Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 22, 2011

NAK KUMPUL POINT...

Masa tengah berusaha menutup zip wallet aku tu, saja la aku apdet wallet aku tu sikit.
Mana sampah sarap yang menyendatkan wallet aku tu harus la kena buang
Sambil tu kemas2 la kedudukan kad2 yang berlambak dalam tu.

Aku suka wallet yang banyak card compartment sebab aku ada banyak kad
Dulu aku tak berapa suka sangat wallet panjang2 ni
Susah nak masuk poket kekdahnya
Tapi sejajar dengan pertambahan kad2 ni so kena la ubah minda aku ni
Kalau boleh segala kad yang ada aku nak sumbat dalam wallet aku

Kad wajib ada  je dah ada 3 --> IC, Lesen, Kad ATM
Selain tu kad2 optional --> Kad kredit , Kad Avon, Kad Cosway, Kad DCL, Kad SSPN anak & IC anak aku pun aku sumbat dalam wallet aku.
Dan jugak kad2 nak collect point 
Antara koleksi yang aku ada
Kad Mesra takde lak dalam ni sebab kad tu ada kat hasben aku
[sebab dia yang rajin isi minyak]

Semua kad ni bukannya kena beli tapi dapat free bila purchase barang
Wajib angkut jugak dalam wallet aku sebab kadang2 beli barang, gores la kad ni untuk dapatkan point
Kumpul point ni yang bestnya bila dah banyak boleh la redeem barang
[Selalunya aku redeem barang letrik yang aku takde kat rumah lagi]

Korang ada tak penyakit cam aku ni?? Ce citer kome ada kad apa dalam wallet korang...

3 comments:

yana halim said...

sama le kita. Mesti nak wallet panjang dan meghedak (eh? lama x guna word nih) segala jenis kad. hehe..

Qhaifa Nur said...

penuh dengan mykids anak je, yang lain2 tu biasalah..

anna said...

ic, lesen, kad atm (3), mykid ank2(2), kad jusco, kad cosway, kad tesco, kad perakuan nikah (jhr je ader kot), kad farmasi d'apotic, kad hinode shop (cam akak punye), member card beli netbook n kad kuasa jbtn.. :)