Thursday, December 8, 2011

NAK KENCING PUN SUSAH

Kejadian malam semalam sewaktu tengah tengok citer GARFIELD THE MOVIE kat TV2
Masa tu masing2 dah baring atas tilam
[kami kan tidur depan TV..hehehehe]

Adib   : Mama, adik nak kencing
Mama : Jom. Bangun le cepat
Adib   : Jap... adik tak nak kencing lagi.
Mama : Takde...takde.. jom pegi kencing cepat. Karang dah tertidur ko kencing atas tilam pulak.
Adik   : Jap la mama [sambil mata pandang Garfield kat tv]
Mama : Cepat la sikit.. mama cubit ko kang!
Adik   : Jap... adik nak korek hidung jap
Abah & Yaya : Hahahahahahaha

Budak ni banyak tul alasan tau.. Geram aku!

Adib tengah training diaperless waktu tidur. Masuk malam tadi dah 2 malam dah tak pakai pampers. Itu pun kena ajar dia jangan minum susu masa nak tidur. Kalau nak minum at least sejam sebelum tidur. Adib ni kalau botol susu tak melekap kat mulut, memang payah nak lelap. Tapi lately ni dia dah kurang minum susu masa nak tidur.

Ok la kan, dia dah nak bercerai pampers. Bajet pampers boleh aku simpan untuk next baby lak. Insya-Allah. Tapi aku baru je beli pampers pek besar  buat stok si Adib. Ada 68 keping dalam tu tapi baru luak 3 keping... Kena sedekah kat orang la nampak gayanya pasni..

Disebabkan Adib hanya pakai pampers waktu tidur malam je, aku downgrade je pampers tu. 
Asal2 dari Drypers --> Huggies --> Fitti ---> Diapex 
Dah besar2 ni tak yah pampers mahal2 pun.. takat tadah air kencing pastu humban dalam tong sampah...


7 comments:

aNIe said...

Syani...rasanya nanti lama2 adib okay dah... sebab anak2 bila siang tak pakai diaper...malam memang diorang tak kencing sebab macam dah set dlm mind untuk tidak kencing ...

Cho Zila said...

anak akakpun diapex... murah dan kualiti gak..
pasal pegang botol masa tidurtukan anak akak yang sulungpun sama..

munna said...

ANAK MUNNA MASUK JE 3 TAHUN DAH BETUL2 FREE DARI DIAPERS... ALHAMDULILLAH SETAKAT NI BARU 2 KALI JE DIA TERBABAS ...

SYANI said...

ANie,
Harap2nya macam tu la..

SYANI said...

Cho Zila,
Baru 2 kali beli diapex ni. Sekali beli pek besar tu tahan la 2 bulan

SYANI said...

MUNNA,
Masa kakak dia hari tu umur 3 tahun jugak dah diaperless. Tang Adib ni lambat sikit. Now dah 4 tahun..

Rinna said...

Elok laa..tuh..kena suruh kencing sebelum tido.. tak de laa dia rasa nak kencingkan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...