Monday, July 25, 2011

REPAIR BASIKAL

Sabtu lepas, lepas je kami laki bini balik keje
terus gi singgah rumah ambik basikal anak2
pastu terus pi kedai basikal
3 biji basikal sekali angkut dalam kereta.

Basikal Yaya ---> nak kena tukar tayar sebab tayar dah merekah
Basikal Adib ---> nak kena tukar seat yang dah terkopak & bubuh tongkat
Basikal buruk ---> nak tukar tiub [basikal ni la anak2 aku buat praktis]

Malas citer banyak, layan gambar je la

Kami ke kedai basikal ni la
 terselit lak model tak berbayar ni..


 Ini la basikal Adib tu
nampak tak ganas tak ganas anak aku
sampai tercabut seat beskal tu

 Uncle kedai beskal tengah pasang tongkat kat basikal
Smart uncle ni tau, berkemeja + bertali pinggang [ siap baju masuk dalam  lagi]

Sudah siap satu basikal
seat SPIDERMAN lagi!!

 Seterusnya basikal Yaya
tukar tayar je...

Next, basikal turun menurun
Basikal ni dah buruk sikit rupa parasnya
sebab lama dah tersadai kat tepi rumah
tapi basikal ni ramai peminat tau
sebab rupa parasnyanya yang macam moto tu
 Ingatkan basikal ni kecederaannya serius
rupanya tiub je yang bocor
so ganti tiub & pasang tongkat baru jer

 Tekun sungguh si Adib nengok uncle tu repair beskal

 Tada.... sudah siap!! Jom kita balik

Repair 3 bijik beskal ni pun dah kena RM45
ok la kan, lagipun selagi tak repair selagi tu anak aku gian nak main basikal
sampaikan basikal buruk yang takde angin ni pun
si Adib beria2 kayuh... siap rempit & buat pacak lagi.

Sebelum balik, kasi posing dulu depan kedai..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...