Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 27, 2011

FAMILY VACATION - TELUK BATIK (2)

Lepas cek-in, kami rehat, sembahyang & makan tengah hari
Bekalan telah disediakan oleh bonda kami
[kami masing2 tak sempat nak prepare pebenda sebab baru bertolak ke Ipoh pagi tu]

Mak aku sempat masak rendang ayam & mee goreng
Sampai sendat perut dibuatnya
Lepas selesai semua, kami bertolak ke Teluk Batik
[dari homestay kami ada la dalam 3km]

Sampai sana, satu cabaran lagi nak cari parking pulak
Alhamdulillah cuaca agak cerah [sebab pagi tadi mendung & hujan renyai2]
Kami terpaksa parking jauh2... jenuh gak menapak masa nak cari port
Siap usung makanan bagai.. Yang adik aku Angah pulak jenuh mengusung perkakas baby dia

Lepas jumpa port sesuai, bentang tikar, masing2 pun bersantai le
Orang agak ramai jugak kat pantai tu tapi takle seramai yang aku pegi tahun lepas
Barisan nak masuk toilet pun punya la panjang masa tu

Anak2 aku dah salin baju dah masa kat apartment
Senang la kalau nak terjun laut..
Kat situ je la... kata Ateh...

Tengah standby kan barang2... Kami pot jauh sikit dari kawasan berpasir sebab nanti berpasir2 lak tikar kitaorang tu

 Masa ni tengah tunggu Haikal salin baju renang dia..
Nak mandi laut la sangat kononnya...

 Kaum bapa lak tengah diskas nak terjun laut ke idak..


 Opah yang tolong salinkan baju Haikal...
[budak ni baru je baik dari ciken pox]


 Lawatan ke tepi pantai... usha line dulu....


Adib baru lepas ikut abah dia pi  tepi pantai..


Akhirnya... adik aku kecundang jugak.. Salin baju beb sebab nak mandi laut
Hasben aku kat belakang tu pun sebenarnya nak mandi jugak tapi tengah fikir2 lagi

Hambik ko.... dua2 dah terjun laut...
Laki aku siap angkat tangan tu.. punya la seronok mandi laut gamaknya...

Selain depa, sapa lagi yang mandi???
Anak dara aku si Yaya tu la


Macam2 aksi duyung & dugong
Dulu2 punya la takut mandi laut.. kalau main air pun duk kat pantai je
Sekarang dah berani pi berenang2 kat kawasan yang agak dalam
[lagipun masa ni air memang tengah pasang]

Tukang tangkap gambo ni pun sama jugak terjun ke laut
Bukan aku yer.. tapi Adik aku si Acik..

Adib & Haikal??? Hrm.... harapkan basah kaki je la
Pastu nangis nak pi kat tempat mak masing2
Penakut... Adib kata nanti ada jaws..hahahahah

 Alolo.. si kecik Humaira ni... Baru 3 bulan dah pi piknik yer..
Siap berak2 lagi dia kat sana
[Baby ni la adik si Haikal]

Sebabkan Adib & Haikal dah tak nak main laut
Aku bagi la deme makan eskrem... kan banyak orang duk jual eskrem kat pantai tu



Budak noti ni siap pakai cekak si Yaya..hehehehe.. Nasib baik la ko comel!

Pas tu sementara menunggu kaum bapak berkubang dalam laut
Aku ajak bebudak ni pi naik motor karan
Masa ni pun si Haikal & Adib nak berebut moto.. 
Sebabnya masa tu ada moto hijau & biru
Si Adib nak moto biru tapi si Haikal dah naik dulu.. Last2 pujuk punya pujuk si Haikal pun mengalah. Dapat jugak le si adib naik moto biru tu..




 Abis hati la deme dapat main moto tu... Tapi kejap je la pun..
Rasanya 2 minit RM2 kot..

Pas habis main, Yaya & kaum bapa tak habis mandi lagi
Kami lepak2 je la kat kawasan sekitar
Adik ipar aku ni bawak le Haikal ke pantai nak gi cekidaut apa ayah dia tengah buat
Tapi budak ni bukan main lagi main baling2 pasir..

Habis semua orang dia nak baling dengan pasir...ish..ish.. budak pompompuan ni!



Sementara menunggu... posing je la...
Bila dah boring, kami pi shopping lak kat gerai2 yang ada kat sekitar Teluk Batik tu
Banyaknya beli makanan la..... Rasanya kat situ pun dah habis dekat RM100..

** Nak beli jellyfish tapi takde la pulak... Yang ada sate jellyfish tu je... Belasah je la labu!!!!


5 comments:

Bitt (double IS) said...

best best best...kak kat situ ada tak org jual baju2 teluk batik??

SYANI said...

Belambak2 orang jual baju.. Pilih je mana berkenan..

zaidah said...

seronoklah.......

Qhaifa Nur said...

satu arah rupanya kita ke Pulau Pangkor...sure ramai, dah bole agak...

Dalila Hamid said...

bestnya dpt bercuti dgn family rmai2 begini... dela tggu cuti rya cina ni baru plan nk blik kg..