..jeng..
 Nampak tak apa tu???
Kornis kat siling bilik aku dah runtuh... tu  yang terlopong tu
Dinding tu betul2 mengadap katil aku tau
[jam tu tak menunjukkan waktu sebenar sebab jam tu dah lama takde bateri]

Sepatutnya kornis tu bersambungan la dengan kornis ni
Memang sebelum ni dah lekang sikit tapi petang semalam aku perasan cam dah banyak lekangnya tu
Tapi aku tak rasa dia akan jatuh dalam masa terdekat ni..Kononnya tak kritikal sangat la..
Rupanya memang dia dah nak jatuh pagi tadi..

 Nampak tu?? Tersadai atas tv 
Nampak cam ringan kan?? Tapi aku sendiri nak angkat & alih letak tempat lain, tak larat nak angkat
Takleh imejin kalau kornis yang atas kepala aku tu yang terjatuh camtu
Konfem aku masuk spital agaknya..

Serpihan kornis yang patah sebab takde penahan
Patah sebab terkena penyidai kain ni agaknya...

Lepas kejadian ni langsung mata aku tak boleh pejam sedangkan aku ada 30 minit lagi masa sebelum pi mandi. Terkebil la awak sorang2 dalam bilik sambil memandang siling yang melopong tu...

Monday, October 15, 2012

ALKISAH MENCARI NAMA BABY

Awalnya dah nak cari nama baby yer... [baby baru 4 bulan dlm perut]
Eksaited terlebih kekdahnya...
Ekceli, hujung minggu lepas dengan suasana yang hujan & redup
Daripada aku dok membuta, baik aku buat mende yang berpekdah
So aku saja2 la pi belek buku nama2 islam pilihan
konon nak cari nama2 yang sesuai untuk baby baru ni
[Standby la dua2 nama sebab aku tak tahu lagi jantina baby]
Itu pun hujung2 esok mesti banyak nak ubah2 lagi..


Masa aku cakap2 ngan hubby nama itu nama ini
Anak2 pun sibuk mencelah nak bubuh nama gak le
Apa lagi asyik bagi nama kengkawan deme je la..hehehehe
Tetiba si Adib cakap
"MAMA, LETAK LA NAMA BABY TAT NENAS"
Terus tergelak kami laki bini...
Apa punya nama la.. itu nama biskut raya boleh la...
Hei Adib...Adib...

Last2 terus tutup buku...kensel cari nama
Tunggu mood datang lain masa lak.

SELAMAT PAGI SAYANG

Baru nak ambik mood pepagi ni
Dah le hujan & mendung kan.... layu je semua kat opis kan?? Kan??
Dengar jap lagu Noor Kumalasari.. kasi ceria sikit..

Friday, October 12, 2012

KOSONG...KOSONG...

Waa... asyik terngiang2 je lagu si Najwa Latif ni dalam kepala otak aku
Tah le kenapa...asyik kosong..kosong...kosong..
Tah apa2 tah aku ni kan???



Actually semuanya ok, takde yang tak ok
Aku free, aku tak tension, aku selesa, & hidup aku better dari sebelumnya
Ada keje bagus, suami baik, anak2 baik, income bagus, kawan2 baik, environment baik, kesihatan baik
Kalau aku list down semuanya maybe ada yang akan cakap untungnya kau....
Dah terlalu banyak rezeki & nikmat Allah bagi pada aku
Tapi kenapa jiwa aku rasa tak seronok??? Jiwa aku rasa kosong??
Pembawakan budak ke???
Atau sikit2 syaiton nirrajim ni dah menghasut2 aku??

Tak suka la bila ada rasa camni
Kena dengar banyak lagi motivasi  kot.. maklum la dah lemau
Dan bak kata Prof Muhaya, kena audit diri balik
SOLAT, AURAT, PERGAULAN...etc..

Ujian datang dalam pelbagai bentuk
Nikmat yang terlalu banyak pun satu bentuk ujian pada kita
Sama ada kita bersyukur @ kufur dengan nikmatNya
Hadapi ujian dengan sebaiknya & ketahuilah ujian yang datang adalah untuk menaikkan martabat kita
Sama2 muhasabah diri..

** Dah nama adik beradik, rupanya adik aku pun buat entry tajuk sama cam aku...


KORANG PERNAH TAK RASA CAM APA YANG AKU RASA???







Thursday, October 11, 2012

RINDU SUAMI

Eleh.. tajuk mengada2 kan.. pui...
Macam la suami tu pegi otstesen jauh sangat
Walhal laki cuma kene keje shift malam jer...
Hehehehehe..

Minggu ni start la hasben aku keje shift malam
[Ngada2 tau Tan Chong ni nak suruh keje ikut shift la pulak]
Selalunya kami laki bini keluar & balik keje sama2
Tapi sebab hasben kene shift malam, so minggu ni kena la pegi balik keje sorang2 [tetiba nak nyanyi lagu lonely... i'm so lonely...]
Hasben masuk keje 4.30ptg sampai la kul 1.30pg

Selalunya waktu dalam kereta la kami dok borak2
La ni radio la jadi teman setia
Sempat jumpa hubby sebelum gi keje je 
[sempat la nak salam & cium2 laki yang busuk belum mandi pagi tu]
Hubby balik keje semua pun dah tidur
Tu yang rasa cam lama tak borak2 ngan hubby... tu yang rindu tu

Rindu punya pasal, pagi tadi aku pakai perfume yang hasben aku suka pakai pegi keje
Al-maklum la semenjak peknen ni, banyak bau perfume aku rasa busuk
Aku bagi hasben aku pakai perfume yang aku tahan baunya je
Perfume yang bau keras & floral2 ni aku tak suka.. nak termuntah
So aku bagi laki aku pakai perfume yang bau fresh2 gitu
Ini la perfume laki aku yang aku pakai pagi tadi
-Hasben aku memang pakai perfume pompuan-
[Sebabnya bab2 perfume ni aku yang jadi tukang supply...hehehehehe]


** Dulu waktu aku masih PJJ dengan hasben aku, selalu cium T-Shirt dia sebelum tidur..

MINTA IDEA WARNA CAT UNTUK LUAR RUMAH

Tengah mencari idea untuk cat luar rumah
Currently rumah aku kaler hijau, la ni nak cat kaler lain pulak
Ni rumah aku masa baru lepas siap renovate & baru cat. La ni kaler ni pun elok lagi [ai pakai cat Jotun tau...]. Cuma nak tukar appearence baru lak.  Aku cadang nak cat pagar & semua grill dengan warna putih. So dinding cun nak lawankan dengan kaler apa yer??

Nak mintak suggestion korang pulak, warna apa yang outstanding & sesuai untuk teratak comel aku ni??

** Dah pernah tanya member2 kat fb.. Ni nak tanya member2 blogger lak.. Kot2 ada idea yang lagi kebaboom... Kalau boleh kasi la nama @ kod kaler  cat tu sekali.

Wednesday, October 10, 2012

BABY-BABY MEMANG COMEL

Semalam saja la belek2 album lama
Zaman dolu2 aku mana nak ada camera digital kan
Dok pakai la kamera yang guna filem tu [kitaorang panggil kodak]
Memang dah ada kuar kamera digital masa tu tapi tak mampu la nak beli
Mahal melenit regenya [masa tu la]

Sebab nak tepek dalam blog ni, gigih la aku scan gambo2 tu
Malas nak tepek satu2, aku scan satu page terus
Layan je la ek..
Precious moment... 
Aleeya --> baru berumur 2 hari

 Aleeya lagi --> dalam 2 bulan

Aleeya lagi --> 2 bulan

 Yaya & Adib
[Masa ni masih dalam pantang]

Adib...1 bulan

Masa belek2 album tu, Adib pun tengok sekali
Pastu aku tunjuk gambar Aleeya & aku tanya dia "kakak comel tak?"
Adib jawab COMEL!!!
Bila aku tunjuk gambar Adib, aku tanya lagi "Adik comel tak?"
Adib jawab TAK!!!!!!!!
Alahai....

WW 2012 # 41

CUTE COUPLE

Tuesday, October 9, 2012

KENANGAN MENGANDUNG

Takde gambar mengandung yang latest
Malas nak tangkap gambar lagi... lagipun tunggu la perut aku besar dulu
Baru nak tayang...

Apa pun layan dulu gambo2 from my 2 previous pregnancy
Ni masa aku pregnantkan si Yaya.. Masa ni dah 6-7 bulan kot
Sembab giler muka aku kan...

Masa ni, kami pregnant serentak - Aku, Makcu [makcik hasben aku--tudung hitam] & biras aku KakTi.


Ni masa 7 bulan mengandungkan Adib
[boleh gi Langkawi lagi masa ni]

Dari sisi tepi pulak...besar tak perut aku??Hehehehe

Untuk preggy kali ni, nanti la aku tepek gambo..

KLASIK

Nasi lemak hubby beli dari jiran selorong rumah aku kelmarin
Klasik sebab dia bungkus pakai suratkhabar
Dalam tu ada lapik daun pisang gak
Tetiba teringat zaman kecik2..

Nasi lemaknya takde la besar sangat.. sesuai la dengan harganya RM1.00 je
Nak kata sedap, tak le sedap sangat [sedap lagi nasi lemak Cik Ana]
Lepas la buat sarapan pagi tu...


Monday, October 8, 2012

DINNER MALAM TADI

Takde idea apa nak masak malam tadi
So tengok la apa yang ada kat dapur, mula la mereka resepi2 sendiri
Alah, bukannya yang susah2 pun
Yang penting mudah & mengenyangkan..

So terhasillah ini sebagai dinner aku anak beranak

Ini la dinner kami - roti panggang & chicken soup ala pizza hut
Yang merah tu balance sos spagheti [aku masak spageti semalamnya]

 Roti yang di atas kuali ajaib.. sedap la buat camni.. crunchy gitu!

 Enjoying her chicken soup

Budak ni pun sama, sampai 3 mangkuk chicken soup dia makan..

Alhamdulillah... kenyang kami dengan rezeki yang ada..