Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 1, 2011

JOM JALAN-JALAN DI LANGKAWI LAGOON RESORT - PART 2

Lepas makan, kitaorang pun teruskan tour ke area² lain dalam resort.
Memula nak jalan kat kolam renang tapi masa tu ada la 2-3 anak² tok Arab tengah mandi manda
Nanti  spoil la my picture dengan gambar separuh bogel kan
So kami tuju ke tempat permainan budak² a.k.a playground la
Playground ni kat hujung bangunan hotel
Anak² aku memang suka sangat la kan.. dah le takde orang kat situ
Memang depa konker habis²an la..













Sementara depa main, kami mak bapak duduk je la kat atas kerusi
[Elok pulak ada 2 biji kerusi kat situ... macam tahu² je]
Angin pulak sedap bertiupan... hari pun tak berapa panas

Nampak tak pagar kayu kat hujung tu? Disebalik pagar kayu tu la laluan nak ke wave breaker
Ada yang tanya boleh ke jalan kat wave breaker tu?
Jawapannya YES!!!! Memang boleh pun sebab laluan tu dijadikan tempat joging untuk orang awam.
Tapi aku pun tak pegi situ sebab kalau nak jalan kat wave breaker tu kena keluar kat main gate resort
Kat tepi tu baru ada jalan untuk ke wave breaker tu
[Laluan wave breaker tu memang panjang... kalau korang berani, boleh joging sampai ke tengah laut.]

Lepas bagi budak² main, aku ajak depa pegi ke pantai
Pasir kat pantai ni memang bersih je





Pandangan wave breaker dari pantai




Laluan joging menuju ke wave breaker
[nak tau lebih lanjut google je la wave breaker langkawi.. sure jumpa]




 Pemandangan hotel dari pantai




Pemandangan Sea Village dari pantai



Pantai kat sini ombaknya tak kuat.. Ombak cam air tasik jer
[Maybe sebab pengaruh wave breaker tu kot]


 Sukanya gambar ni.... Yaya yang tolong tangkap..


Berhampiran pantai ni, ada  tempat untuk aktiviti air
Yang ada kayak & benda yang kayuh² cam basikal tu [tak tahu apa namanya]
Tapi pagi² camtu takde pulak orang buat aktiviti air
Maybe waktu petang kot..
Kami sempat posing je la...








Lepas pegi area pantai, kami patah balik ke area swimmping pool
Kesian jugak kat anak² sebab tak dapat mandi kolam
Nak buat camno, kat hotel mahal ni kena pakai awimming suit
Anak² aku takde la pulak swimming suit tu, takat spenda & suar katok tu ade le..
Lagipun, kami kesuntukan masa, nak kena pi epot kul 11.00 pg
Kalau balik lewat sikit, sempat la kasi can bebudak mandi..




Jom balik bilik... nak nak gerak balik dah...


Balik ke bilik pun kami jalan kaki jer
Masih nak menghayati pemandangan yang ada sebelum bergerak pulang

Lepas lepak² lebih kurang buat kali terakhir di bilik [sedihnya dah nak balik]
Hasben call buggy untuk ambik kami ke lobby untuk cek-out

Beg kami dah beranak satu.... 
Beg pramugari baru beli kat Haji Ismail Group..hehehe
[tercapai jugak hasrat di hati...]

Buggy sudah sampai... Jom balik...


Lihat video ni untuk lebih jelas


AMACAM?? TERUJA TAK NAK DATANG SINI???


3 comments:

Ardini Humaira said...

hajat nak honeymoon kat langkawi :D

Dalila Hamid said...

sangat2 teruja nk ke sana.....

~aYu~ said...

singgah sini dan follow akak. follow sy klu sudi.. sy sgt suka jenjalan. last gi langkawi disember tahn lps. :)