Wednesday, December 7, 2011

SUBANG BARU, COMPRESSOR BARU

Masa balik Ipoh bebaru ni, merupakan satu pengalaman yang paling menyeksakan
Sebabnya, sepanjang perjalanan selama 2 jam itu ekon kereta tak mengeluarkan hawa sejuk
Maybe gas ekon dah habis kot... dah lama tak servis la katakan
Lemas aku dibuatnya tau...
Nasib la kami bertolak pagi, so tak le panas renang sangat
Dah le tu, si Adib pulak asyik nak meriba je
Dah le panas wey.. rasa tak selesa sangat
Rasa nak cabut tudung pun ada jugak

Buka tingkap?? Ada buka juga tapi sikit je
Sebabnya  benda plastik yang kat atas tingkap cemin pintu kiri kanan tu dah lekang
Mau tercabut dibuatnya kalau angin kuat sangat..nak² pulak kat highway
So tahan la kelemasan udara selama 2 jam

Sampai je kat Silibin, terus hasben aku pi workshop
Ingatkan nak tambah gas je
Sekali bila mekanik tu cek, rupanya compressor pun dah bocor
Dah alang² ke workshop, hasben aku suruh la depa tukar je kompressor baru 

Sampai Ipoh je, si Wira terus masuk workshop..
Melayang RM500 tau!

Sementara menunggu orang workshop tu siapkan keje depa, Yaya pulak bising menuntut janji bila nak beli subang. Ekceli hari sebelum tu aku janji dengan dia, kat Ipoh nanti kita pi beli subang baru. Sebab bosan melayan bebelan makcik tu yang tak sempat², aku ajak dia pegi kedai emas yang sebaris dengan workshop tu.

Lepas riki² kos untuk tindik telinga, aku pun setuju la dengan tokey kedai tu
Sebenarnya ini kali kedua Yaya tindik telinga
Kali pertama masa dia umur  5 tahun, tapi sebab ada sekali tu telinga dia bengkak, terus dia taknak pakai subang lagi. Last² lubang tindik tu dah terkambus.. 
Kat kedai emas WENG YIK ni kos nak bertindik cuma RM12 je..
Dulu Yaya pilih subang kaler pink, kali ni dia pilih kaler biru pulak
Yang putih² kat telinga dia tu, krim kasi kebas..

Masa kat kedai emas tu, tokey kedai tu bagi la gula² sorang satu kat bebudak ni
Adib kalau dapat gula² memang la suka sangat
Bila dapat terus nak makan
Selain gula², dapat jugak kalender kuda tahun 2012
[Kalender kuda memang wajib ada kat rumah aku.]

Lepas ke kedai emas, patah balik ke workshop tu tapi kereta masih tak siap. Last² aku cakap pada hasben aku yang aku nak balik dulu rumah mak aku. Rumah mak aku dekat je ngan workshop tu. Jalan kaki 5-10 minit sampai le. Mula² Adib tak nak ikut aku, tapi hasben aku pujuk dia suruh folo aku. Last² semua folo aku balik. Tinggal la hasben aku ngan si Wira kat workshop..

** 2 jam lepas tu baru kereta siap.. Peh.. nasib baik tak tunggu kat workshop..

9 comments:

Rinna said...

Biasa laa kalau dah antar workshop.. bila chek2 mesti ada gak benda lain yg nak kena tukar..

aimaniman said...

salam kenal dan dofollow sini

akak iman pun berani nak tindik masa umur dia 4 tahun, mama x sangka sebab sblom ni berani sampai depan pintu kedai je, tapi tetiba masa tu dia yg mintak sendiri dan dia dgn cina kedai emas tu yg bertindik... bab subang, kalau lelama pakai subang masa tindik tu (bukan emas) sebab tu boleh gatal, so lekas2 p beli emas, kakak Iman cuma pakai emas putih je, 78 kott reganya...

gedek! said...

Adoih....

duit lagi!

SYANI said...

Rinna,
Tu la pasal, plan lain last2 lain pulak jadinya.

SYANI said...

Aimaniman,
Memang nanti nak tukar subang emas. Tunggu bonus la..heheheh

munna said...

ARI TU BAWA BUDAK BERDUA TU BERTINDIK... DIA PUNYA MELALAK SEKAMPUNG BOLEH DENGAR

SYANI said...

Uncle,
Lari bajet bulan ni...

|| NaFiRaa || said...

slalu gittu.. kalo gi workshop ade jek berjangkit2.. last2 ratus2 jugak abes..

kalo saya.. tak berani nak bawa anak gi tindik telinga.. sebab saya penakut.. masa anis dulu..papa dia yang handle..mama dia siap2 lari kuar dari kedai.. anis ok jek.. mama dia yang lebih2.. muehehehehe

jelah said...

kalo pegi wrkshop, mesti kne kuar duet...ape kate tukar keter bru...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...