Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 27, 2011

FAMILY VACATION - TELUK BATIK

Akhirnya setelah planning singkat yang tak sampai sebulan
Dapat jugak kami buat family gathering ke Teluk Batik bersempenaan Cuti Krismas bebaru ni
Dapat jugak berkumpul anak beranak [walaupun abah aku sampai lewat dari sepatutnya]

Tak plan nak gi jauh2 pun, cuma ke Teluk Batik je
Kalau dari rumah mak aku kat Ipoh tu, cuma ambil masa sejam lebih je ikut highway Ipoh-Lumut
Memandangkan last inute booking, tak dapat le nak booking chalet yang dekat dengan pantai
Nak cari homestay pun sikit punya seksa sebab banyak yang dah kena booked
So cari punya cari, jumpa la satu homestay apartment kat Bukit Permata

Aku search kat internet je semua homestay tu
Kat sini lah kami stay untuk 2 hari 1 malam
Zeta Homestay


Kalau ikutkan sewanya pada hari biasa cuma RM135
Tapi sebab aku pegi time Public Holiday, harga ada up sikit la jadi RM245

Kemudahan ok & selesa jugak le.. tapi ada jugak menda yang tak puas hati
Nanti kat bawah aku komplen
Tak payah risau nak bawak perkakas memasak sebab boleh kata lengkap la semua
Periuk nasi, periuk, kuali, sudu, cawan, pinggan mangkuk, lesung batu pun ada
Rasanya blender je yang aku tak nampak
Nak basuh kain pun boleh sebab ada washing machine [sabun basuh kena beli sendiri la yer]

Apartment ni ada 3 bilik, 2 bilik air
Yang bestnya shower kat sini airnya memang deras
Syok mandi shower kat sini
Tapi kat sini takde aircond & water heater [malam agak panas ler... kipas pun bukak paling maksimum]

Memandangkan apartment ni berada di kawasan tempat tinggal orang
So parking agak limited la.. Pandai2 la korang nak cari parking
Siapa biasa duk apartment sure paham keadaan parking kan.. siap boleh block kereta orang lagi

Kemudahan lain dalam kawasan apartment ni
Ada kedai dobi, kedai runcit, kafetaria & KOLAM RENANG
Yang tak bestnya, kolam ni dalam pagar berkunci
dan orang yang bukak kolam ni memang bangang sebab selalu bukak lambat
Dah tahu orang ramai masa wiken, buka la awal2 kan
Masa aku pegi tu, pukul 10.30 pg baru bukak pagar.. kitaorang dah nak cek out dah
Sian anak2  aku tak sempat mandi kolam walhal dari pukul 8 dah siap konon nak mandi kolam..

Lokasi apartment ni senang je...
Kalau korang nak gi Teluk Batik @ Lumut, korang akan sampai kat simpang Siput kan
Korang terus je ikut arah pegi Teluk Batik, lepas tu korang akan perasan signboard Bukit Permata kat sebelah kiri
Masuk simpang Bukit Permata tu  terus je sampai korang jumpa Guard House


Kat sini semua one way je so tak le riso bersesak2 dengan kereta kuar masuk


 Dalam ni semua apartment 6 tingkat. Ada banyak blok jugak dalam ni


 Sementara menunggu nak cek-in apartment


Tengah ambil kunci apartment kat sorang kakak tu
Ekceli dia bukan owner rumah tu pun, dia tolong pegangkan kunci tu jer


Ini blok yang kami duduk ---> BLOK B a.k.a NILAM


Masa kat website, katanya apartment tu kat tingkat 4
Rupanya jangkaan meleset sebab apartment kami tu kat tingkat atas sekali
Nasib baik le ada lif & rumahnya tu betul2 depan lif je
Inilah rumah kami....


View dari pintu masuk..


View dari balcony
Nasib baik tuan rumah dah buat gril dari atas sampai bawah kat balcony tu
[cam rumah yang gril putih tu]
Kalau budak2 main kat luar tu tak le risau jatuh.


Panjangnya karangan aku.. Nanti sambung lagi..

5 comments:

gadisBunga said...

kalau book kat website mmg selalu ada je benda tak puas hati. saya baru kene kat JB. hu~

SYANI said...

Betui... betui... selalunya indah website dari rupa kan??

fara qaey said...

ni akak sewa di zeta homestay ke homestay lukut permata ? sebab saya google ade 2nama tempat homestay katsitu. sebab awal bulan 11 ni rancang nak pegi sane

SYANI said...

Fara qaey,
Akak sewa Zeta Homestay kat Bukit Permata.

puan zeta homestay said...

Terima kasih menginap di zeta homestay lumut.
Alhamdulillah kami dah upgrade letak aircond di master bedroom.
Jika ingin menginap boleh hubungi zeta 0136288405