Monday, December 19, 2011

BEG SEKOLAH LA PULAK

Dah habis sesi membeli baju & kasut sekolah pagi semalam
Malamnya pulak mengulang lagi ke HARI-HARI sebab nak beli beg sekolah
Bukannya kami tak belikan siap2 masa pagi tu
Tapi sebab dah buat perjanjian dengan bapak mentua aku
Dia kata dia yang nak belikan beg sekolah untuk semua cucu2 dia.

So malam tadi mengulang lagi ke HARI-HARI
Sampaikan budak salesgirl tu kata macam pernah tengok je kitaorang
Ate, mana idaknya kan... kan kami dah pegi pagi tu
[Masa pagi tu pulak orang tak ramai so family aku je yang kecoh kat dalam kedai...hehehehe]

Atuk depa kata, pilih le mana2 beg yang deme berkenan
Memandangkan deme dah aim masa pegi pagi tu
So bila masuk kedai, terus tunjuk depa nak beg mana satu
Inilah beg pilihan anak2 aku... 
Yaya tetap setia dengan PINK + DISNEY PRINCESS ni..
[Nak pulak ada gambar ARIEL si Little Mermaid tu... harus la dia suka sangat..]

Ni pulak beg Adib..
Tahun ni dia pilih tema biru lak
[kebetulan alatulis dia pun kaler biru... tema ANGRY BIRD]..




** Setel le semua perkakas sekolah anak2 aku. Yang tinggal cuma nak bayar yuran sekolah Adib & Yaya sahaja.. itu pun semua tunggu buka sekolah nanti..

3 comments:

|| NaFiRaa || said...

saya belom beli pape lagi peralatan sekolah My anis.. cikgu pon belom panggil meeting lagi.. hehehe

Qhaifa Nur said...

minggu depan kot baru beli barang anak...

Dalila Hamid said...

cantik beg budak2..... haritu anak buah datang asyik minta beg tarik ja...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...