Tuesday, December 20, 2011

VILLA IMPIAN LAGI

Kalau korang ingat hari tu aku dah citer pasal Villa Impian kat Batang Kali tu kan
Sape yang tak ingat, silalah singgah baca & cuci mata kat SINI

Kat entry dulu tu, aku hanya tepek gambar2 yang aku cilok dari internet
Tapi kali ni aku tepek gambar2 yang aku tangkap sendiri
Yup.. aku telah menjejakkan kaki ke showhouse unit tu
[lepas terpengaruh dengan Yong.. katanya memang rasa cam tak nak keluar rumah]

Ok... pagi2 hari Sabtu lepas, aku ajak anak2 singgah showhouse tu
Memula tu saje je nak usha2 location banglo tu sekali tengok ada pak guard lak depan showhouse tu
Aku tanya pakcik tu boleh ke nak masuk tengok
Dia kata boleh je.. lagipun ada sorang je kakak sales assistant  dalam rumah tu

Dengan gaya2 golongan elit yang mengalahkan kumpulan Elite
aku pun melangkahkan kaki ke dalam rumah tu
[masa tu baru sedor aku pakai selipar buruk je... cis... hilang elit aku dibuatnya]
Lantak la kan.. selipar kan tinggal luar je...

Lepas borak2 ngan kakak tu sikit2, aku pun start la tour rumah tu
Memang sangat cozy & cantik la...
Tapi again.. aku terlupa nak snap gambar kitchen dia
[sebenarnya aku segan kat kakak tu yang asyik folo kitaorang je]

Bila naik tingkat atas, baru la kakak tu tak folo
So acara menangkap gambar pun bermula
Anak2 aku pun membuas dengan jayanya.. tapi kena monitor gak
Kang ta pasal2 ada benda yang rosak lak.
Main entrance ke kawasan lot2 banglo tu

 Ni la showhouse yang kami pegi... 
[Tak bestnya, pagar yang standard je depa buat... Bahagian keliling tu pulak guna pagar hijau bodo tu jer]


Kat main entrance rumah tu ada satu cermin besar & kabinet putih yang cantik
Tapi terlupa nak tangkap gambar sebab teruja dah nak masuk dalam rumah tu
Bahagian bawah semua macam kat entry sebelum ni la yer..

Ni tangga menuju tingkat atas.. Tapi gambar ni aku snap dari tingkat atas. Kat sini ada tingkap yang tinggi ni. Kalau letak langsir ni tah berapa meter la kena beli kain..

Kat tingkat atas ni ada 3 bilik & 1 ruang menonton
Nampak tak cam ada beranda tu?? Tu sebenarnya pengadang kat tingkat atas. Kiranya dari situ korang boleh nampak tempat dining kat tingkat bawah. Kiranya kat situ ada tingkap yang besar & tinggi yang menyambungkan tingkat 1 & 2. Paham tak maksud aku??? 

Tapi pada aku, aku tak suka la beranda tu berada kat situ. Patutnya tak payah buat beranda tu pun tak pe..  Kat situ maksudnya memang korang kena beli langsir dari siling sampai bawah.. [Ala2 konsep tingkap kat tangga tu jugak le]

Ni lampu yang kat beranda tu...
Tinggi gila langsir tu tau.. Kalau nak tukar langsir, memang kena panggil tukang langsir yang pasang
Memang nak kena ada  tangga yang tinggi untuk gantung langsir tu

Ni master bedroom..
Bilk ni siap ada walk-in closet lagi tau..
Yang tak best, bilik airnya tak canggih mana... bath tub pun takde

Ni 2nd bedroom.. Suka sangat dengan tema warnanya...
Nampak luas je bilik ni


Ni bilik yang buat anak2 aku tak keruan
Siap nak panjat katil tu tau.. nasib baik aku larang
Pastu siap cakap, nanti mama buat le bilik kitaorang camni
Adoyai... kome sedar tak bilik korang tu luasnya separuh dari bilik ni???

Lepas mencuci mata kat sini, kitaorang pun cakap terima kasih kat kakak tu
Pastu aku tanya la berapa lot lagi yang available
Katanya dah siap bina semua dah ada orang beli. Tinggal lagi 6-7 bijik tengah buat tu je yang available.
Katanya showhouse ni pun dah ada orang beli
Kalau kosong katanya rumah tu berharga RM850K. Plus dengan interior & furniture total orang tu beli RM1.1 juta.. Peh..... Rasanya pengsan 88 kali pun belum tentu dapat beli..hehehehe
Downpayment rumah ni pun dah boleh beli sebijik rumah aku noks!!!!

Kesimpulannya, rumah ni kalau compare dengan KL memang berbaloi la nak beli [kalau korang mampu la]
Kawasan rumah memang luas gila... korang boleh tambah lagi kalau korang nak. 

Yang aku tak berapa puas hati dengan rumah ni [pada padangan aku ler]:
1. Pagar biasa & pagar hijau je.. patutnya kasi la pagar yang grand sikit dengan nama "banglo" tu. 
2. Bilik air semuanya ala rumah kos sederhana jer...Pakai tiles biasa2 jer..
3. Beranda kat tingkat atas tu aku rasa cam tak sesuai. Better buat sliding door kat situ...
4. Banglo ni jenis takde balkoni.... pada aku banglo better ada balcony... baru nampak grand..

Well, itu le serba sedikit komen pasal Villa Impian ni.
Sape yang berkenan, boleh la buat site visit kat showhouse tu...

5 comments:

Azzah said...

tingkap tinggi tu kira ganti beranda la kot kan..cantik..

gedek! said...

luar kemampuan kalau macam ni...

(malu)

eT said...

hehe...jauh tu me nk p beli kt batang kali...#bajetbykduit...kehkehkeh...
tp deco2 tu sangat cantik...

hamzah ian said...

pergh.. besar nye rumahh

Dalila Hamid said...

terus hati meronta2 nak cari rumah!!...hhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...