Friday, December 9, 2011

BELAJAR MENGAJI

Tetiba timbul kesedaran kat aku nak mengajo anak² mengaji
Dulu pernah jugak ajar Yaya, tapi kejap² je
Tapi semenjak dua menjak ni, memandangkan sekarang cuti sekolah
Kerap jugak le aku mengajar Yaya mengaji

Kalau dulu Yaya sorang je, sekarang dengan Adib sekali
[terkini anak buah aku si Syahir pun turut serta]
Secara tak langsung aku jadi Ustazah pilihan kat bebudak ni
Bukannya aku tak nak hantar mengaji kat orang
Tapi pada aku kalau yang basic2 tu baik le aku yang ajo sendiri
Lebih afdhal gitu... 

Yaya, alhamdulillah la dah banyak yang dia catch up
Aku mengajo basic2 je.. itu pun guna Iqra' je
Sekarang kan dah macam2 method mengajo mengaji
Dah tak main le JA'AMe a.k.a MUQADDAM  cam kita dulu2


Buku Iqra' ni seingat aku adik aku yang punya
Mak aku simpan dah lebih 20 tahun kot buku ni [satu set lak tu]
Alhamdulillah, jadi rezeki anak2 aku lak belajo ngaji dengan buku ni

Yaya dah nak masuk Iqra' 3 , Adib & Syahir baru Iqra' 1
Aku ajar sikit2 je sehari sebab nanti depa boring
[lagipun asyik nak cepat je sebab nak pegi main]
Purata 3 mukasurat je sekali ajar

Ni ada insiden lucu masa aku mengajar si Adib
Masa tu dia baru sampai huruf SOD


Baris pertama ok
Baris kedua lak jadi camni: SO--TSA--DZA  pastu DA--SA--SO 
[pronouns je cam kome ngaji tu]
Seterusnya korang tau dia sebut apa???
Bukannya dia sebut SHA--RO--TA tapi dia sebut
SODAKALLAHULAZIM




Bertuah punya budak!Sabo je la aku budak ni
Walhal baru je start mengaji
Kuat mengelat tul kalau disuruh mengaji


** Macam dia tau2 pulak perkataan tu mula dengan huruf SOD...ermmmm

6 comments:

Qhaifa Nur said...

buat masa ni saya yang ngajar anak2 ngaji, susah nak cari ustad/ustazah..
sekarang dah makin mahal..

sabree hussin said...

saya belajar mengaji pun dengan mak.. tak belajar dengan orang luar

Dalila Hamid said...

Alhamdulillah,,, elok la begitu

Azhariah Zuber said...

sy tgh mencari ustazah yg sesuai dkt dgn rumah.

kakyong said...

Alhamdulillah, molek sangat tu..
memula ustazah Iqra'.. tak lama lagi ustaz Al-Quran lah pulak kan..

kakyong ni pun nak kena cari Iqra' sbb qiraati dr Taski Abim tu 1 buku jer.. & fikri dah bisan dok ulang baca yg sama..

mama iris said...

khayra baru start A Ba....
tak bg dia kalih selagi tak mahir...
tapi dia...."alaaa mana Ta niii......Kaya nak Ta la mama..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...