Friday, December 2, 2011

ALEEYA'S GRADUATION DAY

Ni citer 2 minggu lepas yang dah lama peram dek kerana nak melengkapkan kronologi percutian di Langkawi. Kebetulan Hari Anugerah sekolah Yaya ni pada malam hari kami pulang dari Langkawi
Alhamdulillah, sampai di Batang Kali pun dah pukul 3 ptg, so masih sempat la nak siap² ke majlis malam tu
Bukan nak prepare apa pun, just nak iron baju uniform Yaya jer...

Tepat pukul 8 malam, kami dah terpacak kat Dewan tu
Kami terlewat sikit sebab hari hujan
Tapi masa kami sampai, majlis pun tak mula lagi & ramai lagi ibu bapa yang belum sampai

Backdrop kat pentas utama...

Tak lama pastu, baru ada announcement suruh tetamu makan dulu
[ada buffet lak kat luar dewan]
& katanya majlis akan mula lepas sembahyang Isyak
[Bab2 event camni, PASTI  punya style memang aku tak berkenan tau... tak sistematik langsung]
Ada pulak makan dulu la, sembahyang dulu la... kalau cenggitu baik cakap majlis start pukul 9 malam jer
Aku & hasben malas nak gi join the crowd untuk makan
Malas la kitaorang nak berebut² macam orang tak pernah makan lak...
Sementara menunggu tu kasi posing la sikit...
 Mak wajib posing dengan anak

Yaya posing untuk kali terakhir dengan uniform tadika
Kali terakhir sebagai budak tadika PASTI AT-TAQWA

Dalam pukul 9 baru la majlis dimulakan
Itupun dah macam huru hara
Mana idaknya... parents yang bawak budak kecik sure anak depa dah memekak nak tido la, nak balik la
[sape suruh buat malam hari bekerja kan...]

Dalam kelam kabut tu majlis tetap diteruskan dengan persembahan budak²
Layan je le... bebudak pun bukan serius buat persembahan atas pentas
Ada je yang main tolak² atas pentas tu..
Tapi aku cuma tunggu persembahan dari kelas Yaya je
Persembahan nasyid lagu Insya-Allah & Di Pondok Kecil 
Aku duk jauh ke belakang tu sebab gambar kecik je..

Yang ni aku zoom sikit.. Takleh zoom banyak nanti gambo lak tak clear
Yaya kat barisan depan sekali, no 3 dari kiri

Lepas acara persembahan baru la penyampaian sijil & anugerah
Tahun ni Yaya tak dapat anugerah sebab dia dapat no 11 
[paling merosot sepanjang 2 tahun ni]
Tapi dia dapat sijil tu pun jadi le...
There she goes, Yaya tengah ambil "ijazah" dia..
Aku malas nak join parents yang berkamera kat pentas tu
Tak kuasa nak turun 20-30 anak tangga.. ketor lutut aku weh!
Ni je la gambar terbaik yang aku dapat masa Yaya tengah terima sijil tu.

Katanya lepas habis majlis ada acara bergambar dengan jubah & sijil masing²
Aku pulak dah mengantuk tahap gaban dah
[maklum le letih baru balik Langkawi tak hilang lagi]
Sementara tunggu tu aku pi la makan nasi yang depa buat buffet tu
Ada nasi tomato, ayam masak merah, dalca & jelatah
Baru nak makan nasik, sekali nasi tu jelantah la pulak... hilang mood nak makan
Last² ratah ayam je le...

Tunggu punya tunggu masih takde pulak acara bergambar
Mana mak bapak yang dah tak larat nak tunggu pun just ambil gambar anak depa secara tak formal
Aku pun dah tak larat tunggu ajak Yaya & hasben balik
Tapi sebelum tu harus la ada gambar Yaya dengan jubah konvokesyennya tu
Topi takde pulak dah masa ni.. malas dah aku nak cari
Persyaitonkan je la topi petak tu...
Ada sekeping dua gambo ni dah le

Lepas aku tanya cikgu kot² ada lagi acara ke, cikgu kata dah boleh balik
Pastu bila ditanya bila nak tangkap gambar tu, katanya nanti kat sekolah esok lusa
Akhirnya sampai sudah takde pun sesi bergambo tu
Nasib le aku idak bayor lagi duit gambo tu...

** PASTI ni memang kena ada event management kalau buat apa² acara.  Setiap kali acara sure huru hara punya tah apa². Walaupun begitu, aku masih akan hantar Adib ke PASTI jugak tahun depan..

4 comments:

Dalila Hamid said...

tahniah utk anak akak.... :)

Rinna said...

Wah curlast majlis konvo Pasti kat dewan besar gini.. :)

Ardini Humaira said...

bestnye dah konvo kecik2.. nanti konvo di uni lak taw :D

kakyong said...

tahniah buat yaya.. dah konvo pun.. ;)

rasa macam kurang sesuai buat majlis belah malam kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...